Rekodkan Aktiviti Bisnes Internet Anda

Apa khabar anda hari ini?

Saya sihat, cuma anak bongsu saya yang berumur 4 tahun ni sahaja kena measles. Dah 4 hari terlantar lemah seluruh badan.

Mohon doa anda semoga Imran cepat sembuh. Risau juga saya bila baca kat Internet, ada yang katakan Measles boleh ada komplikasi.

Saya dahulukan ucapan terima kasih kepada anda yang mendoakan kesihatan anak saya supaya kembali pulih.

========================================
Rekod Aktiviti Bisnes Internet
========================================

Salah satu sebab kenapa bisnes internet anda tidak berjalan ialah kerana aktiviti anda tidak berjalan. Maksudnya, tidak ada kerja sebenar yang dilakukan.

Sebagai contoh, anda berada di hadapan komputer setiap hari dengan harapan anda akan lakukan aktiviti pemasaran untuk laman web anda.

Tetapi apa yang berlaku ialah anda lebih tumpukan perhatian kepada Facebook, email
dan gangguan lain.

Di akhir hari ini, anda tak tahu apa yang telah anda perolehi melainkan anda telah habiskan banyak masa di internet.

Esok, proses yang sama berulang kembali.

Begitu juga hari seterusnya.

Jika inilah yang berlaku, sukar untuk anda tahu progres projek atau bisnes internet anda.

Jadi, saya sarankan anda lakukan sedikit aktiviti merekodkan apa sahaja yang anda lakukan setiap hari. Ada banyak caranya.

1. adakan blog aktiviti di mana setiap hari anda tulis apa yang telah anda
lakukan.

2. sediakan Excel Spreadsheet untuk anda kesan apa yang telah anda lakukan untuk
setiap projek di tangan anda.

3. tulis sahaja di dalam notepad yang anda akan rujuk setiap hari.

Apa pun jua kaedah yang anda gunakan, pastikan ianya mudah untuk anda lakukan rujukan dan melakukan “tracking” untuk aktiviti anda.

Dari sini, anda akan lihat samada anda efektif dan produktif atau tidak.

Satu lagi perkara yang penting ialah anda lakukan perancangan terlebih dahulu sebelum anda lakukan sesuatu. Di dalam contoh ini, Jimmy D Brown pernah beri saranan bahawa anda boleh lakukan perancangan pada hari Ahad bagi setiap aktiviti hari Isnin sehingga Jumaat anda. Lagi “detail” perancangan anda, lagi baik.

Setuju dengan pendapat saya? Jika “ya”, praktikkannya hari ini.

=========================================
Bengkel “Clickbank Autopilot” 2
=========================================

Pada penghujung bulan ini, saya bercadang untuk anjurkan bengkel “Clickbank Autopilot” kali kedua di mana di dalam bengkel ini, saya dedahkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui Clickbank secara autopilot dengan kaedah “outsourcing”.

Pernah tak anda lihat sesiapa menganjurkan bengkel Clickbank pada masa ini? Jika tidak, ini peluang anda.

Bengkel ini cuma dibuka kepada 25 peserta sahaja. Berita baiknya ialah saya akan berikan harga istimewa kepada 5 orang pertama yang buat pembelian Teknik Clickbank melalui link di bawah:

http://viralurl.com/offer/TeknikClickbank

Jika anda berminat, beli Teknik Clickbank melalui link di atas dan anda berpeluang menghadiri bengkel ini pada harga RM99 sahaja (harga sebenar bengkel ini ialah RM399).

Selepas lakukan pembelian, cepat-cepat hubungi saya.

Bengkel ini akan diadakan di Kajang pada 26 Februari, jam 10:00AM – 5:00PM.

Jumpa anda di sana…

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, Perniagaan Internet, Seminar Perniagaan Internet, Ulasan Produk

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

4 Responses to “Rekodkan Aktiviti Bisnes Internet Anda”

Leave Comment

(required)

(required)