Siapa Kata Perniagaan Internet Tak Perlu Modal?
Siapa Kata Bisnes Internet Tak Perlu Modal?
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2010 http://www.BisnesDigital.com
Bisnes Internet adalah seperti bisnes konvensional yang lain. Bezanya, jika anda hendak mulakan bisnes konvensional, anda fikir banyak perkara seperti kos permulaan, barang keperluan, bahan promosi dan sebagainya. Kemudian, anda akan lakukan bisnes anda dengan berhati-hati dan bersungguh-sungguh.
Malangnya, ramai yang terjun ke dalam “bisnes” internet dengan terlalu sedikit ilmu, tiada modal dan berfikiran yang penglibatan mereka di dalam bisnes internet akan menjadikan mereka kaya-raya dalam sekelip mata.
Mana tidaknya? Lihat kiri. Lihat kanan. Laman web yang dilawati memberikan harapan yang tinggi kepada mereka. Ada yang sehingga menjanjikan status jutawan dalam masa beberapa bulan sahaja (siapa tak nak jadi jutawan dalam masa kurang daripada setahun, bukan?)
Saya harap anda tidak berfikiran begitu.
Sengaja saya letakkan perkataan “bisnes” di atas dengan aksara “ ” kerana memang ramai yang merasakan mereka membina sebuah perniagaan internet bila ianya tak lain dan tak bukan adalah permainan, hobi dan aktiviti suka-suka sahaja. Nampak macam bisnes. Aktiviti macam bisnes. Nama pun diberikan sebagai bisnes (bisnes top-up sebagai contoh). Tetapi, ianya mungkin percubaan atau permainan cuba-test-try sahaja.
Bisnes Internet juga memerlukan modal dan usaha seperti bisnes konvensional yang lain.
Muktamad!
Saya tidak mahu ada lagi ada pertengkaran tentang bisnes internet yang tidak memerlukan modal langsung. Bagi saya, kenyataan sebegini cuma gimik pemasaran sahaja.
Jika anda mempunyai bisnes internet, pada permulaannya, anda akan menghabiskan berjam-jam masa anda di hadapan laptop atau komputer anda untuk membangunkan bisnes anda.
Jika wang tidak dikeluarkan, masa anda perlu diagihkan daripada aktiviti lain. Dan, tidakkah “masa” itu berharga dan modal anda juga? Setengah orang berkata, “masa itu emas”. Emas juga ada nilai dalam Ringgit Malaysia atau Dollar atau Yen. Malah masa adalah lebih berharga daripada wang ringgit kerana wang ringgit yang hilang boleh dicari tetapi tidak untuk masa.
Dan, tidakkah anda perlukan komputer untuk membina bisnes anda? Tidakkah anda perlukan talian internet (streamyx, mungkin?) untuk kerja-kerja anda? Ianya adalah modal asas permulaan anda.
Perit untuk saya luahkan tetapi saya harap anda dapat maksud yang hendak saya sampaikan.
Buangkan tanggapan anda bahawa bisnes internet tidak memerlukan modal. Anda akan kecewa nanti sekiranya anda bermula dengan mentaliti yang salah sebegini.
Jika anda mula dengan fikiran bahawa anda perlukan wang untuk membina bisnes internet anda, anda tidak akan merungut nanti bila tiba ketikanya, anda memang perlu laburkan wang anda untuk bisnes anda.
Buat persedian awal untuk mentaliti anda supaya anda tidak terdesak bila berdepan dengan masalah bisnes yang bakal anda bina.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.BisnesDigital.com untuk mempelajari strategi pemasaran internet yang berkesan. Untuk “link tracking”, anda boleh lawati http://get.linktrackr.com/linktrackr-art dan cuba sendiri servis ini selama 30 hari pada harga $1 sahaja.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.
