Pendapatan Pasif Melalui Program Affiliate 2-Tier
Pendapatan Pasif Melalui Program Affiliate 2-Tier
oleh Zamri Nanyan
Pendapatan pasif adalah pendapatan yang paling ideal untuk setiap usahawan internet dan juga setiap individu secara amnya.
Terdapat pelbagai cara menjana pendapatan pasif di internet dan salah satu caranya ialah mempromosikan program affiliate yang memberikan komisyen 2-tier (atau 2 tingkat). Jika anda berjaya melakukan jualan peribadi, komisyen akan diberikan kepada anda sebagai jualan langsung daripada usaha anda.
Pada masa yang sama, dengan program affiliate 2-tier, anda juga dibolehkan merekrut orang lain untuk program affiliate yang anda promosikan. Affiliate ini akan menjadi sub-affiliate kepada program affiliate tersebut dan bertindak seakan-akan affiliate anda sendiri - cuma produk yang dipromosikan adalah produk orang lain (produk dari program affiliate yang anda sertai).
Yang menariknya, sekiranya affiliate yang anda telah rekrut ini berjaya mendapat jualan, anda juga bakal mendapat sebahagian komisyen yang ditawarkan daripada pengendali program affiliate tersebut.
Sebagai contoh, sila lihat imej yang dipaparkan di sini:

Ini adalah contoh jualan yang dihasilkan oleh sub-affiliate bagi ebook “Mentor Jutawan“.
Di dalam program affiliate Mentor Jutawan, RM10 akan diberikan jika anda (sebagai affiliate) berjaya melakukan jualan dan RM2 akan diberikan kepada anda sekiranya affiliate yang anda telah rekrut berjaya mendapat jualan. Pada masa yang sama, affiliate yang anda rekrut tersebut juga mendapat RM10 hasil jualan peribadi beliau. Jadi, tiada siapa yang akan mengalami kerugian di sini.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa RM2 adalah nilai yang kecil jika dibandingkan dengan RM10 hasil jualan peribadi. Baik berusaha sendiri untuk mendapatkan hasil yang 5 kali lebih besar daripada komisyen sub-affiliate.
Ada kebenarannya di dalam ayat di atas tetapi anda perlu ingat bahawa anda boleh merekrut seramai mungkin sub-affiliate bagi program affiliate yang anda sertai tersebut. Jika jumlah sub-affiliate yang sertai anda adalah besar maka besar jugalah jumlah komisyen yang anda akan perolehi.
Sebagai contoh… anda telah merekrut 50 sub-affiliate. Setiap affiliate dan anda sendiri mampu melakukan satu jualan bagi setiap hari. Maka, hasil jualan untuk sehari adalah RM110 tetapi tahukah anda bahawa RM100 adalah satu jumlah yang tidak dapat anda perolehi sekiranya sub-affiliate ini tidak wujud? Dan, anda cuma akan mendapat RM10 setiap hari hasil daripada jualan peribadi anda sahaja.
Begitulah kuasa program affiliate 2-tier ini, yang merupakan salah satu sumber pendapatan pasif bagi usahawan internet. Di dalam kes di atas, sekiranya anda tidak berjaya melakukan jualan pun, anda mungkin akan mendapat komisyen hasil jualan sub-affiliate, dan inilah yang dinamakan “goyang kaki pun dapat duit” (diambil daripada petikan email daripada Mentor Jutawan).
Program Affiliate 2-Tier Tempatan
Soalan seterusnya ialah siapakah yang menawarkan program affiliate 2-Tier bagi pasaran tempatan ini?
Setakat ini, ada beberapa program affiliate 2-Tier yang saya amati dan 3 daripadanya saya berikan kelulusan “sah dan dijamin tulen”.
1) Mentor Jutawan (program affiliate 2-tier dibuka kepada umum)
1st Tier - Komisyen RM10 bagi setiap jualan affiliate
2nd Tier - Komisyen RM2 bagi setiap jualan sub-affiliate
2) Pakej Lengkap Perniagaan Internet (program affiliate 2-tier dibuka kepada pembeli sahaja)
1st Tier - Komisyen RM50 bagi setiap jualan affiliate
2nd Tier - Komisyen RM25 bagi setiap jualan sub-affiliate
3) Rahsia Kambing (program affiliate 2-tier dibuka kepada pembeli dan JV partner sahaja)
1st Tier - Komisyen RM10 bagi setiap jualan affiliate
2nd Tier - Komisyen RM5 bagi setiap jualan sub-affiliate
Sekiranya anda ada cadangan program affiliate 2-tier yang berbaloi untuk dimuatkan ke dalam senarai ini, sila hubungi saya untuk penyenaraian.
Program Affiliate 2-Tier vs MLM (Multi Level Marketing)
Ada yang beranggapan bahawa program affiliate 2-tier ini adalah sama dengan program MLM. Dan ada yang menyatakan sekiranya program affiliate tersebut mempunyai 3-tier dan lebih daripada itu, ianya memang patut dikategorikan sebagai MLM. Ironiknya, ada juga yang menyatakan bahawa program affiliate 2-tier inipun sudah sama dengan program MLM.
