Penipuan Melalui PayPal
Sebelum ini, saya ada juga menyelesaikan beberapa pertikaian “dispute” melalui PayPal. Selalunya ia melibatkan pengembalian wang semula selepas pembelian sahih dilakukan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, kali ini saya terasa perlu untuk berkongsi maklumat ini kepada anda. Walaupun perit (kerana kesalahan ini dilakukan oleh orang Malaysia), saya terpaksa lakukannya juga dengan tujuan untuk memberi kesedaran dan juga informasi kepada anda sebagai pembaca setia blog saya.
Situasi ini berlaku apabila terdapat satu transaksi di PayPal untuk produk Pakar Affiliate di mana si pembeli memanipulasikan PayPal (saya tak tahu bagaimana ianya dilakukan) dan membayar cuma $0.01 USD untuk cuba akses be program Pakar Affiliate. Nasib saya baik kerana sistem Delavo tidak membenarkan manipulasi sebegini ditembusi. Jadi, pembelian ini tidak berjalan dengan lancar.
Selepas itu, si pembeli ini buka pertikaian (open dispute) di PayPal bagi mendapatkan semula $0.01 USD yang cuba digunakan untuk mendapatkan produk saya tersebut. Bayangkan, sudahlah manipulasi tidak berhasil, dicubanya pula cara mendapatkan semula $0.01 USD dengan membuka pertikaian di PayPal.
Tak tahulah apa nak kata lagi. Nasihat saya, janganlah lakukan perkara sebegini kerana ia akan merosakkan bisnes orang lain dan juga peluang untuk kita terus menggunakan PayPal. Jika perkara sebegini terus berlaku, tak hairanlah negara Malaysia punyai banyak kes penipuan (fraud).
Tonton video ini untuk maklumat lanjut:
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=zi6XVir1eRQ[/youtube]
Apa kata anda selepas menonton video yang saya hasilkan di sini?
Jangan lupa kongsikan pengalaman, pendapat dan komen anda di ruangan komen blog ini supaya kita sama-sama membantu dan belajar dari kesilapan.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Software ini sebenar sudah berleluasa di pasaran.
Yang menjadi pelik, dah lah nak menipu, mengapa perlu minta refund USD0.01 balik.
1) Pertama dia menunjukkan kebodahan sendiri dan memerangkap diri.
2) Merosakkan imej negara dan kemungkinan rakyat Malaysia sudah tidak boleh guna paypal lagi.
Saranan saya adalah lebih baik jika sesiapa yang tidak mempunyai sistem canggih, melakukan cara pembayaran paypal secara manual.
Hacker tak kena tempat. Andaikata dia dapat akses ke laman produk pun tak guna, ilmu yang diterima tak berkat.
Satu ingatan dan nasihat saya kepada si John Jomes Blatak ini (jika beliau membaca post ini)…
Dosa dengan Allah SWT boleh terampun dengan taubat nasuha, tetapi dosa sesama manusia tidak selagi kita meminta maaf secara peribadi dengan individu yang dizalimi tersebut.
Sudah-sudahlah…
Ini boleh dilakukan dengan membina form Paypal button tu sendiri. Kalau kita tahu bagaimana nak buat form dengan HTML, kita boleh buat Paypal button sendiri dan letak harga sendiri.
Paypal ada system IPN (instant payment notification) untuk verify payment tu valid atau tidak. Tetapi Paypal IPN tidak dapat verify sama ada harga itu betul atau tak, currency tu betul atau tak, penerima tu betul atau tak.
Saya memang tau programming dan paham Paypal IPN API. Sebab tu bila saya coding untuk Paypal, selain verify transaction dengan IPN, kita kena check harga tu betul ke tak, currency betul ke tak dan receiver email betul atau tak.
Saya rasa Delavo memang bagus sebab walaupun transaksi tu berjaya di Paypal, akses pada produk tidak diberikan.
Ini juga yang implement dalam Simple IPN dan UPLOADnSELL.
mmm.. memang sengal betul mamat tu…
Sah2 orang Melayu tu. Tengok email dia…..
macam2 cara nak menipu ni ek…
aduhai…ada jugak ya orng mcm ni..ni mesti terdesak sgt ni..$0.01 pn nk mintak dispute..nmpk sgt tu..apa2 trima kasih bro kerana sudi buat video ni utk peringatan kita smua..
care yg licik utk menipu..bahaya kalau ramai yg tau care ni
hebat sungguh…. macam macam cara digunakan untuk menipu.
Tak bagus betul… merosakkan nama negara je…
memang sah2 orang melayu.. Macam manalah mamat tu boleh wujud..
memang tak patut perbuatan mamat nie….ditakuti kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. mudah-mudahan dia insaf.
MasyaAllah..org cmni pon ada ka? nape tak pikir halal haram? dia ingat dia bole idop sng ka if wat cmtu kat org lain? apa dia rasa if dia plak yg kena cmtu? baru padan muka dia….
