Perjumpaan WangCyber dan Tip Berguru

Apa khabar?

Percaya atau tidak, sudah lebih seminggu satu keluarga saya batuk dan demam… on and off…

Hari ni pun, anak-anak saya tidur aje sebab tak sihat.

Saya harap hari Ahad nanti saya akan kembali sihat… sebabnya saya akan menghadiri satu perjumpaan WangCyber di KL.

Jika anda belum mendaftar untuk menghadiri perjumpaan ini, jangan lupa lakukannya sekarang.

Saya yang dari Penang ni pun akan turun bertemu anda. 🙂

Detail… ada di…

www.wangcyber.com/pengumuman/wc-gathering

Anda boleh lihat sendiri berapa ramai usahawan internet yang anda kenali akan menghadirkan diri nanti.Baiklah, hari ini saya ada satu tip untuk dikongsi bersama.

Sebelum itu, mari lihat email yang saya dapat baru-baru ini:

a’kum encik zamri..

saya duduk penang jugak. boleh kita jumpa.
bila2 free time. ada contact number tak??

Ini ialah di antara email yang selalu dikirimkan kepada usahawan internet yang meminta nombor talipon dan berjumpa secara bersemuka.

Pada awal penglibatan saya di dalam bisnes internet, memang ada sekali saya berikan nombor talipon kepada orang yang saya tidak kenali.

Kemudian, saya ada juga berikan konsultasi percuma kepada beliau… dan seterusnya set meeting di Kuala Lumpur selepas saya datang bercuti di bandaraya tersebut.

Malangnya, pelbagai alasan diberikan oleh orang tersebut dan akhirnya saya tidak berjumpa dengan beliau.

Beliau menghubungi saya lagi tetapi saya tahu bahawa beliau bukanlah “student” yang saya inginkan.

Di dalam penglibatan saya di dalam bisnes ini juga, saya ketemu dengan satu falsafah yang terkenal…

“When the student is ready, the teacher will appear”.

Maksudnya, apabila pelajar tersebut bersedia, gurunya akan hadirkan diri.

Semenjak daripada itu, saya tidak akan berikan nombor talipon peribadi saya kepada mereka yang saya tidak kenali (kecuali nombor talipon bisnes saya) dan saya tidak akan berjumpa dengan orang yang saya tidak kenali kecuali di perjumpaan yang sesuai.

Ayat di atas juga bermaksud bahawa sebenarnya guru yang dicari sudah sedia ada – cuma beliau tidak hadirkan diri disebabkan pelajar tersebut tidak mencari beliau (sedia untuk belajar).

Dalam ertikata yang lain, anda juga perlu mencari guru anda sendiri untuk belajar sesuatu yang anda tidak ketahui.

Berbeza dengan konsep pembelajaran di sekolah, di mana anda diberikan segala maklumat yang disediakan berdasarkan syllabus sekolah, pembelajaran untuk bisnes (seperti bisnes internet) adalah berlainan.

Inilah sebabnya juga terdapat pelbagai seminar dan workshop yang dianjurkan. Segalanya disediakan oleh guru yang menganjurkan seminar atau workshop tersebut.

Persoalannya ialah… adakah anda akan berusaha berjumpa dengan guru tersebut untuk mempelajari apa yang dihajati.

Sebagai contoh yang mudah, saya pernah menghadiri satu workshop yang dianjurkan oleh Azizi Ali tentang menerbitkan sebuah buku dalam masa 88 hari.

Sebelum pergi ke workshop tersebut, saya tidak tahu sesuatu pun mengenai proses penerbitan sesebuah buku.

Yang saya pasti ialah saya ingin mempelajari bagaimana menerbitkan buku saya sendiri dan berazam untuk menghasilkan paling kurang satu buku saya sendiri.

Maksudnya… saya sudah sedia untuk diperturunkan ilmu bagaimana menerbitkan sebuah buku.

Hasilnya… buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” diterbitkan pada 2007 dan terjemahan buku ini “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” diterbitkan pada 2008. (Maklumat lanjut ada di http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/rahsia-bisnes-mlm-di-internet-buku-terbaru

Pada masa yang sama juga, saya sentiasa mencari guru baru bagi pembelajaran berterusan saya. Saya pasti anda pun tahu bahawa proses pembelajaran tidak akan tamat sehinggalah ke akhir hayat.

Disebabkan proses pembelajaran ini berterusan, pencarian guru baru juga tidak terhenti… dan inilah yang saya rasa sebuah rahsia kejayaan bagi mereka yang sentiasa inginkan sesuatu yang hebat di dalam hidup.

Teruskan proses mencari mentor kejayaan anda.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. Jangan lupa dapatkan ebook Mentor Jutawan di http://www.bisnesdigital.com/mentor-jutawan

Artikel, Pembangunan Diri, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

6 Responses to “Perjumpaan WangCyber dan Tip Berguru”

Leave Comment

(required)

(required)