Siapa Kata Perniagaan Internet Tak Perlu Modal?
Siapa Kata Bisnes Internet Tak Perlu Modal?
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2010 http://www.BisnesDigital.com
Bisnes Internet adalah seperti bisnes konvensional yang lain. Bezanya, jika anda hendak mulakan bisnes konvensional, anda fikir banyak perkara seperti kos permulaan, barang keperluan, bahan promosi dan sebagainya. Kemudian, anda akan lakukan bisnes anda dengan berhati-hati dan bersungguh-sungguh.
Malangnya, ramai yang terjun ke dalam “bisnes” internet dengan terlalu sedikit ilmu, tiada modal dan berfikiran yang penglibatan mereka di dalam bisnes internet akan menjadikan mereka kaya-raya dalam sekelip mata.
Mana tidaknya? Lihat kiri. Lihat kanan. Laman web yang dilawati memberikan harapan yang tinggi kepada mereka. Ada yang sehingga menjanjikan status jutawan dalam masa beberapa bulan sahaja (siapa tak nak jadi jutawan dalam masa kurang daripada setahun, bukan?)
Saya harap anda tidak berfikiran begitu.
Sengaja saya letakkan perkataan “bisnes” di atas dengan aksara “ ” kerana memang ramai yang merasakan mereka membina sebuah perniagaan internet bila ianya tak lain dan tak bukan adalah permainan, hobi dan aktiviti suka-suka sahaja. Nampak macam bisnes. Aktiviti macam bisnes. Nama pun diberikan sebagai bisnes (bisnes top-up sebagai contoh). Tetapi, ianya mungkin percubaan atau permainan cuba-test-try sahaja.
Bisnes Internet juga memerlukan modal dan usaha seperti bisnes konvensional yang lain.
Muktamad!
Saya tidak mahu ada lagi ada pertengkaran tentang bisnes internet yang tidak memerlukan modal langsung. Bagi saya, kenyataan sebegini cuma gimik pemasaran sahaja.
Jika anda mempunyai bisnes internet, pada permulaannya, anda akan menghabiskan berjam-jam masa anda di hadapan laptop atau komputer anda untuk membangunkan bisnes anda.
Jika wang tidak dikeluarkan, masa anda perlu diagihkan daripada aktiviti lain. Dan, tidakkah “masa” itu berharga dan modal anda juga? Setengah orang berkata, “masa itu emas”. Emas juga ada nilai dalam Ringgit Malaysia atau Dollar atau Yen. Malah masa adalah lebih berharga daripada wang ringgit kerana wang ringgit yang hilang boleh dicari tetapi tidak untuk masa.
Dan, tidakkah anda perlukan komputer untuk membina bisnes anda? Tidakkah anda perlukan talian internet (streamyx, mungkin?) untuk kerja-kerja anda? Ianya adalah modal asas permulaan anda.
Perit untuk saya luahkan tetapi saya harap anda dapat maksud yang hendak saya sampaikan.
Buangkan tanggapan anda bahawa bisnes internet tidak memerlukan modal. Anda akan kecewa nanti sekiranya anda bermula dengan mentaliti yang salah sebegini.
Jika anda mula dengan fikiran bahawa anda perlukan wang untuk membina bisnes internet anda, anda tidak akan merungut nanti bila tiba ketikanya, anda memang perlu laburkan wang anda untuk bisnes anda.
Buat persedian awal untuk mentaliti anda supaya anda tidak terdesak bila berdepan dengan masalah bisnes yang bakal anda bina.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.BisnesDigital.com untuk mempelajari strategi pemasaran internet yang berkesan. Untuk “link tracking”, anda boleh lawati http://get.linktrackr.com/linktrackr-art dan cuba sendiri servis ini selama 30 hari pada harga $1 sahaja.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.