Kemungkinan betul apa yg Amirul Mukmin kata. org Melayu. sbb if area Bukit Saujana, JB tu mmg area rmai Melayu. dh tu area org loaded plak… tapi skrng ni Melayu pon tak semestinya ISLAM. bkn sy nk bersifat perkauman @ keagamaan, tapi ini adalah realiti ari ni…
Jadi, bg sesiapa yg terasa ati, sy minta maaf. sbb kita mmg susah nk tima realiti krna kita msh idop di dlm mimpi…
Saya tak nak comment banyak2.. buat sakit hati sahaja.
1 je yang saya nak bagi tahu kat Orang seperti itu…
gunakan ilmu yang ada pada diri anda kepada yang lebih baik.. bukan… mggunakan ilmu yang Allah berikan itu dengan memusnakan Perniagaan Org…….
Salam
memang teruk lah kan kita baru je diberi peluang oleh pay pal untuk memudahkan, ada pula yang tak hargai. Jika dah tak mampu nak bayar tak payah lah nak beli, kumpul duit dulu dah cukup baru beli.
semoga tiada lagi lah perkara macam ni.
anda semua…. tolong beri kerjasama ye…?
anda semua jangan la jadi mcm budak yang diceritakan artikel di atas. silap hari kita, malaysia pula di banned oleh paypal.
nanti kta x boleh guna paypal lagi.susah nk transfer n dapat duit.
Gunalah kemudahan dengan sebaiknya… zamri, kalau ada ape2 yang bagus, brita sensai bgtau kami yer?
xpe…… lagioun zamri dapat pahala beso jika berkongsi maklumat berguna macam ni.
Nak mudah senang aja..call saje Paypal ……
sbb tipu camni lah ramai yang tak caya ngan bisnes internet
terima kasih bro..krn sudi kongsi citer ni
Salam …..Saya tak tahu la nk ckp lg…kalau nk hack pun biarla bertempat…ni dh ganggu periuk nasi org…jika pekara ini berterusan saya pasti kami yang baru nk gunakan perkhidmatan Paypal akan mendapat masalah.Tolong hentikan segera…..
haih..macam ni punya hackers pun ada?apa kata kalau cari email tu, kasi gempak sikit dengan ayat amaran..
cara lebih lembut, bagi emel katakan terima kasih kerana tidak berjaya hack
Org mcm ni tampar biji matanya tu bos…
It’s good if u can expose d culprit! 4 me, both ways, direct & indirectly he’s subverting ur Zamri’s good name already! And as Kidino said, d HTML/PHP functions r really can manipulate even d famous gurus out there.
ni la masalahnyer dah ada ilmu buat yg bukan2 pulak.
Saya sebagai rakyat Malaysia mengutuk perbuatan si lahabau yang cuba menipu di internet yang mana akan menyebabkan Malaysain di black listkan oleh Pay-pal.Kalau dia melayu (islam) amatlah memalukan umat islam.
Nasihat saya pergilah berehat di Tampio.
..Bermula di perengkat sekolah, ramai pelajar memang suka buat perkara yg di larang .Sikap begini akan terbawa-bawa apabila meningkat dewasa.
Contoh :Kalau Borang Pesanan menyatakan hanya perlu mengisi butiran berkenaan jika sekiranya berminat untuk memiliki produk, maka adalah beberapa individu yg saja -saja mengisinya…mungkin individu in merupakan golongan yg di zaman sekolahnya merupakan pelajar yg suka membangkang arahan guru, tidak membaca soalan pepriksaan sebelum menjawab…
Pandai tak boleh diikut….b*d*h tak boleh diajar! Kerana adanya orang macam inilah, runtuhnya kerajaan melayu melaka…
Salam,
Kehidupan mengajar kita masam manis, pahit maung,
berlawanan. Menjadikan kita lebih cekal, tabah n bersemangat untuk berjuang. apa pun sikap tak baik yang dilakukan dapat jua dihidu. begitu juga sekecil mana amalan kebaikan dan berikhsanan pasti diperlihatkan.
mmg tak patut..buat malu org Malaysia jer…:(
???????????????? ???????????????? abg zamri,
pndpt saya:
1) pd pglmn saya, doa org yg teraniaya biasanya makbul(saya pernah rasakn).jd, kalau kena lagi mcm tu, terus ingat pada ???? n terplg pd abg nk doakn apa2.
(syor sy jg pd yg lain)
2) kalau ada fund collection dr IM semua..(sy blm dpt2 lg nk buat income kt internet ni,byk sgt bnda mghalang), upah PI, cari si durjana tu smpi dpt,pastu smbtkn je dlm lokap. blh jdkn teladan kat bakal-bakal durjana yg lain.
tak bertamadun betul mamat tu.. 1 sen pun nak mintak refund..dah la menipu..
heish!!!…. xde bende len k nak buat…??. Nyusahkan org je mamat ne!!..