Proton Wira Coklat, US$2742.25 dan “The Secret”
Artikel “Pembangunan Diri”
Proton Wira Coklat, US$2742.25 dan “The Secret”
oleh Zamri Nanyan
Pernahkah anda menonton video “The Secret” atau membaca buku karangan Rhonda Byrne yang mempunyai tajuk yang sama?
Di dalam buku atau video ini, anda akan mempelajari satu konsep yang dinamakan “The Law Of Attraction” atau “Hukum Tarikan”.
1. Pohon apa yang anda inginkan
2. Alam ini akan menjawabnya
3. Anda akan dapat apa yang anda minta
Ini merupakan sinopsis daripada “The Secret” tetapi bagi saya dan anda yang percaya wujudnya Tuhan, konsep ini sama dengan melakukan doa kepada yang Maha Esa. Doakan sesuatu yang anda inginkan dan jika diizin olehNya, maka sesuatu yang anda doakan akan dimakbulkan.
Walaupun konsepnya semudah A-B-C atau 1-2-3 seperti di atas, ianya memerlukan penghayatan dan kepercayaan yang mendalam sebelum anda dapat merasainya.
Buku seperti “Think & Grow Rich” daripada Napoleon Hill juga menekankan pemikiran (Think) untuk mencapai kekayaan (Grow Rich) dan tidak hairan lagilah kenapa banyak buku dan program pembangunan diri seperti NLP, motivasi, keyakinan diri dan banyak lagi dianjurkan walaupun ianya tiada “kaitan secara langsung” dengan membina kekayaan.
Ini kerana kaitan yang wujud ini sukar difahami dan dimengertikan melainkan seseorang itu sendiri yang mengalami apa yang diajarkan.
Apa kaitannya dengan Proton Wira Coklat dan US$2,742.25?
Biar saya ceritakan satu pengalaman menarik yang berlaku kepada saya 2 minggu yang lepas.
Sudah sekian lama saya bercadang untuk membeli sebuah kereta untuk ibu bapa saya. Kereta Ford yang lama sudah tidak dapat digunakan lagi.
Jadi, saya membuat cadangan untuk setiap beradik daripada keluarga saya menyumbangkan apa yang termampu untuk membeli sebuah kereta untuk kegunaan ayah dan emak saya.
Saya menyumbangkan hampir RM10,000 dan selebihnya disumbangkan oleh 3 orang adik saya.
Wang pun cukup dan sebuah kereta Proton Wira berwarna coklat pun dibeli.

Saya pasti ayah dan emak saya gembira.
Saya pun puas dengan apa yang kami adik beradik lakukan untuk ayah dan emak. Paling tidak, sekarang mereka akan senang bergerak ke sana sini dengan Proton Wira tersebut.
Walaubagaimanapun, saya berazam dan berdoa supaya wang yang saya keluarkan akan saya usahakan untuk mendapatkannya kembali. Bukannya berkira tetapi saya lakukannya sebagai motivasi diri.
Sudah ada perancangan di dalam fikiran untuk melakukannya dan seperti “magik”, sesuatu yang saya tidak fikirkan berlaku.

Saya memang selalu menerima pembayaran melalui PayPal (sistem pembayaran melalui internet). Ada yang sedikit dan ada juga yang banyak tetapi satu transaksi pada 23 Disember yang lepas menarik perhatian saya.
US$2,742.25 dibayar kepada saya di atas usaha saya mempromosikan produk “Affiliate Classroom“. Setakat yang saya tahu, saya cuma mempromosikan Aff Sphere sebelum ini dan selebihnya pemilik program “Affiliate Classroom” ini menjalankan “follow-up” dan jualan produk susulan lain bagi pihak saya.
Selepas ditukarkan ke matawang Ringgit Malaysia (RM), saya dapati nilainya hampir sama dengan wang yang saya sumbangkan untuk membeli kereta kepada ayah saya.
Saya terdiam sejenak.
Mungkinkah inilah “The Law Of Attraction” yang dibincangkan atau mungkin inilah hasil doa dan usaha saya untuk sentiasa memberikan saingan kepada diri saya sendiri.
Walau apa pun yang anda andaikan, saya percaya bahawa rezeki yang telah ditetapkan untuk saya tidak ke mana. Ianya cuma beralih arah untuk seketika dan kembali kepada saya dalam masa yang begitu singkat.
Sudah tentu saya masih lagi menerima pembayaran melalui PayPal selepas peristiwa ini berlaku tetapi US$2,742.25 adalah satu angka yang terlalu dekat dengan apa yang saya belanjakan untuk kesenangan ayah dan emak saya – dan ini memeranjatkan saya.
Peringatan untuk saya yang seterusnya ialah sentiasa berbudi kepada ayah dan emak kerana ada berkat di dalam perkara baik yang anda curahkan kepada mereka.
