Perangi Perangkap Bankrap Di Usia Muda

Perangi Perangkap Bankrap Di Usia Muda
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2012 ZamriNanyan.com

Biarlah berkereta buruk, asal tak berhutang… biarlah berpakaian simple dan murah, asalkan selesa… biarlah rumah sederhana besar asalkan hutang pinjaman tak membebankan (inipun sebab terpaksa beli rumah dengan berhutang).

Renungi dan teliti perbelanjaan kerana apa yang difikirkan menguntungkan mungkin menjerat diri hidup-hidup!

Peringatan untuk diri saya sendiri dan juga pembaca semua.

Memang kuat daya tarikan materialistik sehingga dirasakan hutang buruk adalah aset.

Lihatlah sendiri statistik ini:

sumber dari media tempatan
Info rakyat Malaysia yang diisytihar bankrap.

Jumlah 241,740

Punca Bankrap

Walaubagaimanapun, sedikit sebanyak saya bersetuju bahawa bukan semuanya salah peminjam.

Contoh – mana keadilannya bila kereta yang sepatutnya mampu-milik menjadi berkali-ganda mahal? Ditambah pula dengan bebanan pinjaman sehingga 9 tahun. Siapa nak ubah benda ni semua? Dan di mana saya dapat maklumat ini? Tak perlu saya nyatakan kerana internet adalah telus di dalam menyampaikan maklumat.

Bila keperluan bermaharajalela menjadi bebanan, itulah tandanya keadilan sudah semakin hilang. Yang berkuasa MESTI lakukan sesuatu kerana ini tanggungjawab anda.

Kita? Kuatkan jati diri untuk melawan nafsu membelanjakan ke arah perkara yang tak berfaedah.

Untuk lebih proaktif, sekiranya anda bekerja makan gaji dan sara hidup semakin sukar, jangan hanya berserah kepada nasib semata-mata. Jangan cuma berterusan memotong bajet keluarga sahaja kerana pada pendapat saya, inflasi akan menjadi musuh utama anda untuk jangkamasa panjang.

Jadi, cari alternatif lain seperti berniaga kecil-kecilan atau melakukan aktiviti tambahan yang dapat menghasilkan sumber pendapatan lain. Siapa tahu pada masa akan datang anda tak dapat lagi melakukan pekerjaan anda sekarang dan terpaksa beralih angin. Pada masa itu, sedikit sebanyak, aktiviti ekstra anda ini dapat membantu meringankan beban.

Saya bukannya penasihat kewangan bertauliah tetapi percayalah bahawa ramai usahawan senyap di luar sana tiada pertauliahan kewangan pun. Mereka memahami bagaimana menguruskan kewangan dan menambahkan pendapatan. Mereka memahami perkara asas ini dan berjaya.

Marilah kita sama-sama jadikan peningkatan ekonomi keluarga sebagai satu jihad demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan juga bangsa Malaysia.

Mempunyai ekonomi yang kukuh adalah lebih manis daripada risaukan keadaan ekonomi keluarga yang tidak menentu.

* nota kaki – sekiranya pendapatan tambahan melalui internet adalah minat anda, produk Usahawan Makan Gaji mungkin dapat membantu anda. Ianya sesuai untuk anda yang bercita-cita untuk mengharungi perniagaan internet yang sesuai untuk pekerja makan gaji. Lihat Usahawan Makan Gaji di http://get.linktrackr.com/UsahawanMakanGaji

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Salah satu kepakaran beliau ialah mencipta pendapatan berulang daripada Internet dan juga menghasilkan pendapatan melalui email. Sistem Pemasaran EMail AutoViral Percutian Australia adalah salah satu contoh bagaimana beliau menggunakan kaedah pemasaran email untuk menghasilkan pendapatan berulang di internet dan anda boleh lawati http://australia.cutisantai.com/r/zamri untuk maklumat lanjut.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan untuk menukarkan link http://australia.cutisantai.com/r/zamri kepada link affiliate anda untuk tujuan mempromosikan artikel ini kepada mailing list, blog, forum, Facebook dan sebagainya. Untuk mendapatkan link affiliate anda, lawati http://special.jomniaga.com/affiliates

Hakcipta Terpelihara (c) 2012 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================

 

pemasaran email
 

 

 

 

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, Peribadi, Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

3 Responses to “Perangi Perangkap Bankrap Di Usia Muda”

Leave Comment

(required)

(required)