Hakcipta Terpelihara (c) 2010 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










sebab itu kadang-kadang berbaloi lagi outsource dari buat sendiri. kadang-kadang menjimatkan masa lebih baik dari menjimatkan duit. terima kasih atas artikel saudara Zamri. jemput singgah rumah saya di Changlun kalau datang ke Unimap.
Memang betul apa yg dinyatakan Encik Zamri.. Pada hakikatnya We must sacrifice something to get something.. Mereka yg tidak bersedia utk berkorban apa-apa, akan terkorban.. Setiap apa yg kita hajati mempunyai harga yg tersendiri.. =)
menarik info ini… memang ramai orang malaysia tidak faham sepenuhnya business internet…
internet business memang seronok jika anda telah faham system cara melakukan pemasaran
yang pasal nak kaya cepat tu bro…. memang dari dulu orang melayu nie suka yang kerja segera… tu pasal jadi mee segera je… hihihihi
mungkin ada yang akan terasa … ianya lagi bagus jika kita sesama bangsa yang terantukkan bangsa sendir … dari orang lain yang buat tak tau je
Sesungguhnya memang TEPAT SEKALI artikel ini ditujukan kepada mereka yang masih beranggapan bisnes internet tidak memerlukan modal atau ada yang kata keluarkan modal sekali jerrr….lepas tu goyang kaki tunggu duit masuk.
Saya sangat setuju dengan saudara, apabila sebut saja perniagaan sudah pasti ianya memerlukan modal tidak kiralah samada perniagaan online atau ofline di samping itu semestinya ada produknya untuk dijual, kalau diperhatikan kebanyakannya salah tanggapan tentang perniagaan internet ini, kadang-kadang ianya berselindung disebalik produk digital atau fizikal kebanyakan menjurus kepada sistem piramid, walaupun banyak penerangan diberi tapi masih ramai yang terlibat dengan skim begitu kononnya nak kaya cepat itulah kelemahan orang kita
Saya amat menyokong artikel saudara Zamri Nanyan ini. Sememangnya semua perniagaan memerlukan modal tidak kira samaada ianya perniagaan kecil ataupun besar, perniagaan internet mahupun perniagaan konvesional. TQ
setiap yg dikatakan perniagaan x kira la apa jenis dan di mana ..modal perlu….Modal xbrerti rm saja….masa …dan tenaga pun modal gak…atau suara kita pun modal gak ….
oh ya lupa nk ucp kn pd tuan smoga tuan smpi dgn slamat di perlis….terima kasih atas e.mailx yg sy terima dari tuan.. assalamualaikum..
bagus juga artikel ini…ya betul modal mmg diperlukan..jgn kata tak perlu modal…modal samada rendah atau tinggi…terima kasih atas info anda.
Info yang amat menarik, tuan. Memang ramai beranggapan bisnes internet tak payah keluarkan modal. Ini juga berpunca daripada sesetengah promosi yang begitu aktif mencari downline dlm bisnes mereka menyebabkan ramai terkeliru.
Even ramai IM luar negera juga gunakan tactic yang sama. Free registration dan macam2 ‘FREE’ lagi sebagai gimmick mereka, tetapi sebaliknya semua perlukan duit! Modal is still the bottom line in any business.
Tetapi yang penting melibatkan diri dalam bisnes inetrenet seseorang itu mesti ada ‘interest’. Kalau ingat nak jadi jutawan dalam sekelip mata, baik lupakan saja.
Ya memang betul kita perlukan modal utk bisnes internet.saya sokong artikel ini.terima kasih atas artikel en Zamri ini.
Salam
Betul..betul..betul… macam yg bro zam cakap…everythings memerlukan modal dari nak startup hingga rollup. Apapun knowledge, sikap dan tindakan yg akan menentukan dimana tahap kita.
Teringat cerita Saham Neraka kat TV3..haa itulah mentaliti yg ada disekeliling kita..
Masa pun modal juga. Zaman sekarang ia dipanggil salah satu matawang zaman moden.
Setiap orang ada masa dan masa itu ada nilai tersendiri bagi setiap orang. Lagi banyak masa diambil, makin banyak ‘kos’ dikeluarkan.