Hakcipta Terpelihara (c) 2010 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Salam sejahtera
Sememangnya apabila disebut perniagaan memerlukan modal. Paling utama ialah modal masa dan tenaga kita tu. Biasanya yang ni orang tak pandang kerana bila sebut je modal ingat kat duit jer.
Artikel yang bagus dan bermaklumat.
.rasanya sy yg tak terlibat dlm perniagaan internet pun tahu perkara cam ni, yelah, ada pengguna sanggup tekan minyak sebab nak kejar satu brg yg murahnya hanya 10sen ; begitu jugak e book ni pun gimik je, harap cover yg cantik, kandungan macam “cut & paste” ; sy lebih yakin membeli buku di kedai buku drp ebook yg kononya ditulis oleh “pakar”; jauh berbeza dari segi kualiti kandungan
Salam ,
..Dr Irfan sedang buat seminar Perniagaan Internet Tanpa Modal & sdr Zamri pula mengatakan Perniagaan Internet perlukan modal.
Otai -otai ni memang pandai buat gimmik, yg betul betul nak buat perniagaan internet tak ke mana, yg untung mereka yg menganjurkan seminar.
contoh Bila buat ebook resepi masakan, nak jual ebook berhempas pulas, ,yg untung otai yg jual tool macam mana utk cantikan cover page,yg jual macam mana nak tulis atrikel utk e book , yg pasarkan minisite jualan,yg jual teknik pemasaran email dan seumpamanya.
Terkini ada ebook cara gunakan facebook .Oleh kerana teruja dgn promosi yg hebat, maka semua tools ini dibeli, namun ebook resepi masakan ini , yg laku dijual boleh dibilang dgn jari
Ramai otai yg mengaut keuntungan secara begini.Dulu ketika google adsense sedang memuncak, maka lahir lah otai yg tulis ebook , cam mana nak dapatkan keuntungan lebih dgn adsense.Betul lah , otai ni dah dapat hasil melalui cara yg dia pratikkan, tapi secara logik, mana ada org hendak kongsikan teknik yg menguntungkan dirinya. Anehnya , ramai sgt yg teruja dgn gelaran “jutawan internet” sedangkan senarai nama jutawan tempatan adalah terdiri dari tokoh tokoh korporat yg bertahun tahun terlibat dlm dunia perniagaan
@ Jenin – well… bergantung kepada siapa anda dengar dan percaya (dan anda perlu dengar nasihat daripada orang yang betul).
Saya tak mahu orang yang saya ajar ada pemikiran yang bisnes internet ni boleh dilakukan tanpa modal sebab majoriti yang memulakan bisnes internet ini menggunakan modal.
Jika saya kata sebaliknya dan bila anda kena laburkan wang, masa dan tenaga (ketiga-tiga ini juga modal), bermakna saya tidak berkata benar kerana lambat-laun anda akan tahu bahawa memang ada modal yang dikeluarkan.
Pada masa yang sama, saya juga mengajar subscriber saya untuk terus berusaha, terus belajar dan terus mencipta website/produk dan sebagainya untuk terus maju. Tanpa perkara ini, anda tidak akan berjaya untuk jangka masa panjang. Tidakkah ini dikatakan modal?
Jika anda telah beli sesuatu di internet, itu adalah modal anda juga. Modal ke atas ilmu sebelum anda memulakan bisnes internet anda. Itulah sebabnya saya berpegang kepada “bisnes internet MESTI ada modal daripada anda dalam apa situasi sekali pun”.
Saya tak nak mereka yang belajar daripada saya kecewa pada masa akan datang KALAU saya katakan “bisnes internet tak perlu modal”.
Fikirkan kenyataan saya ini secara rasional dan jangan bandingkan pandangan saya ini dengan pandangan usahawan internet lain.
saya setuju 100% dengan en zamri..pelik sugguh kalau statement buat perniagaan di internet tanpa modal ni..di mana2 iklan sebegini ada..bukan apa takut last2 ada pulak yang kena saman kerana statement tu sendiri…