Selamat Tahun Baru 2010

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca dan dan pelanggan saya.

Semoga tahun 2010 memberikan lebih banyak kejayaan untuk anda, sama ada dalam segi kewangan, kesihatan dan kebahagiaan.

Bagaimana tahun 2009 anda?

Saya harap ianya merupakan tahun yang baik dan 2010 manjanjikan yang lebih baik dari tahun lepas.

2009 merupakan tahun yang penting dan bermakna buat saya.

Jualan RM100,000+ dalam masa 3 hari, berhenti kerja dan meninggalkan gaji 6-angka dengan gembiranya untuk fokus kepada bisnes internet, menerbitkan lebih banyak produk digital, menganjurkan seminar internet solo pertama saya dan bekerjasama dengan jutawan internet merupakan sebahagian daripada kejayaan yang saya rekodkan.

Anda boleh baca coretan saya mengenai kebebasan diri dan perniagaan internet saya dengan klik di link di bawah:

Erti-kebebasan-dan-disiplin-dalam-perniagaan-internet

Jika diizinkan olehNya, saya akan lakukan lebih lagi pada tahun 2010. Menerbitkan buku, menganjurkan lebih banyak seminar, mencipta lebih banyak produk digital dan membuka sesi “coaching” adalah perancangan tahun 2010 saya. Terdapat juga sasaran rahsia saya yang lebih besar daripada apa yang saya senaraikan di sini dan sekiranya ianya tercapai, saya akan umumkan di akhir tahun 2010 pula. :)

Akhir sekali, saya harap anda akan teruskan usaha anda. Anda tentukan masa depan anda dan jangan putus asa.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. salah satu perancangan saya ialah untuk menerbitkan lebih banyak produk digital untuk membantu ahli GDI saya. Jika anda berminat untuk sertai saya, anda boleh gunakan link di bawah untuk daftar (percuma 7 hari):

http://www.freedom.ws/zamrinanyan

Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, Peribadi, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

16 Responses to “Selamat Tahun Baru 2010”

Leave Comment

(required)

(required)