Pentingnya OTO atau Special Offer Di Dalam Jualan

Pentingnya OTO atau Special Offer Di Dalam Jualan
oleh Zamri Nanyan

Special Offer atau One Time Offer (OTO) sudah kerap dipraktikkan oleh usahawan internet Malaysia sekarang.

Kenapa ya?

Saya akan menjawab persoalan ini sekejap lagi tapi terlebih dahulu, apakah maksud special offer atau one time offer ini?

Ianya adalah satu tawaran tambahan ke atas tawaran produk utama yang dijual di internet.

Contohnya, sekiranya anda lawati www.UsahawanInternet.com/KursusAffiliate dan cuba melakukan tempahan, akan ada tawaran tambahan diberikan kepada anda.

Di dalam tawaran kedua ini, anda akan diberikan diskaun atau harga yang istimewa untuk pakej “bundle” atau “belian bersama” di mana tawaran ini tidak diberikan di tempat-tempat lain.

Pakej tawaran istimewa ini pula hanya boleh dibeli bersama dengan produk utama yang ditawarkan dan tidak boleh dibeli secara berasingan.

Jadi, kenapa pakej “upgrade” sebegini ditawarkan?

Kepada penjual, ianya bermakna ada potensi untuk menjual lebih daripada 1 produk selepas bakal pembeli berminat untuk membeli produk utama.

Sudah terbukti bahawa bakal pelanggan yang sudahpun mempunyai keinginan untuk membeli akan berpotensi membeli lagi daripada penjual yang sama sekiranya tawaran yang diberikan amat menarik.

Ini menguntungkan penjual.

Kepada pembeli pula, mereka akan berpeluang mendapat produk kedua pada harga yang istimewa.

Produk ini mungkin melengkapkan produk utama yang mereka ingin dapatkan sebelum ini atau mereka tak tahu pun adanya produk kedua ini di pasaran, tetapi mereka memang mahukannya.

Dengan mendapatkan pakej “upgrade” ini, mereka akan dapat produk yang lebih “lengkap”.

Ini juga menguntungkan pembeli.

Tapi, adakah strategi ini berkesan?

Jawapannya ada di dalam imej yang saya sertakan bersama artikel ini.

Sistem Pemasaran Ajaib
Ianya adalah contoh jualan produk Skrip Pemasaran Ajaib:

http://usahawaninternet.com/SkripPemasaranAjaib

Produk utama yang ditawarkan berharga RM97 dan komisyen jualannya ialah RM48.50 per jualan.

Manakala pakej upgrade pula berharga RM157 dan komisyen jualannya ialah RM78.50 per jualan.

Di dalam imej yang saya sertakan, anda boleh lihat bahawa 10 jualan telah terhasil dan kesemua jualan adalah daripada pakej upgrade RM157.

Maksudnya 100% memilih pakej upgrade dan tiada seorang pun yang mengambil pakej utama yang berharga RM97.

Sekali lagi, adakah strategi ini berkesan?

Semestinya.

Jadi, rumusannya ialah masukkan pakej “upgrade”, special offer atau one-time offer ini ke dalam tawaran produk anda.

Ianya bukan menguntungkan anda sebagai penjual dan juga pembeli, malah ianya juga menguntungkan affiliate atau agen jualan produk anda.

Cubalah!

 

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Soaljawab Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

9 Responses to “Pentingnya OTO atau Special Offer Di Dalam Jualan”

Leave Comment

(required)

(required)