‘Rasuah’ Yang Dibenarkan Dalam Bisnes Internet
‘Rasuah’ Yang Dibenarkan Dalam Bisnes Internet
oleh Zamri Nanyan
Jangan salah erti dengan perkataan rasuah yang saya berikan di dalam tajuk email kali ini.
Rasuah yang saya maksudkan di sini ialah pemberian produk percuma untuk membina mailing list, meningkatkan jualan dan juga menstabilkan jualan produk anda.
1. ‘rasuah’ produk percuma sebelum pelancaran (pra-pelancaran)
Bergantung kepada bila anda membaca email ini, jika anda lawati laman web di bawah, anda akan diberikan satu ebook percuma dan peluang untuk mendapatkan produk yang bakal dijual juga secara PERCUMA.
Sila lihat laman web di bawah.
http://biggestfiresale.com/?a=279
Inilah salah satu taktik untuk membina mailing list yang berpotensi untuk menjadikan prospek sebagai pelanggan apabila produk yang bakal dijual dilancarkan nanti.
Jika anda belum mendapatkan hadiah yang dimaksudkan di dalam laman web di atas, lakukan sekarang dengan memberikan nama dan email anda.
Manalah tahu jika anda juga berpeluang untuk mendapat produk percuma bernilai ribuan dolar.
2. ‘rasuah’ produk percuma semasa pelancaran
Taktik ini dilakukan oleh mereka yang menjual produk sendiri atau affiliate.
Semasa pelancaran produk dilakukan, ramai affiliate akan menawarkan hadiah-hadiah bonus bagi menarik minat pembeli.
Ini kerana mungkin semasa pelancaran sesebuah produk, peraduan jualan terbanyak juga diadakan dan bagi meningkatkan jualan dan memenangi hadiah peraduan yang ditawarkan, maka pelbagai insentif diberikan kepada pembeli.
Pencipta produk itu sendiri juga mungkin menawarkan hadiah terhad mereka sendiri untuk memeriahkan lagi sesi pelancaran produk.
Disamping dapat meningkatkan jualan, pemberian hadiah percuma ini juga mampu meningkatkan populariti produk.
Salah satu contoh pemberian hadiah untuk pelancaran sesebuah produk dapat dilihat pada blog Bisnes Digital di:
http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/tawaran-hebat-pembelian-niagakit
3. ‘rasuah’ produk percuma selepas pelancaran
Akhirnya, selepas tamat tempoh pelancaran sesebuah produk, hadiah pembelian masih diteruskan untuk meneruskan momentum jualan.
Sebagai contoh, anda boleh lihat hadiah bonus yang saya tawarkan di laman web Rahsia MLM di
Hadiah bonus sebagai insentif pembelian ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM ini diteruskan walaupun pelancaran produk ini sudah tamat.
Ada sesetengah pembeli tertarik dengan hadiah bonus yang ditawarkan dan mungkin ebook utama yang dijual tidaklah sangat mengujakan mereka.
Walaubagaimanapun, jualan tetap terhasil disebabkan hadiah bonus yang ditawarkan.
Sebagai kesimpulan, anda boleh lihat di sini bahawa ‘rasuah’ pembelian produk masih menjadi pilihan penjual di internet.
Ini kerana taktik sebegini sudah terbukti berkesan.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
Saya rasa perkataan ‘rasuah’ tidak sesuai digunakan di sini. Perkataan ini sesuai digunakan untuk perkara yg melibatkan dosa shj.
Cari perkataan lain yang lebih sesuailah zam, ganjaran ke.
Kalau guna perkataan rasuah tu, nanti orang anggap rasuah tu dibenarkan pula.. hati-hati, nanti orang boleh salah faham. Anyway, continue your good job!







Wah, nampaknya saya dah banyak termakan rasuah dan memberi rasuah..