Sebuah Perkhidmatan Rekacipta Grafik Tempatan

Pada awal minggu lepas, saudara Mazlie berjaya menyiapkan satu laman web minisite berserta e-cover dan banner untuk satu laporan ringkas yang bakal saya terbitkan nanti.

Design grafik ini merupakan satu perkhidmatan baru yang ditawarkan oleh saudara Mazlie dan saya merupakan salah seorang daripada orang terawal yang menggunakan servis beliau.

Jika anda ingin lihat hasil kerja beliau untuk projek saya tersebut, anda boleh lawati laman web www.BisnesDigital.com/emas

Inilah hasil kerja beliau untuk saya dan ianya siap selepas cuma sekali design. :)

Walaubagaimanapun, ebook “Emas Terlepas Genggaman” ini belum lagi siap dan apabila tiba masanya, saya akan umumkan kepada anda semua.

Bagi tujuan membantu saudara Mazlie mempromosikan servis ini, saya mengalu-alukan sesiapa yang inginkan sebuah laman web minisite atau e-cover ataupun banner untuk lawati www.VirtualNiaga.com untuk mendapatkan servis ini daripada beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa sekiranya anda membaca informasi ini di laman blog saya, beliau akan mengenakan caj RM100 untuk pakej Silver (yang kebiasaannya dikenakan caj RM120).

Jadi, ambillah kesempatan ini sekiranya anda perlukan servis design sebegini.

Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

4 Responses to “Sebuah Perkhidmatan Rekacipta Grafik Tempatan”

Leave Comment

(required)

(required)