Saya Jumpa Jutawan Senyap, Dato’ Chef Li (Dato’ Dr Rusly Abdullah)

Hujung minggu lepas, saya ke Sabah untuk berkongsikan ilmu perniagaan internet saya di sana.

Selepas 2 malam di sana, saya pun pulang pada malam Ahad yang lepas.

Rezeki saya rupanya belum berakhir di bilik seminar sahaja.

Semasa di lapangan terbang Kota Kinabalu Ahad lepas (sebelum pulang), saya terjumpa Dato’ Dr Rusly Abdullah @ Dato’ Chef Li, penulis buku Jutawan Senyap, dan saya sempat menyapa beliau.

Saya tanya beliau, “kenal saya tak?” dan bila nyatakan nama saya Zamri Nanyan, barulah beliau teringat semula, “oh, yang di internet tu” (BTW, Dato’ memang tak pernah jumpa saya).

Selepas bersembang seketika, saya dan Dato’ pun mengambil haluan masing-masing.

Sebelum itu, sempat juga Dato’ kata, “lepas ni kita contact semula dan mungkin boleh buat JV”. ;-)

Nampaknya satu lagi matlamat yang saya tulis di dalam buku impian saya bakal terlaksana.

Dato’ juga adalah di antara ikon yang disenaraikan di dalam ebook Mentor Jutawan.

Sekiranya anda belum memiliki ebook ini, anda boleh dapatkannya di:

http://www.MentorJutawan.com

Masih berkisar kepada kisah di atas lagi,mari kita selami serba sedikit topik yang menarik ini (JV) dengan beberapa tip yang dapat saya kongsikan bersama anda.

========================================
TIP JV
========================================

Menghasilkan produk bersama atau JV adalah di antara cara yang terbaik untuk menaikkan nama, menyiapkan produk dalam masa yang singkat dan juga menaikkan jualan (sudah tentu).

Terdapat pelbagai jenis JV dan ini yang pernah saya tulis di Facebook baru-baru ini:

“Saya mengaku! Dulu saya beli produk daripada ______ kerana saya nak ______ kenal saya, tapi saya pastikan dulu produk beliau itu pun berguna untuk saya aplikasikan di dalam bisnes saya.

Serampang 2 mata dan berhasil kedua-duanya.”

Nah! Nampak tak?

Susun strategi anda untuk anda dikenali dan bina perhubungan.

Jangan terlalu fokus kepada bisnes semata-mata tapi letakkan “relationship” dahulu dan bina perhubungan dengan seramai yang mungkin, sebaik yang mungkin, selama yang mungkin.

Bila tibanya, barulah anda kemukakan cadangan JV dan sebagainya.

Pada masa tersebut, saya pasti ianya jadi amat mudah untuk melakukan sebarang kerja.

Nak cuba?

Beli http://www.MentorJutawan.com dan saya pasti tahu nama anda selepas itu.

Kemudian, langkah seterusnya adalah di pihak anda pula.

BTW, pembelian di atas adalah contoh sahaja namun saya harap anda nampak “point” yang hendak saya sampaikan.

========================================
Networking & Mentoring
========================================

Nak lebih POWER? lebih dekat dengan saya dan ramai lagi usahawan lain?

Ini yang terbaik:

http://usahawaninternet.com/NetworkingMentoring

Jangan pandang rendah dengan laman web “simple” yang saya berikan ini kerana sudah sebulan program ilmu yang POWER telah disampaikan melaluinya.

Ayuh!

Bina network anda sendiri, bina relationship dan sampai ketikanya, anda senang untuk melakukan JV dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa.

Ilmu & Amal!

ikhlas,
Zamri Nanyan

PS. ramai jutawan senyap di sekeliling kita. Mereka tak pakai baju berjenama mahal. Mereka tak bawa kereta Mercedes. Mereka kelihatan sama seperti saya dan anda. Namun pastikan satu hari nanti, anda adalah di kalangan mereka. :-)

Selami polar pemikiran jutawan-jutawan industri melalui ebook Mentor Jutawan:

http://www.MentorJutawan.com

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, percuma, Peribadi, Perniagaan Internet, tawaran, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

4 Responses to “Saya Jumpa Jutawan Senyap, Dato’ Chef Li (Dato’ Dr Rusly Abdullah)”

Leave Comment

(required)

(required)