Salah Satu Bentuk Aset Internet Yang Anda Boleh Miliki

Salah Satu Bentuk Aset Internet Yang Anda Boleh Miliki
oleh Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 http://www.BisnesDigital.com

Artikel yang bakal anda baca ini adalah petikan daripada kandungan buku “The Four Weeks To Freedom“. Anda boleh buat pesanan buku fizikal terkini Zamri Nanyan ini melalui www.TheFourWeeksToFreedomBook.com

Jika anda memiliki sebuah rumah yang anda boleh sewakannya dan kutip wang sewaan rumah tersebut setiap bulan, ianya boleh dikira sebagai sebuah aset. Jika anda mempunyai sebuah syarikat yang memberikan anda pendapatan ratusan ribu ringgit setiap bulan, ianya juga adalah sebuah aset. Jika anda mempunyai sebidang tanah di tengah-tengah kotaraya, ianya sudah pasti sebuah aset yang amatlah tinggi nilainya.

Itulah caranya anda mendefinasikan sebuah aset dalam cara yang mudah difahami oleh majoriti daripada kita. Tetapi itu adalah aset yang anda sedia maklum. Bagaimana pula yang dimaksudkan dengan aset di dalam bisnes internet? Benarkah ada sesuatu yang digelar aset di dalam dunia atas talian? Jika benar ada, apakah aset tersebut dan bagaimana anda boleh membina aset tersebut?

Di dalam modul ini, anda akan ketahui bahawa memang terdapat apa yang dinamakan aset di dalam internet dan jika anda mempunyai daya ingatan yang kuat, di dalam temuramah audio “Confidential Conversation”, kita ada menyentuh serba sedikit mengenai aset – nama domain.

Beberapa contoh nama domain adalah seperti www.Yahoo.com, www.Google.com, www.SetForLife.ws, www.TheFourWeeksToFreedom.com and www.ZamriNanyan.com.

Sekarang, bayangkan jika anda memiliki nama domain seperti www.Business.com dan sebuah syarikat gergasi mengasak anda untuk menjualnya kepada mereka pada harga RM1 juta. Pastinya anda menjadi jutawan segera, bukan? Jika anda belum tahu, mengikut Wikipedia, Marc Ostrofsky telah menjual nama domain www.Business.com pada harga US$7.5 juta. Macam tak logik, bukan?

Mungkin ianya agak sukar untuk memiliki nama domain yang anda boleh jual semula pada harga jutaan ringgit sekarang tetapi ianya tidak mustahil untuk anda memiliki nama domain yang boleh dijual pada harga ratusan atau ribuan ringgit. Cuba lawati www.SnapNames.com dan lihat sendiri nilai nama domain yang dilelong di sana. Anda akan terkejut melihat bagaimana nama domain yang anda boleh beli pada harga asalnya kurang US$10 (rujuk www.NameCheap.com) dijual pada harga yang sangat tinggi.

Sekarang, selepas saya terangkan kepada anda yang nama domain merupakan bentuk aset di internet, ini tidak bermakna nama domain adalah satu-satunya bentuk aset yang boleh anda miliki. Terdapat pelbagai lagi contoh aset di internet yang anda boleh temui di mukasurat seterusnya. Tetapi, buat masa sekarang, anda sepatutnya fikirkan dengan serius untuk memiliki nama domain yang berkaitan dengan nama anda sendiri, contohnya www.ZamriNanyan.com. Beli dan simpan nama domain tersebut walaupun anda tidak mempunyai rancangan untuk melakukan apa-apa dengannya. Kenapa? Kenapa tidak? Anda mungkin akan menjadi seseorang yang penting, ikon orang ramai, artis pujaan, usahawan berjaya atau seorang billionaire suatu hari nanti. Pada masa tersebut, anda akan gunakan nama domain anda untuk menjenamakan diri anda, atau yang lebih penting lagi, anda tidak mahu orang lain menggunakan nama domain anda untuk memburuk-burukkan nama anda.

Anda boleh beli nama domain di www.NameCheap.com atau sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan memasarkan servis pendaftaran nama domain, anda boleh mendaftar sebagai ahli dan membeli nama domain di www.Freedom.ws/zamrinanyan untuk cuma $US10 setiap bulan.

Sekarang, mari kita pelajari pula dengan lebih lanjut lagi jenis-jenis aset internet yang lain.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Buku terbaru beliau “The Four Weeks To Freedom” adalah sebuah cetakbiru untuk anda pelajari bisnes internet secara lebih menyeluruh. Ianya sebuah buku bisnes internet yang lain daripada yang lain tetapi mempunyai ilmu yang jarang-jarang dikongsikan di dalam buku bisnes internet yang selalu anda baca. Dapatkan buku “The Four Weeks To Freedom” sekarang di http://www.TheFourWeeksToFreedomBook.com

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.

================================================

Artikel, Online MLM, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, percuma, Perniagaan Internet, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

12 Responses to “Salah Satu Bentuk Aset Internet Yang Anda Boleh Miliki”

Leave Comment

(required)

(required)