Pentingnya Sistem Di Dalam Perniagaan Internet Anda
Pentingnya Sistem Di Dalam Perniagaan Internet Anda
oleh Zamri Nanyan
Sistem, mengikut Kamus Dewan edisi keempat, bermaksud (1) cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu, aturan (2) kumpulan beberapa bahagian (alat dan lain-lain) yang sama-sama bekerja untuk satu tujuan (3) kumpulan pendapat (prinsip, teori dan lain-lain) yang teratur dan tersusun baik-baik (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yang teratur untuk melakukan sesuatu.
Secara ringkasnya, sistem merupakan aturan di dalam perniagan internet anda. Anda perlukan sistem supaya anda tahu apa yang anda lakukan di dalam perniagaan anda dan seterusnya dapat mengagak hasil daripada sistem tersebut.
Sebagai satu contoh yang mudah, sekiranya anda ingin menghasilkan sebuah ebook yang dapat dijual secara kendali sendiri (autopilot) dan memberikan pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan, anda perlu tahu peralatan dan aliran jualan yang perlu anda hasilkan. Saya lakarkan anda satu sistem panduan.
Untuk menjual ebook, anda perlu ada laman web jualan, laman web pesanan dan laman web muatturun. Pembeli datang ke laman web jualan dan apabila berminat untuk membuat pesanan, beliau akan klik pautan untuk ke laman web pesanan di mana beliau memasukkan maklumat kad kredit beliau. Selepas pembayaran kad kredit beliau diluluskan, beliau akan dibawa ke laman web muatturun secara automatik. Di laman web muatturun inilah pembeli boleh muatturun ebook yang anda jual.
Ringkas dan mudah.
Sistem anda adalah seperti berikut:
Laman web jualan -> laman web pesanan -> laman web muatturun
Jadi, jika ebook anda berharga RM50, anda perlukan 20 jualan setiap bulan untuk menghasilkan jualan sebanyak RM1,000. Dapatkah anda hasilkan 20 jualan setiap bulan dan jika jawapannya ‘tidak’, adakah anda boleh perbaiki sistem yang ada seperti meningkatkan keberkesanan laman web jualan anda? Atau perlukan anda pertingkatkan lagi trafik ke laman web jualan anda? Sekiranya anda dapati yang masalahnya ialah untuk meningkatkan trafik ke laman web anda, perlukah anda bina satu sistem baru untuk menyelesaikan masalah trafik ini?
Inilah sebabnya kadang-kadang anda dapat lihat laman web yang berubah-ubah walaupun ianya sebuah laman web “jualan langsung” sebuah ebook. Penjualnya mahu meningkatkan lagi hasil jualan ebook mereka.
Sistem asas untuk menjual ebook di atas adalah mudah tetapi ianya boleh jadi rumit sekiranya anda letakkan kepelbagaian di dalam sistem tersebut seperti sistem affiliate, perisian ‘pop-up’, perisian ‘autoresponder’ dan sebagainya. Mengikut statistik, penggunaan peralatan ini untuk memperhebatkan sistem yang sedia ada dapat meningkatkan keberkesanan dan jualan ebook anda. Tetapi, jika ianya tidak dilakukan dengan betul, sistem anda akan berikan hasil yang sebaliknya.
Sistem perniagaan internet anda ini tidak hanya tertumpu kepada jualan ebook sahaja. Anda juga mungkin perlu ada sistem untuk meningkatkan pelawat ke laman web anda, sistem untuk mengendalikan ‘mailing list’ atau sistem untuk keseluruhan perniagaan internet anda.
Pada permulaannya, mungkin kesemua ini adalah terlalu teknikal atau susah untuk anda fahami. Berita baiknya ialah anda boleh bermula dahulu dengan sistem yang mudah dan perbaikinya sedikit demi sedikit dari masa ke semasa.
Sistem yang terbaik ialah sebuah sistem di mana ianya mudah untuk pelawat laman web anda gunakan, tidak kira sama ada sistem anda tersebut adalah ringkas atau rumit di sebalik tabir.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “PerniagaanInternet.ws” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










thanks……….
nice articel………
tahniah bro..
1 artical yg sangat bagus.
Salam hormat,
Betul,betul,betul.Apakan yang dikatakan memang tepat,Bisnes
atau kehidupan memang wajib bersistem.All the best,bro……..
<>
Saya suke perenggan yang ini.
Pada pendapat saya juga sistem berkait rapat juga dengan fokus. Kdg2 klo terlalu mementingkan sistem, fokus pun lari, sbb tu saye suke perenggan tu, membaiki kelemahan yg ade satu persatu (bagi yan baru nak mula).
Terime Kasih
Assalamualaikum
saudara zamri,
Saya rasa ini adalah kali pertama
saya menulis di blog anda.
Sememangnya sangat betul.
Bukan sahaja business memerlukan
sistem zamri. Tetapi semua perkara.
Seorang pelajar,
memerlukan sistem untuk belajar.
Seorang pekerja,
memerlukan sistem untuk bekerja dengan efisien,
Seorang isteri,
Memerlukan sistem untuk menguruskan hal pejabat dan keluarga!
Pendek kata segalanya adalah sistem, sistem dan sistem
Kadang kala, jika sistem sudah tersedia
kita tidak berdisiplin untuk
mengikuti sistem tersebut.