Sungguh bermakna sekali pengajaran yang saya terima pada kali ini.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Affsphere ni program apa.Adakah sama mcm program affiliate yg lain…reply plese
Setiap kebaikan yg kita lakukan akan dibalas oleh Allah dgn 10 kali ganda.
“in ahsantum, ahsantum lianfusikum” – al-isra’ (7)
maksudnya: jika kamu berbuat baik,(beerti) kamu berbuat baik kepada diri kamu sendiri…
Alhamdulillah… Rezeki tak kemana…
Saya dalam perancangan 2009 ini memnguasai pasaran affiliate.
Tetapi tentang kemahiran memasarkan affiliate luar masih lemah. Harap dapat belajar juga dari bro Zamri sbb saya pun di Penang.
Tentang Law of Attraction, PTS pun ada keluarkan buku terjemahannya ke dalam B.Melayu. Boleh dapatkan best seller ini di kedai buku berhampiran.
Doanya semoga kita lebih berjaya di 2009.
InsyaAllah.
~Konsep thank you dalam the secret, bagi kita adalah…
Alhamdulillah..bersyukur dengan nikmat pada setiap pagi…
alhamdullillah… harap murah rejeki lepas nih.
bro nayan ia juga telah berlaku pada saya…dengan izin Allah, saya juga mempraktikkannya…ada di blog saya hasilnya..
http://shamxo.com/formula-luar-biasa/video-the-secret-yang-mengubah-pemikiranku-dan-lagi-komisyen-rm500-dari-flb-pro.html
Tahniah bro Zamri..
The Secret tu memang memberi banyak ilmu yang berguna dalam kehidupan saya..
Bila la pulak saya nak belikan kereta untuk mak abah saya ye?
bagus..bertuah parents bro zamri.. parents bro pasti bangga dengan anak-anaknya..
Kagum!!!!
Sesuai dengan firman Allah s.w.t:
?????????? ??????
Semoga Zamri sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. Sampaikan salam rakyat Malaysia buat mak & ayah
Assalamualaikum
Saya amat tertarik dengan perkara seperti magic ni, tapi bila difikirkan semula ia adalah boleh berlaku dengan cara yang kita tidak sangka-sangkakan.
Md Yakub
http://doctor-adsense.blogspot.com
Tahniah Zamri!
Bila lah nak jadi macam bro…Saya masih mengisut2 dalam bisnes internet ni…hope 1 masa nanti saya betul2 mampu membuat pendapatan secara online macam bro(^^)
masalah yang saya hadapi ialah menggunakan akaun paypal.akaun paypal sangat memerlukan butir-butir yg ada pada debit kad.saya takut ditipu dgn memberi no yg ade pada debit kad saya dlm mengisi borang akaun paypal.tolong lah selesaikan masalah saya ini…..bagi lah tips utk saya bersemangat lagi
Alhamdulillah…
bagi saya, saya yakin. Setiap rezeki yang kita perolehi bukan sepenuhnya milik kita 100%.
Saya juga mempunyai cita2 seperti sifu Zamri utk hadiahkan kereta, rumah atau sebagainya suatu hari nanti pada ibubapa saya InsyaAllah.
Tahniah Bro
konsep LOA itu…tetapi kita sebenarnya dah lama di didik dengan usaha, doa dan tawakal..semakin kita mendalaminya, semakin kita bertemu banyak keajaiban
salam kejayaan!~
ps : saya dah take note cadangan bro utk majalah IM
Sepengalaman saya membina biz diinternet ni, kita smmgnya boleh belajar utk berjaya tetapi selama lebih 5 tahun saya bergelumang dgn biz, belajar dan mengajar tapi hasilnya.. gitu2 je… Namun berkat sabar & tabah akhirnya, alhamdulillah apa yg saya perolehi kini mmg suatu yang sgt saya syukuri.. Semuanya atas izin Dia Yang Maha Esa… Cuma dari pengalaman, saya berani katakan kalupun kita belajar dari A-Z dan cuba pratikkannya sebaik mungkin, utk berjaya perlu ada SATU lagi formula.. cuma saya boleh katakan ianya berkaitan dgn jiwa, minda, hati & emosi.
Selamat maju jaya buat semua, ingatlah DIA mengurniakan stiap dari kita suatu yg hebat… belajar utk menggunakannya… insyallah kejayaan kan tiba jua..
Saya ada membaca buku tu. Kekadang kita lalui perkara-perkara yang pernah kita fikirkan sebelum ini seperti kebetulan pula. Tetapi apa yang saya faham, tiada kebetulan dalam kehidupan kita, semuanya telah disusun oleh Allah, cuma kita perlu fikirkan sejenak.
akum bro,
tolong terangkan pada saya apa Affsphere.
