Pengalaman Pertama Paling Mengujakan

“Abang, tengok ni!”

“Abang, cepat la sini!”

“Abang!”

Wah! Jarang betul saya tengok isteri saya begitu teruja. Ditariknya tangan saya ke arah laptop beliau – sambil mukanya tersenyum kegirangan.

“Apalah yang nak dia tunjukkan kepada saya?”, saya fikir dalam hati.

Lepas saja saya tengok di screen komputer, barulah saya faham.

Perasaan yang sama juga saya rasakan hampir 6 tahun lepas. Dan, saya rasa ramai juga yang dapat kaitkan pengalaman saya dan isteri saya ini sekiranya anda adalah tergolong dalam kumpulan yang pernah dan sedang menjana pendapatan di Internet.

Ya, sebelum ini memang isteri saya tidak terlibat secara langsung dengan menjana pendapatan di Internet bagi pihak beliau sendiri. Sekadar tolong saya sedikit-sedikit tu ada la.

Tapi kali ini berlainan.

Saya suruh beliau buka akaun ClickBank beliau sendiri dan mulakan langkah pertama beliau untuk menjana pendapatan melalui Internet.

Saya rasakan berdasarkan apa yang diajar di dalam salah satu produk tempatan, beliau mungkin akan mendapat jualan pertama beliau.

Tekaan saya tepat.

Tak sampai sebulan (lebih tepat lagi – cuma seminggu), beliau telah hasilkan jualan pertama beliau di ClickBank (saya sendiri ambil masa 3 bulan untuk mendapatkan jualan pertama saya – juga melalui ClickBank).

Lihat sendiri snapshot daripada komisyen jualan beliau di bawah:

ClickBank First Sale

Begitu gembira saya lihat beliau.

Dan saya rasa pengalaman manis ini akan membuatkan beliau berminat untuk mengorak langkah lebih jauh lagi di dalam bisnes internet.

Akhir sekali, saya pasti anda tertanya-tanya bagaimana isteri saya, Roslinda, mendapat jualan pertama beliau.

Jangan risau. Saya kongsi bersama anda di sini.

Beliau menggunakan kaedah yang diajar di dalam Pakej Video Youtube yang diajar oleh Pn Lisa dan En Hilmi dan anda boleh dapatkan sendiri pakej tersebut di http://tinyurl.com/pakej-video-youtube

Tiada cara lain beliau aplikasikan.

Semuanya berdasarkan strategi yang terdapat di dalam pakej tersebut.

Walaubagaimanapun, suka saya beritahu anda di sini bahawa walaupun strategi yang diajar di dalam pakej ini adalah mudah, ini tidak bermakna anda boleh lepak malas dan mengharapkan wang datang bergolek.

Masih ada kerja yang anda perlu lakukan dan jika anda ikut jejak yang diterangkan di dalam pakej tersebut, besar kemungkinan anda akan berjaya.

Untuk memberi gambaran kepada anda bagaimana jualan pertama isteri saya ini dihasilkan, saya berikan kepada anda beberapa statistik penting di bawah:

jumlah video dimuatnaik: 16
kategori video: hiburan
views: 13,327
klik ke URL: 132
jualan: 1
tempoh promosi: 1 week

Baiklah, setakat ini dahulu untuk kali ini.

Sekiranya anda ingin menjana pendapatan melalui pemasaran video, saya amat cadangkan anda laburkan sedikit wang dan dapatkan Pakej Video Youtube di http://tinyurl.com/pakej-video-youtube

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. Tahniah kepada isteri saya yang tercinta :) kerana dapat menghasilkan jualan pertama ClickBank beliau.

Post to Twitter

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

27 Responses to “Pengalaman Pertama Paling Mengujakan”

Leave Comment

(required)

(required)