Rahsia Perniagaan Digital selepas 5 hari dilancarkan
Pada hari ini, Rabu 6 Februari 2008, harga ebook Rahsia Perniagaan Digital dengan rasminya telah dinaikkan ke RM37.
Walaupun harganya RM37, saya rasa ianya masih berbaloi dengan pelaburan anda kerana saya akan berikan lesen hak jualan semula kepada anda pada 1 Mac 2008 nanti.
Jika anda beli sekarang dan dapat jual balik kepada seorang pelanggan pada 1 Mac 2008 nanti, anda sudahpun dapat kembali kos pelaburan anda untuk ebook ini.
Baiklah… jika anda ingin tahu samaada ebook ini dapat menjana keuntungan atau tidak, biarlah saya berikan beberapa statistik pelancaran ebook ini.
Perlu diingatkan juga bahawa hasil yang anda perolehi daripada promosi ebook ini tidak semestinya akan sama dengan hasil yang saya perolehi. Ianya bergantung kepada pengalaman, ilmu dan juga usaha anda.
Tempoh promosi: 1 Februari – 5 Februari 2008 (5 hari)
Jumlah subscribers: 985
Jumlah affiliate: 162
Harga sebuah ebook: RM30
Hasil jualan: 148 pesanan
Hasil jualan dalam RM: RM4,440.01 (ada yang bayar RM30.01)
Secara langsung,
1. saya sudah pecahkan rekod terdahulu saya semasa melancarkan ebook Rahsia MLM
2. ini bermakna jika pelancaran dilakukan dengan betul, memang akan memberi pulangan lumayan kepada anda (nota* timing pelancaran adalah penting – tapi untuk pelancaran ebook RPD ni, timing kurang baik kerana banyak yang dah bercuti untuk Chinese New Year)
3. ebook “Rahsia Perniagaan Digital” memang mempunyai pasaran yang luas.
4. pasaran tempatan masih lagi besar walaupun hasilnya tidaklah sehebat hasil yang diperolehi jika dipasarkan di pasaran antarabangsa.
5. anda perlu dapatkan ebook ini. 
Sekiranya anda berminat, saya boleh tulis satu ebook untuk menunjukkan bagaimana pelancaran sebegini dapat dilakukan supaya anda juga dapat menjana pendapatan yang lebih baik daripada saya.
Tapi sebelum itu… dapatkan ebook RPD dahulu. 
Zamri Nanyan
ps. Masih ramai yang belum mempromosikan ebook ini… tapi selepas saya berikan statistik ini, mungkin akan menggerakkan lagi usaha mereka untuk membuat promosi secara besar-besaran.
pps. Ya… anda boleh salin dan letakkan pos ini di laman web anda bagi tujuan promosi.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








Assalamualaikum……
Perniagaan ini sungguh membuat kan hasil yang lumayan selain kita dapat menjual product
Bagaimana nak mulakan pejualan on line
Wow!! Banyak jugak jualan tu dalam masa 5 hari..
Tahniah Abg Zamri..
PS: Sangat2 memotivasikan saya..
Tahniah!.
Saya juga bercadang untuk membeli buku ini pada hari pertama dijual, tapi cara pembayarannya menyukarkan saya untuk membelinya.
Saya tiada kad kredit dan tidak mendaftar maybank2U.
Bagaimana caranya jika saya beli cara biasa?
Terima kasih Fai & Ramli…
Anda boleh juga pergi ke ATM Maybank atau memasukkan wang RM37 di kaunter bank – tidak semestinya menggunakan internet transfer.
Zamri Nanyan
Hajah… penjualan produk di Internet bergantung kepada jenis produk yang hendak dijual. Produk fizikal dan digital melalui proses jualan yang berlainan.
Untuk proses jualan produk digital, saya ada terangkan melalui video di http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/proses-pemasaran-produk-di-internet
Bagi mereka yang memang ‘fresh’ dalam perniagaan internet, saya amat menyarankan anda pergi seminar untuk belajar dan pastikan seminar tersebut mempunya bantuan susulan. Pembelajaran melalui bacaan adalah sesuai untuk ‘intermediate level’ dan akan mengambil masa yang panjang untuk ‘orang baru’ memahaminya (walaupun tidak mustahil).