Dah bermacam2 saya cuba nak cari duit di internet.. tapi tak pernah dapat satu sen pun..tolong saya bro..
Saya pun berazam nak jadi anak yang soleh dan saya harap anak-anak saya pun akan menjadi anak yang soleh…amin
Tahniah saudara Zamri
Rezeki yang tuhan berikan kerana
berbuat baik kepada kedua ibu bapa ,nescaya tuhan akan memberkati kehidupan saudara nanti.
Tahniah atas pencapaian affiliates yang cemerlang.Saya kagum dengan kejayaan anda.
saya sentiasa mengikut perkembangan u ni.,n saya pun bnyak blajar daripada pembelian e book u ni..,n now saya tgh buat bsnz web skg.., tgh mengajar cara bagaimana nak menjadi web master..,tq yg pnting nya ada ilmu n praktikkan, berusa, berdoa n istiqamah.,saya pun melakukan perkara yg sama spt zamri.,mamberi kemudahan kdp kedua orang tua saya ibu bapa saya adalah sehalanya.,kerana doa mereka ni lah saya berjaya hingga keperingkat ini.,dan di tambah output n input yg perlu kita explore dlm perniagaan internet ini. sekian.
Tahniah! Tuan telah berjaya :
1. Membantu ibubapa tuan.
2. Mengembangkan bisnes tuan.
Semoga kejayaan akan digandakan di tahun 2009 ini. Doakan saya juga….
Sebenarnya The Low of Attraction memang wujud dan itu sunatullah.
Dalam blog saya membincakan mengenainya dalam tajuk Hukum Keseimbangan http://www.rawatankesihatan.com/search/label/Hukum%20Keseimbangan
Dengan memahami hukum ini serta meletakkan sandaran yang betul kepada Allah, insya Allah kita boleh menarik kekayaan, kemakmuran dan kebahagiaan. Bukan kekayaan yang dikelilingi tekanan atau masalah.
wowwww..memang sedap mata memadang usd tu…bila ler aku nak dapat macam tu erk
tahniah bro
Syabas bro,
nampaknya kita kena join bisnes ngan mat salleh la untuk dapat duit banyak n cepat…
tapi kat Malaysia pun ada peluang gak jika kita rajin berusaha sebab dah ramai pakar IM cam bro nie.
http://tinyurl.com/87oeet
Sungguh janji Allah sesiapa yg mendermakan rezeki yg diberi akan di beri ganjaran yg mewah
tetapi ingat….. wang, anak, harta , perniagaan dsbnya adalah ujian Allah. Jgn kita dilencongkan (apa yang sentiasa di fikirkan kita itulah tuhan kita) JGN di ada-adakan tuhan sampingan selain Allah,
kebanyakan kita menginginkan dunia tapi Alah menganjurkan Akhirat sb dunia ini hanya illusi saja ( 57:20)
hanya sekadar memberi peringatan dan amaran : http://submission.org
wahh..banyak tuh bagi saya..terbukti kalau kita banyak menyumbang, maka banyaklah hasil yang akan masuk. lagi-lagi sesuatu yang menggembirakan ibu bapa kita
Saya hanya mendengar kisah-kisah sebegini berlaku pd orang lain.Sabar, Usaha. doa akhirnya membuah kejayaan tetapi saya tidak pernah lagi mendapat apa yang diidamkan, usaha, cari ilmu, tawakkal, positif thinking malah banyak perkara yg berkaitan minda saya tahu dan ada mengamalkannya. Sehingga kini saya masih menggunakan motor yamaha yg dibeli hampir 12 tahun dahulu.Ada orang gagal dan bangkit, saya gagal dan bangkit saya tidak menjadi.Utk menyedapkan hati, saya perlu toleh ke belakang dan memberitahu diri sendiri bahwa ada orang lain yg lebih gagal drp saya.Saban tahun say ingin berhijkrah tetapi “motor” saya dah usang…
Salam semua..tahniah kpd saudar zamri & kpd yg belum menuai hasil dr online biz ni perlulah bersabr & bekrja kuat lah pd tahun ini..
sy pun sudah lama mninggalkan online biz ni kerana sibuk bekerja,tetapi bila bc artikel ni rasa semangat tu dtg balik.
Tetapi yg penting ialah berbaktilah pd ibu bapa kita, TQ.
hukum keseimbangan memang terjadi pada setiap makhluk..cuma kita tidak perasan jer. Harap-harap kita lebih meneliti hukum keseimbangan di dalam diri sendiri. Kaji dirimu untuk kenal penciptanya.
http://www.newforexaccount.blogspot.com
Alhamdulillah tahniah kepada en Zamri. Memang itu yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..kebaikan yang kita buat kat ibu bapa pasti pintu rezeki kita akan dibuka lebih luas lagi & dari pelbagai sumber yang tidak diduga..
setiap amalan yang dibuat pasti mendapat balasan.
