Pentingnya Autoresponder dan Tawaran ARP3 pada 1/3 Daripada Harga Asal
Walaupun ada cara lain untuk menjana pendapatan lumayan tanpa menggunakan autoresponder, namun anda boleh lihat hasil daripada jualan yang diperolehi di sebelah.
Ini merupakan promosi terbaru yang saya lakukan dengan menggunakan autoresponder dan paparan blog.
Lebih RM1,000 telah diperolehi dalam masa kurang sebulan dan ini cuma untuk satu produk. Saya ada juga mempromosikan produk yang lain.
Cara begini juga dinamakan penghasilan wang bila-bila masa anda perlu (Money On Demand).
Jika anda perlukan wang atau pendapatan, tulis satu email yang baik untuk mempromosikan sebarang produk affiliate (atau produk sendiri) dan hantar kepada mailing list anda.
Jualan akan terhasil seperti curahan air.
Saya tak tipu (bukti di sebelah).
Dan jika anda inginkan panduan bagaimana saya lakukannya, paparan blog saya yang lepas pasti dapat membantu anda. Lihat paparan saya di http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/
strategi-pemasaran-produk-affiliate-yang-terbukti-berkesan untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Sudah tentu sebelum anda menghantar email ke mailing list anda, anda perlu ada sebuah mailing list yang akan membeli produk yang anda tawarkan, dan sebelum anda ada sebuah mailing list, anda perlu ada satu sistem atau perisian yan dinamakan autoresponder.
Inilah rahsia saya yang bukan lagi rahsia kepada umum.
Persoalannya, adakah anda menggunakan autoresponder?
Mungkin “Ya”.
Mungkin “Tidak”.
Sebabnya saya tahu bahawa penggunaan autoresponder bukanlah satu-satunya cara untuk menjana wang di Internet (saya dan Gobala Krishnan akan membongkar salah satu daripadanya pada bulan Februari nanti di www.RahsiaClickBank.com).
Penggunaan autoresponder juga bukanlah sesuai untuk semua orang.
Tapi, jika anda ada sebuah sistem autoresponder yang mampu menghasilkan jualan bila anda perlu, ianya tidak salah untuk anda gunakan sistem ini.
“Ya Zamri, saya faham kehebatan autoresponder, tapi saya tak mampu untuk membayar yuran bulanan untuk GetResponse atau Aweber. Nak beli yang boleh install di laman web pulak, takde yang sehebat GetResponse, Aweber.”
Saya faham masalah seperti di atas.
Saya juga bermula seperti anda dahulu dan saya mengambil keputusan untuk membeli Autoresponse Plus 3 (ARP3) pada harga USD$249 (pada hari Selasa 7:58 malam, 19 Mac 2003 dahulu)
Itulah sejarah bermulanya saya menggunakan autoresponder bagi tujuan promosi produk affiliate dan sehingga hari ini, ribuan ringgit telah terhasil daripada penggunaannya.
Yang menariknya, saya masih lagi menggunakan ARP3 sehingga sekarang walaupun saya juga menggunakan GetResponse untuk berhubung dengan subscriber saya.
Dan lagi, saya rasa Autoresponse Plus juga sangat berkualiti dan mendapat testimoni daripada Mike Filsaime, Harvey Segal dan Dr Ralph Wilson.
Jadi, anda tak perlu bergantung kepada penulisan saya sahaja untuk meyakinkan bahawa ARP3 adalah antara yang terbaik untuk dijadikan satu sistem autoresponder yang dipasang di laman web sendiri.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui Autoresponse Plus dengan lebih lanjut, teruskan membaca. Jika tidak, saya harap anda dapat lihat betapa pentingnya autoresponder di dalam bisnes internet saya.
Harga Autoresponse Plus pada masa saya menulis ini ialah USD$197 untuk satu pemasangan di satu nama domain, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa untuk mendapatkan “upgrade”, anda perlu membayar USD$97 setiap tahun.
Walaubagaimanapun, ianya masih berbaloi untuk anda menggunakannya jika pemasangan autoresponder di laman web anda adalah pilihan anda.
Peluang Untuk Anda!
Sekarang, saya ada satu tawaran untuk anda yang ingin mempunyai sistem autoresponder yang setaraf dengan Aweber atau GetResponse, tapi tak perlu bayar yuran bulanan.
Saya baru sahaja membeli 20 lesen Autoresponse Plus yang boleh dipasang di 20 domain.
