Pentingnya Rakan Niaga Di Dalam Pelancaran Produk

Masih ingat lagi apa yang saya katakan mengenai pakej Rahsia 10K pada hari Selasa lepas?

Kalau tak ingat, biar saya salin dan letakkan di sini sekali lagi:

Saya tidak akan terkejut jika beliau dapat mengaut lebih daripada RM10,000 dalam masa kurang daripada seminggu daripada produk ini sahaja nanti.

Teka apa yang terjadi?

Belum pun seminggu Pakej Rahsia 10K dilancarkan (baru hari ke empat), lebih RM10,000 dihasilkan. Saya sendiri baru melihat statistik jualan JV partner Rahsia 10K untuk memastikannya.

Ya, RAMALAN saya 110% TEPAT…

dan saya tidak terkejut kerana saya sendiri mengalaminya… begitu juga Saifulsham… begitu juga saudara Munawar (contoh terkini). 10K adalah tidak mustahil.

Inilah yang dikatakan kuasa internet!

Jika anda lakukan dengan betul, hasilnya pasti menjadi.

Labanon mengulangi kejayaan yang sama - malah LEBIH BAIK pada kali ini.

Nak tahu lagi?

Teknik yang digunakan adalah sama seperti di dalam pakej Rahsia 10K, dan saya akan bocorkan satu daripadanya.

(psst… jangan beritahu Labanon saya bocorkan rahsia ini. Ianya adalah sesuatu yang saya juga praktikkan)  :-)

TEKNIK Joint Venture!

Mudah bukan? Semua orang tahu apakah joint venture tapi adakah mereka melakukannya dengan betul?

Joint Venture pasa dasarnya memang mudah.

Cari beberapa rakan niaga yang mempunyai mailing list yang besar, tawarkan komisyen bagi setiap jualan dan lakukan promosi bersama.

Tiada yang pelik dan susah… tetapi

Kesemuanya ini perlu diambil kira sekiranya pelancaran produk untuk pendapatan 10K sebulan (atau lebih) di internet menjadi idaman anda.

Memang benar…

Anda perlu buat perancangan seperti pra-pelancaran, tempoh pelancaran dan aktiviti selepas pelancaran.

Jika tidak, besar kemungkinan tiada siapa yang akan berminat dengan tawaran “joint venture” anda.

Selepas pelancaran produk anda berjaya dan sekiranya produk anda benar-benar berkualiti dan mempunyai pasarannya yang tersendiri, besar kemungkinan jualan produk anda akan berterusan dari hari ke hari.

Semoga perkongsian saya kali ini membantu perniagaan internet anda!

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

Benar. Memang berjaya. Tapi tak ramai yang apply perkara nih dalam marketing mereka.

Leave a comment

(required)

(required)