Bagi yg menganggur, masa tak begitu berharga kerana terlalu berlebihan …..
Kalau ada projek yg kurang guna wang tp banyak guna masa dan hasil akhir jadi jutawan, nak join juga.
Saudara Zamri,
Mutlak! Saya bersetuju 100% dengan info saudara. Saya dah lama melihat dan menemui laman web sama ada minisite atau yang sebaliknya yang seolah-olah “memperbodohkan” pelayar mana-mana site. Hampir kesemua laman web yang pernah saya lawati menyatakan …. “tanpa modal; tanpa produk; tanpa jumpa orang; dan entah apa-apa ‘tanpa’ lagi”. Itu mengarut!
Kalau dinyatakan ….. “dengan sedikit modal”, saya mungkin sedikit “teruja”.
Apa pun terima kasih dengan artikel yang
Ye, semua kena ada modal dulu. Tak ada yg totally free.
(“,)
Buat apa pun perlukan modal.. Secara langsung ataupun tidak langsung.. Ada yang kata tak perlukan laptop sendiri krn blh buat kat cyber cafe je.. Memang betul tapi sejam paling murah pun RM2.00 Tapi mana cukup sejam dua je, kan.. Bak kata tuan Zamri hari tu, seminggu di dunia internet macam sehari je didunia fana… Modal jugak namanya kan…
Kalau dah namanya bisness..wajib dgn modal..samada dlm bentuk wang ringgit, masa, etc.
Salam Bro,
Tak Syak lagi semua biz perlukan modal dan masa…,.yg penting positive mindset dan ada target..D.U.I.T.$$$
Belajar- Plan- Apply-Belajar-……Success!
Wasalam
Salam. Memang itu kebenaran yang mesti diakui. Saya bersetuju dengan artikel yang dikeluarkan oleh Tuan.
Jika perniagaan offline memerlukan modal, samalah juga dengan perniagaan online.
Malangnya masih lagi ada usahawan internet tempatan yang masih tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan mempromosikan/menjual genre produk “tanpa modal”. Yang lebih hebat lagi, kaya raya “tanpa modal” dalam masa yang singkat
Sambil-sambil subscribe mailing list mereka, dari situ kita boleh tahu apa pendirian mereka, apa “permainan” mereka. Yang hantar secara spam tu, usah nak dikatalah, dah namanya spammers
Pendek kata, selagi “tokan besar” tak dikerat, maka sampai bila-bilalah masalah ini akan berlarutan.
modal paling mahal….kesihatan dan masa….. =)
Memang betul ape yg diperkatakan…kenkadang tu kita terlepas pandang dan juga ayat2 promosi yg bagi saya keterlaluan di sebabkan nak tarik pembeli utk membeli sesuatu product.
Ayat2 jualan yg keterlaluan nie lah yg membuatkan newbie terpengaruh dan menyangka business internet tak perlukan modal.
Salam! Zamri Nanyan, Yap! betul-betul,memang betul,saya sokong seratus peratus apa yang di perkatakan oleh anda,k TQ.Jumpa lagi.
salam
saya amatlah bersetuju dengan artikel en. Zamri…masa, wang dan tenaga adlh modal yang diperlukan untuk membangunkan bisnes tak kira konvensional mahupun internet.
Info yang sangat berguna bagi mereka yang nak memulakan bisnes internet..
emm…En.Zamri, mmg tepat sgt apa yg diperkatakan tu. Sy pn newbie,mmg modal diperlukan. Dah beratus hbs bli ebook tak termasuk lain-lain. Taktik & gimik mcm tu yg membuatkan newbie tak dpt teruskan biz internet sbb mmg kena keluar duit dan masa.