Kelebihan yang saya perolehi apabila membeli lesen ini ialah saya tak perlu lagi membayar yuran “upgrade” tahunan yang kosnya ialah USD$97 setiap tahun.
Disebabkan saya faham bahawa pembaca saya adalah usahawan internet yang kebanyakannya mencari penyelesaian penggunaan autoresponder tanpa perlu membayar yuran bulanan, saya ingin menjual 10 lesen Autoresponse Plus ini kepada anda.
Siapa cepat, dia dapat!
Dan selepas habis lesen yang saya ada, saya tidak dapat lagi menawarkannya kepada sesiapa pun.
Walaubagaimanapun, bukan semua orang layak mendapatkan lesen Autoresponse Plus ini.
Saya cuma perlu mereka yang benar-benar serius dalam bisnes internet mereka sahaja memohon untuk membeli lesen ini – kerana saya tak mahu anda beli dan tidak gunakannya.
Oleh itu, saya letakkan harga setiap lesen ARP3 ini pada harga USD$67 atau RM230.
Ingat!
Harga jualan sebenar ARP3 ialah USD$197 (anda boleh lihat di www.autoresponseplus.com untuk bukti) dan anda dapat membelinya daripada saya pada 1/3 daripada harga asal.
[nota tambahan: saya membeli lesen ARP3 saya pada harga USD$249 6 tahun yang lalu]
Tambahan lagi, anda tak perlu bayar yuran “upgrade” tahunan (seperti yang saya perlu lakukan sebelum ini) kerana semuanya telah dimasukkan ke dalam pakej jualan.
Sekali lagi saya tekankan bahawa Autoresponse Plus adalah sistem autoresponder dan mailing list yang hebat yang anda boleh pasang pada domain anda sendiri, dan anda tidak perlu bayar yuran bulanan lagi selepas ianya di pasang di laman web anda.
Jika anda berminat, hubungi saya dengan menggunakan borang di http://zamrinanyan.com/success/contact
Cepat!
Mailing list saya ialah dalam XX,000 orang dan saya pasti tawaran ini bakal menjadi rebutan.
ikhlas,
Zamri Nanyan
ps. Saya tidak akan membuat pemasangan untuk anda namun setiap langkah untuk memasang ARP3 ada diterangkan di dalam pakej jualan ini.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Salam bro..
Saya berminat nak dapatkan autoresponder ni tapi saya masih agak kureng faham ckitlah..
Kalo saya beli 1 lesen autoresponder ni, maknanya hanya untuk satu domain sahjalah saya boleh gunakan ye?? Contohnya, kalo sebelum ni saya guna autoresponder tu utk domain A, lepas tu saya nak tukar autoresponder tu ke daomain B, boleh tak??
Thanks..
ramai betul mailing list en.zamri. patutlah mampu menjana wang setiap bulan
saya setakat ini memakai yang percuma sahaja. sebab saya rasa masih belum mampu untuk melanggan autoresponder. apa pun, pada masa depan, saya pasti akan dapatkannya bila dah rasa mampu
Install autorsponder lepas tu buat program PayPerLead. Kejap je boleh kumpul ramai mailist
tapi kena la keluaq modal sikit ;(
Bro Zamri saya berminat nak beli ARP3 namun perlu ada hosting yg membenarkn pemasangan sebarang software menghantar emel seperti ARP3.
Domain sekarang bermasalah kerana dgn mudah mengesan sebarang bentuk aktiviti yg dianggap spamming.
Mintak tolong rekomenkan hosting yg boleh dipasang sistem macam ARP3 ni.
ya, betul tu wira. dulu saya ada install script free autoresponder kat hosting bla.. bla..( tak nak sebutkan ) terus laman web saya kena suspended kerana telah melanggar syarat( saya tak baca pun syarat tu masa buat order).
Jadi kena cari hosting yg betul-betul benarkan kita install script autoresponder.
Pakteh takde ke athu mana2 hosting yg boleh pasang ARP3 ni.
Memang minat tapi ni masalahnya.
suka lawati laman anda ini utk dpt ilmu insallah bercita-cita untuk membina kejayaan
tq
Saya nak tanya ada lagi ke autoresponder yang you ceritakan ini,kerana saya berminat dan baru hari ni masuk blog u.Boleh
ke dipasangkan pada web saya dan bolehkah dikongsi dengan domain lain.