Rahsia Bisnes MLM Di Internet - Buku Terbaru!
Pada minggu lepas, saya memang sudah plan untuk menulis serba sedikit mengenai buku terbaru hasil tulisan Daegan Smith bersama saya, yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Tetapi… tak sempat.
Kali ini saya rasa memang patut saya sebarkan berita ini kepada anda.
Buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” adalah terjemahan buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” yang diterbitkan oleh Millionaires Planet 2 tahun dahulu.
Seperti buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success“, buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” menerangkan bagaimana seseorang boleh menggunakan internet untuk memperkembangkan perniagaan MLM mereka.
Perniagaan MLM secara konvensionalnya bukanlah untuk semua orang tetapi saya yakin sesiapa yang masih berminat dengan konsep “residual income” melalui MLM boleh menggunakan internet untuk menjana pendapatan sebegini. Dengan internet, anda tidak perlu menghabiskan banyak masa di kedai kopi membentangkan perniagaan anda, mengajak kawan-kawan menyertai anda ataupun melakukan perkara-perkara lain yang tidak menyenangkan.
Di dalam buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini, anda akan diajar bagaimana caranya menarik trafik ke laman web MLM anda dan seterusnya menggunakan automasi untuk memudahkan kerja mencari prospek dan menaja ke dalam program MLM anda.
Di antara cara-cara menarik prospek ke laman web anda ialah melalui:
- kaedah pay-per-click
- pemasaran artikel
- pemasaran di forum
- penggunaan laman web
- penggunaan blog
- dan sebagainya
Walaupun tajuk buku ini “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” pembaca akan mendapati kaedah-kaedah pemasaran yang diterangkan di dalam buku ini sangat relavan kepada model perniagaan internet yang lain. Jadi, secara tidak langsung, buku ini juga boleh dijadikan panduan untuk membina perniagaan berasaskan permasaran affiliate dan sebagainya.
Buat masa sekarang, buku ini belum lagi berada di pasaran kerana ianya baru sahaja dicetak. Namun, sekiranya anda ingin mendapatkannya, anda boleh buat pesanan terus daripada Millionaires Planet atau tunggu saya lakukan promosi istimewa pada masa terdekat nanti. ![]()
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
“re-purpose product” merupakan amalan kebanyakan IM yang berjaya. Ia mampu menarik pembelian berulang daripada pelanggan/ mailing list sedia ada dan pelanggan baru. Tahniah Zamri kerana menterjemah semula “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” ke Bahasa Malaysia.
Tahniah!! Anda memang luarbiasa!! Usaha anda yang selalu men upgrade kan kualiti dan bantuan kepada semua amatlah dihargai
Salam,
Tahniah buat saudara Zamri.
Yeah! Saya pastinya kan menunggu
promosi istimewa tu:)
Ia tentunya menarik:D
begitu berminat menantikan kehadiran buku ini…!
diharap, Sifu dapat juga buat tawaran istimewa di WC juga ya… ![]()
[…] lagi tapi mungkin saya akan jual personally dulu. Kalau nak tengok gambar buku tu, boleh lawati http://rahsia.bisnesdigital.com/pern…-buku-terbaru/ __________________ www.BisnesDigital.com - Blog Bisnes Digital (Pasti Mengancam!) […]
[…] lagi tapi mungkin saya akan jual personally dulu. Kalau nak tengok gambar buku tu, boleh lawati Rahsia Bisnes MLM Di Internet - Buku Terbaru! nah… perkongsian daripada orang yang berpengalaman di dalam hal ini sendiri. ya, sememangnya […]





wah. Not bad. Dah keluar buku plak sekarang. Bagus.