Ya en Zamri.Mula-mula dulu saya memang tertarik dengan bisnes internet yang dikatakan tak ada modal tu.Tapi bila dah lama-lama menyelaminya barulah saya menyedari dan memahami itu adalah teknik untuk menarik peserta.ye la mana ada bisnes tak guna modal kan.sekurang-kurangnyer kena la ada idea power untuk bagi orang tertarik. Jadi sekarang ni tak la terburu2 nak wat keputusan kan
sebenarnya, yang free tulah yang memerlukan modal yang banyak tanpa kita sedar…
modal dari segi masa……….habis gitu jer
modal dari segi bil letrik, sewa internet…
MEMANGLA, NAK TERLIBAT DENGAN BIZ INTERNET, PERLUKAN MODAL…
asas nya perlu kita pelajari…jangan KOSONG tapi nak buat biz….
jangan sayang modal utk belajar RAHSIA UTK BERJAYA melalui sifu2 dan otai2 IM..
bertanya pada yang tahu…
jangan tak tahu..tapi buat2 tahu…
SALAH TUUUUUUU………
utk menerima..kenalah sesekali kita memberi.
Salam Tuan Zamri,
Sara baru nak berjinak dlm bidang ini. Izinkan Sara copy paste article ini ke blog Sara.
Salam,
Saya cadangkan supaya dibuat satu ebook atau video dengan format seakan-akan sebuah kertas kerja atau bisnes proposal tentang persediaan menjalankan bisnes internet. Ini kerana ternyata bisnes internet juga perlu ditreat sama seperti bisnes konvensional, dan malangnya ramai yang tidak berfikir begitu, mungkin kerana sekian lama disogok dengan mitos bisnes internet tak perlu modal langsung. Tambah pulak sekarang ni SSM pon tengah cari internet marketer yang tak berdaftar. Ebook/video ini mesti mendahului segala tips bisnes internet yang lain, just untuk pastikan bakal peniaga internet tahu realiti sebenar perniagaan ini dan tidak jadikan mereka dibuai angan2 palsu atau mendapat maklumat tidak mengikut sekuens yang betul.
Perspektif perniagaan @bisnes, ramai orang melihat satu dimensi. Tapi bila dikaji ianya merupakan tiga dimensi . Sebab apa saya kata begitu.
1. Pertama untuk apa kita bisnes? Hobi, suka-suka atau satu kerjaya. Disini kita kena ingat bisnes adalah untuk diri, keluarga dan kemudian masyarakat tidak kiralah biz internet atau biz konvensional.
2. Saya rasa modal bukan satu isu . Yang paling penting dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
3. Jika ada masalah kita perlu perlu rujuk semula “keypoint” kenapa kita bisnes.
betul bro zamri, sekarang tiada lagi istilah percuma. guna internet tanpa buat bisnes pun kena kos eltrikdgn broadband. kalau bagi free report pun ada tujuan utk tukarkan dengan email.
Setiap perniagaan mesti ada modal, mana mungkin tiada modal apa yang sadara zamri katakan adalah benar
Saya setuju 100%, bisnes internet perlukan modal sama juga bisnes konvensional, buka kedai makan ker, buka kedai runcit ker, tapi peluang yang ada di Internet lain, modal yang dikeluarkan tak sebanyak modal konvensional…tapi kena faham perniagaan internet mestilah 100% tool dari internet. Jangan terpedaya money game, click dapat duit…kalo ada perniagaan mcm ni pasti tak berpanjangan.
Betul lah tu..Nak berniaga mesti lah keluarkan modal. tak kira lah online ker offline ker..bukan sekadar wang ringgit saja, masa,usaha dan tenaga pun modal juga.
Selamat sampai ke Perlis encik zamri.
Memang betul sdr Zamri, Business internet memerlukan modal.Tapi peliknya ramai IM juga terlupa tentang perkara ini.Contoh: senang senag je dia letak perkataan PERCUMA ..
Excellent artikel, bg yang baru mcm saya mungkin ia agak keterlaluan membaca artikel sebegini. Tapi inilah hakikatnya yang harus diterima oleh IMer yang baru saja merangkak dalam bisnes ini. Tiada jalan pintas untuk maju dalam perniagaan ini, sedarlah tiada yang free di dunia era baru sekarang.