Tahniah, dan ingat Allah selalu. Sesungguhnya Allah akan tambahkan rezeki kepada hambaNya yang bersyukur…
Assalamualaikum saudara Zamri,
Mungkin saudara Zamri sudah mendengar perumpaman ini ” seorang ibu dapat menjaga anak sepuluh orang atau lebih tetapi sepuluh orang anak atau lebih tidak dapat menjaga atau memelihara seorang ibu “.
Dari perumpaman di atas ben yakin dan pasti saudara tidak dikategorikan sebagai anak dalam perumpaman ini. Ini kerana Saudara Zamri telah menjalankan tanggungjawab yang cukup besar dan bermakna dalam kehidupan ibubapa saudara. Amat beruntung dan bertuah ibubapa yang mempunyai anak seperti saudara Zamri. Tahniah dan syabas saudara zamri.
Banyak tokoh agama atau tokoh motivasi cth datuk dr hj Fadzilah K. pernah berkata” Walau bagaimana kejayaan yang anda milik, meskipun seluruh alam ini menyatakan akan kehebatan dan kemasyuran yang anda capai dan semua penghuni planet bumi ini mengagungkan anda tetapi kalau ibu atau ayah anda tidak mengiktirafnya atau dengan erti kata lain anda sebagai anak derhaka kepada ibu bapa, kejayaan itu tidak bermakna sama sekali”.. sebagai renungan kita bersama.
wassalam
Ben
Kudat
Sabah.
cayalah bro
setiap usaha baik yg dilakukan beserta doa dan tawakal memberi pulangan yg lumayan yg adakalanya diluar pemikiran kita, namun rezeki yg kita bersama orang tua Tuhan memang akan balas dekat dunia lagi..jd jgn sesekali kedekut dkt ayah dan bonda kita…
Jika kita bersyukur Allah SWT akan tambahkan nikmatNya tapi jika kita kufur azabNya sangat pedih.
syabas saudara zamri…
Tahniah…
Terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata peransang dan pesanan kepada sesama kita.
Semoga segala-galanya menjadi iktibar untuk kita!
Salam,
Thanks atas ebook sdra. Cerita pasal ‘Law of Attraction’ saya sendiri pernah mengalami di mana saya perlukan duit RM15,000 dalam masa 24 jam untuk bayaran deposit tanah. Memandangkan saya tidak pernah ada tanah sendiri, saya benar2 bermohon dan di atas ketulusan doa saya itu ia dimakbul. Syukur alhamdulillah.
Ia selalu terjadi tanpa disedari.
Kalau berbuat baik pada ibu bapa, lagi
mendapat berkat.
Salam,
Terima kasih atas panduan yang memberi motivasi untuk kejayaan perniagaan online ni dan juga untuk diri khususnya untuk kebaikan keluarga tersayang.
Tahniah atas kejayaan bro Zamri
boleh terangkan dgn lebih jelas n ringkas, bagaimana nak mulakan bisness ni..dan berapa modal yg diperlukan..
Salam Bro Zamri ,
Tahniah atas kejayaan anda . Menyenangkan hati kedua orang tua memang banyak berkatnya . Tetapi yang menarik perhatian saya ialah bagaimana bro memperolehi wang sebanyak itu dengan satu aff sahaja . Hebat , apa rahsianya ?????????
Salam,
Artikel ini memang membakar semangat saya.
Nak jadi macam bro Zamri mungkin memakan masa.
Saya tak akan putus asa. InsyaAllah…
Salam sdr Zambri,
Tahniah di atas kejayaan sdr. Saya telah membaca lapuran tu. Menarik dan mempunyai banyak pengajaran.
Apa yang berlaku itu ialah ketentuan dan janji Allah kepada hambaNya yang yakin dengan kekuasaanNya. Benarlah janji Allah bahawa lagi banyak kita mensyukuriNya lagi bertambahlah rezki kita..inssyaallah..
Alhamdullilah.
Tahniah Zamri,
Apa-apa yang kita hadiahkan atau kita sumbangkan kepada kedua ibu bapa kita tidak setimpal dengan limpahan dan curahan melimpah ruah kasih sayang yang telah diberikan.
Berjasa kepada ibubapa tidak sia-sia. Allah membalasnya.
Insya Allah
Syukran syukran terima kasih….maklumat yang baik…saya akan sebarkannya…Insya Allah
Tahniah. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.
Satu amalan yang baik itu akan diberikan dengan balasan yang baik. Yang bagusnya en. zamri tidak lupakan jasa orang tua yang mendidik kita.
Amalan yang patut dicontohi…