Seminar Perniagaan Internet Berjalan Lancar

Seminar Perniagaan Internet untuk pembeli program The Four Weeks To Freedom yang dianjurkan pada hari Sabtu lepas berjalan dengan lancar.

Pelbagai rakan dan sahabat internet dari seluruh pelosok tanahair datang ke Pulau Pinang untuk menghadiri seminar ini. Ada yang datang dari Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan negeri-negeri lain lagi.

Memang sangat menggembirakan hati saya melihat ramai yang cuba sedaya-upaya untuk datang dan belajar daripada saya dan Patric Chan pada hari Sabtu lepas.

Seminar perniagaan internet ini berkisar kepada perkara asas membina perniagaan internet pilihan individu dan saya ada juga menyentuh banyak perkara lain seperti “Quick Income Plan”, model bisnes internet dan juga pemasaraan.

Di akhir seminar, Patric memberikan ceramah 1 jam 30 minit beliau dengan informasi yang saya rasakan amat berharga. Pada mulanya Patric cuma ingin berikan ceramah selama satu jam sahaja, tetapi saya ‘paksa’ beliau untuk memberikan informasi lebih berharga selama 1 1/2 jam ini.

Terus-terang saya katakan yang saya sebenarnya kurang sihat pada hari Sabtu lepas tetapi melihatkan semua peserta amat bersemangat sekali, saya pun tidak mahu menghampakan mereka. Selepas Sabtu, saya terbaring sahaja di rumah dan cuma keluar bila perlu. Hari Isnin baru badan saya beransur pulih dan sihat sepenuhnya pada hari Selasa (ps… jangan takut, saya bukan kena H1N1) :)

Apa-apa pun, saya ada beberapa gambar dan video untuk dikongsikan bersama anda dari seminar yang lepas.

Jika anda adalah salah seorang peserta seminar, sila berikan komen tentang seminar ini supaya “JIKA” saya menganjurkannya sekali lagi, dapat saya perbaiki mana yang perlu.

zamrinanyan1.jpg

gambar peserta bersama Patric, saya & isteri saya… :)

zamrinanyan2.JPG

ada orang cakap saya nampak serius… mungkin sebab misai saya kot…

zamrinanyan3.JPG

ada gaya tak?

zamrinanyan4.JPG zamrinanyan7.JPG zamrinanyan6.JPG zamrinanyan5.JPG

patric1.JPG

patric2.JPG

patric3.JPG

patric4.JPG patric5.JPG happy1.JPG

happy2.JPG happy3.JPG happy4.JPG happy5.JPG happy6.JPG

sesi penghargaan kepada TOP JV Partner yang membantu melancarkan The Four Weeks To Freedom 

 

Kepada semua yang menghadiri seminar ini, terima kasih saya ucapkan. TERIMA KASIH kepada Patric Chan yang sudi menyerikan lagi seminar ini.

Tak lupa juga kepada isteri saya, Linda, yang datang memberi sokongan dan juga 2 pembantu saya, Ridzuan dan Kasyfi — you guys memang best! :)

ps… anda dibenarkan untuk download gambar yang ada di paparan ini. Klip video seminar ini akan dimuatkan di dalam paparan post esoknya… 

Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Seminar Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

28 Responses to “Seminar Perniagaan Internet Berjalan Lancar”

Leave Comment

(required)

(required)