Selepas Jom Seminar

Walaupun saya tak dapat hadir ke “Jom Seminar“, namun saya sempat juga baca beberapa update di laman web rakan-rakan yang lain.

Berikut adalah sinopsis daripada beberapa perkara yang berlaku di Jom Seminar.

  1. Gobala Krishnan menemuramah Adly (atau lebih dikenali sebagai Labanon) dan juga Samsul Zamzuri (aka Alang). Untuk menonton video yang disediakan, klik link yang diberikan. Sebelum itu, mungkin banyak yang tak tahu bahawa Adly juga ada membuat temuramah eksklusif dengan saya sebelum beliau pergi Jom Seminar. Jadi, tunggu nanti, ya! :)
  2. Alang juga ada menulis sedikit ulasan mengenai Jom Seminar. Ulasan ini adalah dari perspektif orang pertama (first party – sorry, tak jumpa terjemahan yang betul). Kalau nak tau bagaimana rasanya nak jadi penceramah, boleh baca cerita Alang ni = > Klik Di Sini.
  3. Syed Ikhwan pula ada banyak gambar untuk dikongsikan bersama. Anda boleh lawati http://work4real.blogspot.com untuk melihat sendiri. Orang cakap “picture tells a thousand words”. Marketer cakap “I can write a million words about a picture”. :)

Sudah semestinya saya tak dapat update pengalaman saya di Jom Seminar sebab saya tidak menghadirinya tetapi saya pasti mereka yang menghadirinya mendapat banyak manfaat daripada majlis sebegini.

Jom SeminarDan akhir sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak Syed Ikhwan dan Jom Seminar kerana menghantar RM582 untuk komisyen jualan Jom Seminar. Walaupun sibuk membantu pelancaran ebook Sistem Kedai Online (SKO), saya tetap bersyukur kerana dapat membuat beberapa jualan untuk Jom Seminar.

Terima kasih!

Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Seminar Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

One Response to “Selepas Jom Seminar”

Leave Comment

(required)

(required)