Saya benci Yahoo! tapi suka Google Mail…

Saya ingin luahkan sesuatu yang kurang enak didengar.

Saya benci Yahoo! Mail… 🙂

Eh! Bukanlah teruk sangat, kan?

Walaubagaimanapun, disebabkan jualan produk tempatan memerlukan saya menghantar email secara manual kepada pembeli, maka saya perlu pastikan yang email untuk muatturun produk sampai ke kotak email pembeli.

Malangnya, tidak semua email yang dihantar kepada pembeli.

Lebih malang lagi, pembeli yang menggunakan email dari Yahoo! selalu menghadapi masalah tidak terima email daripada saya.

Siapa patut dipersalahkan?

Saya tak salahkan pembeli tetapi saya salahkan Yahoo! sebab email ke Gmail atau servis email yang lain tidak menghadapi masalah ini.

Kesimpulannya… jika anda berurusan dengan jual beli di internet yang melibatkan penghantaran email, cuba gunakan gmail.com dan saya pasti majoriti masalah ini akan dapat diatasi.

Jika anda menggunakan email daripada domain anda sendiri, mungkin tiada masalah tetapi dalam apa jua keadaan pun, pastikan anda selalu semak spam/bulk folder anda apabila selesai membuat pembelian di internet.

====================
Usah Risaukan Jualan, Fokus Kepada Promosi Dahulu
====================

Ada yang tak sabar untuk melihat hasil jualan apabila laman web siap dipasang.

Promosi dilakukan ala kadar dan seterusnya bertawakal untuk mendapat jualan.

Ataupun promosi yang dilakukan tidak efektif.

Ini tidak betul…

Sepatutnya anda perlu ada sistem yang terus mempromosikan laman web yang anda promosikan.

Jika tiada sistem ini, lakukan promosi secara berterusan atau cipta sistem tersebut.

Jualan di internet mungkin tidak boleh dikejar tetapi ianya boleh di’tarik’ (orang putih cakap ‘attract’) dengan cara promosi kita.

Mengejar jualan adalah memenatkan tetapi jika anda belajar bagaimana untuk menarik pelawat ke laman web anda untuk mereka sendiri membuat keputusan, ianya mungkin akan memberikan satu kegembiraan buat anda (fikirkan jualan yang anda dapat tanpa anda duga).

Untuk memahami dengan lebih lanjut apa yang saya perkatakan di sini, anda boleh membaca artikel saya seterusnya di:

http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/usah-risaukan-jualan-fokus-kepada-promosi-dahulu

Sebarang komen dan kritikan membina amat dialu-alukan.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. lihat video di bawah dan fikirkan tentang sistem promosi yang saya maksudkan di dalam paparan blog ini.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=VFOyMTrmRbw[/youtube]

Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

2 Responses to “Saya benci Yahoo! tapi suka Google Mail…”

Leave Comment

(required)

(required)