Seminar Pakar Affiliate, Quality Hotel KL, 23 Januari 2010
Setelah semua persediaan selesai, maka saya umumkan bahawa Seminar Pakar Affiliate akan diadakan di Quality Hotel, KL pada 23 Januari 2010 nanti.
Seminar pada hari Sabtu ini akan bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang.
Saya dan Patric Chan akan bersama-sama anda untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan juga strategi pemasaran affiliate kepada anda.
Sekiranya anda adalah pembeli sah Pakar Affiliate, anda layak untuk datang ke seminar ini dengan memberikan beberapa maklumat yang telah saya minta melalui email.
Seminar ini berharga RM1,299 tetapi kesemua pembeli Pakar Affiliate dapat menghadirinya secara percuma.
Jika anda ingin datang (anda sepatutnya datang) dan bukan lagi menjadi pembeli Pakar Affiliate, inilah masanya untuk anda berbuat demikian.
Pesan Pakar Affiliate sekarang untuk memastikan anda tidak ketinggalan menyertai seminar ini.
Seperti seminar saya yang lepas, ramai usahawan internet tempatan yang anda kagumi datang. Ammar Zahar, Jamaluddin Bahari, Raja Kamil, Jimieray, Azahar pereka grafik dan ramai lagi hadir. Saya tak dapat pastikan lagi siapa lagi otai yang akan hadir pada seminar Pakar Affiliate nanti tapi yang pasti anda akan dapat banyak peluang untuk mengenali usahawan internet yang berjaya dengan lebih dekat lagi.
Inilah juga peluang untuk anda mengenali mereka dan mereka mengenali anda.
Bila dah kenal, maka makin mudah untuk anda bekerjasama membina bisnes internet anda nanti.
RM199 untuk seminar sebegini bukanlah mahal. Ingat! Nilainya RM1,299 atau lebih daripada itu.
Bukan setakat anda boleh belajar dari saya, anda juga akan belajar sesuatu daripada jutawan internet “Sebenar”, Patric Chan yang memang dikenali ramai di pasaran antarabangsa.
Jangan tunggu lagi, pesan Pakar Affiliate sekarang untuk anda hadir ke seminar Pakar Affiliate pada 23 Januari nanti.
Butiran lengkah seminar Pakar Affiliate:
Tempat: Quality Hotel, KL (http://www.quality.com.my/KL)
Tarikh: Sabtu, 23 Januari 2010
Masa : 9:00 page – 5:00 petang
Nasihat saya – kosongkan jadual anda pada 23 Januari nanti dan usahakan sebaik mungkin untuk datang ke seminar ini. Jika anda belum buat pesanan Pakar Affiliate, klik link yang diberikan dan buat pesanan secepat mungkin.
Bila habis sahaja tempat duduk, saya terpaksa tutup penyertaan – ya, bilik seminar ada had penyertaan.
akhir kata… Jumpa anda di sana!
ikhlas,
Zamri Nanyan
ps. networking adalah penting dalam bisnes dan seminar ini bukan sekadar berikan ilmu pemasaran affiliate kepada anda, malah anda juga boleh mengenali usahawan internet yang telahpun berjaya di dalam bidang mereka.
pps. saya dan Patric juga ada menyediakan beberapa “KEJUTAN” untuk peserta seminar ini. Tunggu sahaja pada hari seminar nanti.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.