Seperti juga di dalam business,
Jika kita tidak berupaya untuk mencipta sistem,
kita boleh gunakan sistem yang telah sedia ada
untuk menjana pendapatan yang lumayan.
terima kasih. maklumat ini amat berguna bagi saya yang baru nak memahami…
saya kira sdr perlu jelaskan lebih terperinci kepada orang baru mcm saya
asalamualaikum, terima kasih atas penerangan yang diberikan. Fahamlah sikit. Tapi kalau jualan yang akan dilancarkan diberi dengan hatga yang berpatutan lagi sangat lah berteimakasih saya sedang cari pruduk yang seperti ini.
tk.
salam. penerangan yang jelas.saya masih berusaha untuk mendapatkan pendapatan melalui internet.
Betul Tu Bro Zamri, Nak Berniaga Mesti Kena Ada Persediaan & Pengetahuan.. Baru Bleh Jalan.. Kalau Maen Boh Jer.. Alamat..Berhenti Sekerat Jalan Lah Nanti. Cadang Nak Buat Untung Alih-Alih Buat Rugi jr.
salam….artikel tuan memang sangat bernas dan sesuai untuk newbies spt. saya…tapi bila dijual nanti biarlah harganya patut-patut..saya juga sedang merancang bina ebook,mungkin sistem yang tuan develope ni bertepatan dengan apa yang nak dijual nanti…tahniah bro…
Salam semua,
Ye untuk memulakan sesuatu bisnes kene ada sistem. Tapi nak buat sume sistem tu buat newbie macam saya nie tenggelam jer. kekadang tak fokus. tak tahu nak meghasilkanya. Tapi dalam proses pembelajaran lah.
Tq for da info, sebgai motivasi kepada diri saya dan yang lain.
Salam,
Amril_Muidz @ IDIN
tima kasih bro zamri
insyaallah bila ada website sendiri
mgkin pd permulaan saya akan ambil tulisan2 bro zamri
maklumlah saya masih tak pandai dlm bab tulis menulis ni
apapun terima kasih kerana membantu
Saudara Zamri,
terima kasih dengan artikel ini. Pada saya ia amat berguna.
Namun saya ada satu persoalan: saya berhasrat untuk menerbit dan menjual sendiri e-book yang sangat berkait rapat dengan bisnes internet namun saya was-was sama ada sambutan dari para pengunjung laman web mampu memotivasikan usaha ini atau sebaliknya. Itu pertama.
Kedua, adakah pada pemerhatian Sdra. Zamri, setakat ini ada usahawan e-book yang berjaya, ya maksud saya dapat menjual e-book hasil karya mereka dengan berjaya sekali?
Ketiga, adakah sesiapa yang mempunyai software yang sangat simple tetapi amat berkesan untuk mencipta, merekabentuk, mencorak dan seterusnya menghalusi cover sesuatu e-book, dan seharusnya harga yang amat berpatutan.
Terima kasih Sdra. Zamri dengan nasihat dalam hal ini.
Somoon Gomp
Thanks for da info memang menarik…
salam bro.
suke bace artikel ni.
saye sokong dgn penerangan sistem2 ni..
kalau sistem pon dah xbetul, alamat jualan pon tah ke mane la kan..
Artikel menarik bro Zamri…
Ya, dalam kerja pun kita perlukan satu sistem. Sistem mampu memudahkan bakal pelanggan membeli dengan mudah dan teratur.
salam,thank atas nasihat dan ilmu yang diberikan
Salam Zamri, Untuk berjaya kita mesti ada teknik dan cara yang betul dan buat apa yang orang berjaya lakukan. Thaniah untuk anda
Salam ,
Zamri , Ini adalah satu nasihat yang amat berguna .
terima kaseh
terima kasihlah en zamri ,
Assalamualaikum,
Strategi bersistematik pastinya fantastik.
Tks
Salam…
terima kasih zamri kerana memberi panduan yang berguna ini. Tahniah untuk anda.
Thanks Bro. Info yang baik dan bagus sebagai panduan.. kadang2 tu dah tahu… cuma lupa kekadang… Terima kasih atas ingatan
salam bro zamri..
memang tepat sekali apa yang bro sampaikan tu..kalau kerja takde sistem,so macam mana nak maju?kalau kerja kita ada sistem,secara automatik kita dapat jimatkan masa,usaha dan tenaga kita..bisnes pun dapat berkembang maju dan kita akan dapat fokus pada bisnes kita..
Sistem yang baik perlukan webmaster yang baik…maksudnya
yang rajin upgrade, perbetulkan kesilapan sistem, merujuk kepada yang pakar dan cuba memahami cara perjalanan sistem.
Bagi newbie mcm saya…kod-kod yang dihasilkan amat menarik
untuk dikaji. Kod inilah membantu kelancaran sistem yang dipasang
Memang betul kekadang kita terpaksa redesign laman jualan yang sedia ada untuk meningkatkan lagi keyakinan pelanggan & sekaligus memudahkan jualan dihasilkan..20 jualan sebulan bunyinya sikit tetapi sesiapa sahaja yang pernah terlibat dalam usahaniaga ebook sudah tentu faham sebenarnya ia agak sukar untuk dicapai jika sistem yang diguna pakai tidak berkesan. Pada masa inilah sistem yang strategik & perancangan yang rapi dalam pemasaran seperti yang bro zamri katakan amat diperlukan!
Pssst..saya pasti akan menyertai “Sistem Strategik” yang bro bangunkan
Mantap artikel ni, boleh membakar semangat.. Thanks for sharing.
Saya setuju dengan apa yang diterangkan di blog ini. Apapun yang kita perlu lakukan memerlukan sistem.
Tanpa sistem semua kerja yang dilakukan tentulah tak menjadi dengan sempurna.
Setuju sangat dengan pendapat Bro Zamri…
Dengan kata lain… dengan adanya sistem ia memudahkan melakukan sebarang kerja