Saya tidak akan mempertikaikan sebarang pendapat di sini. Bagi saya, cukup saya katakan bahawa program affiliate 2-tier dan MLM mampu memberikan pendapatan pasif kepada mereka yang berusaha.
(nota - program MLM internet yang saya sertai ialah Kiosk Webhosting yang juga merupakan perkhidmatan webhosting yang telah saya gunakan selama beberapa tahun).
Tip Luar Biasa Merekrut Sub-Affiliate
Ini merupakan tip “lain daripada yang lain” dan mungkin cuma dilakukan secara senyap-senyap.
Sekiranya anda menyertai sebuah program affiliate 2-tier dan kagum dengan produk yang anda promosikan, semestinya anda ingin produk ini dimiliki oleh rakan-rakan atau usahawan internet yang terkenal.
Apa yang anda akan lakukan ialah hubungi usahawan internet ini dan nyatakan bahawa produk yang anda promosikan adalah sebuah produk hebat dan ingin menghadiahkannya kepada mereka. Disebabkan produk tersebut adalah produk berbayar, anda akan bayar produk tersebut dan berikan kepada usahawan ineternet tersebut.
Pada masa yang sama, anda nyatakan bahawa anda akan berterima kasih kepada mereka sekiranya usahawan internet ini menyertai program affiliate tersebut di bawah anda. Di dalam contoh ini, anda telah melakukan 3 perkara:
1) Bersedekah
2) Membina kepercayaan di antara anda dan usahawan internet tersebut
3) Merekrut sub-affiliate yang bakal menghasilkan jualan yang anda sendiri pun mungkin tidak dapat hasilkan
Walaupun tip yang saya berikan ini memerlukan anda mengeluarkan sedikit wang untuk membeli produk tersebut tetapi sekiranya wang yang dilaburkan tersebut bakal memberikan pendapatan pasif setiap bulan kepada anda, saya rasakan ini merupakan pelaburan yang baik untuk bisnes internet anda.
Percaya atau tidak, saya sendiri pun pernah mengaplikasikan tip ini dan tidak salah untuk anda mencubanya.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
Salam,
Sy suka dgn tip merekrut sub-affiliate di atas.
Thanks for sharing bro Zamri.
Selamat Berpuasa.
Wa~~info yg bagus. Mmg masyuk kalau dpt mcm ni. Saya newbie dan pertama kali datang ke sini dan nak tanya satu soalan. Maaf kalau tak berkaitan.
Saya ada jumpa satu website iaitu www.video-usahawan.com yg hampir sama dgn videousahawan.com . Adakah benda ni sama? Atau ada org nak menipu?
Kalau ada saper2 tau, jwb soalan sy yea..thanks. ![]()
Saya banyak mencari cara mcm ni tp buat masa sekarang income kurang sket laa! Nak ikut bro zam ! mana tau boleh berkembang lagi saya punya ebiz. S
Selamat berpuasa.Moga puasa kita bukan setakat makan dan minum shj!
Memang bagus program ini.Saya dah cuba program ini untuk satu produk.Alhamdulillah dapat dalam RM300.00.Jadi la
Satu info tambahan bagi saya. Terima kasih Encik Zamri. Saya dapati kebanyakan peluang untuk menjadi affiliate yang terdapat di Malaysia hanya dikhususkan kepada rakyat Malaysia saja. Saya yang berwarga-negara Singapura nampaknya tiada peluang untuk turut serta kerana disetiap borang online affiliate hanya mereka yang tinggal di Malaysia saja yang boleh menyertainya. Agak terkilan juga saya…
Tetapi saya telah menyertai beberapa niaga online sebagai affiliate dan juga member dalam beberapa niaga diluar Singapura. Kebanyakannya berbahasa Inggeris.
Tips luar biasa tu memang awesome bro zamri.pada sarah lak, website tu adalah dibina oleh affialiate video usahawan dari blog din beramboi,tengok link kat bawah page tu.Ni gak salah satu teknik oleh affiliate
info yg bagus.
oktant. pemilik video-usahawan gunakan web dia untuk promote videousahawan.com. Lihat link affiliate di tengah2 page.
Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara Zamri bahawa program affiliate ini boleh menjadi satu sumber menjana pendapatan kita secara pasif namun begitu penjaan atau promosi perlu juga kita lakukan bagi menjamin pendapatan ini.
salam jutawan..
salam perkenalan…
bagus lah… mai join affiliate…
mai jadi jutawan senyap…
dr.fendi
“ADAKAH HARI INI ANDA BERFIKIR SEPERTI SEORANG JUTAWAN?”
Menarik jugak penerangan tentang Program Affiliate 2-Tier ni. Saya cari jugak macam mana nak buat promosi untuk Affiliate 2-Tier ni.
Terima kasih.
Sub affiliate juga amat berpotensi utk menjana pendapatan. Jadi sy berpendapat supaya org yg menjalankan program affiliate supaya membuat 2-3 tier supaya supaya pendapatan pasif dpt dijana lebih efektif. Tq.







Tips yang amat berkualiti..terima kasih.