Saya baru dapat email dari HosGator yang bgtau dia baru caj kad bank saya pasal domain,,, hu hu hu..
so apa yang free? tu tak masuk domain lain lg tuh.. biar try dulu dah tau esok baru buat pilihan mana satu yang terbaik utk kita.
Setuju sangat-sangat… apa perkara pun memerlukan modal… ilmu tidak ada yang percuma… terima kasih saudara zamri..
salam,
penerangan yg penting utk di sharing n ramai biz online terjah biz ni cuma ada sedikit ilmu…apa2 pun mesti guna modal…terima kasih saudara zamri.
salam,
penerangan yg penting utk di sharing n ramai biz online terjah biz ni cuma ada sedikit ilmu…apa2 pun mesti guna modal…terima kasih saudara zamri.
yess,,sebelum mlkukan ape2 biz memerlukan modal,,skang mne ada free ma,, ,,
Salam,
Apa yang tuan kongsikan diatas adalah sangat dipersetujui sepenuh nya.
Orang kita terkeliru tentang bisness internet kerana tiada fizikal pruduk maka tak perlulah modal, tapi mereka lupa apabila bisness/niaga mesti modal diperlukan, cepat terpengaruh dengan gimmik berniaga di internet tanpa modal. Bil internet, computer, elektrik , dll ada lah modal tapi mereka tak nampak. Selamat berniaga !
Salam Sdr Zamri , Pembaca serta IM sekalian,
..Jangan lupa pelanggan juga memerlukan modal untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
Cuma saya rasa pelik, walaupun pelanggan mengakui kebaikan produk/ perkhidmatan yg ditawarkan, namun mereka tidak teruja untuk memperolehinya sedangkan mereka mampu dan lebih rela membelanjakan wang tsb pd perkara lain
..Agaknya lebih seronok SMS dan top up RM60 setiap bulan tapi garu kepala nak beli majallah ilmiah RM5 setiap bulan..He.He.
Salam. Memang benar apa yang Zamri katakan dalam artikel tu mana ada busines tampa modal. Itu yang saya berhati2 dengan apa yang dikatakan bisnes tampa modal atau modal yg kecil tapi boleh menjana jadi jutawan memang tak masuk akal yang waras
Hi…saudara Zamri
Berminat la dengan Clickbank (agak ketinggalan skit)
Masi ada dijual tak? Berapa harganya sekarang? TX
Salam. Tahniah pada Otai2 dan semua commentar…memang tidak dinafikan, orang kita tak kira apa bangsa di Malaysia masih lagi terpana dengan istilah `bisnes internet’ TANPA MODAL…Jual tu boleh dapat PULANGAN RM…k, dan sebagainya. Tetapi siapa yang mulakan? Orang yg terkejor2 nak cari duit segera atau ejen MLM atau Otai2 IM?…
Cuba fikir,..jarang sekali kita merenung diri masing-masing, asyik nak menyalahkan satu sama lain!!. Dengan alasan;
1) MALAS BERUSAHA
2) ASYIK NAK DISUAP AJE!!
(Maaf agak terkasar, bukan apa..sebab saya terlalu geram dengan SIKAP OTAI2 IM kita!!..)
Saya malas lah nak bertekak, cuma apa yang jelas..mereka yang berpengalaman yang mulakan dulu pasal bab-bab duit segera nie…
DAN disini saya nak bagi contoh OTAI kita yang betul2 ikhlas dalam memberi pengetahuan tentang biz nie terutama sdr SMARTZUL…tak caya baca blognya!!
Terima kasih semua di atas segala komen membina. Rata-rata bersetuju dengan apa yang saya tulis tetapi ini tidak bermakna ada yang tidak setuju. Mungkin yang tak setuju tu boleh berikan pendapat mereka juga.
Di dalam pemasaran produk, kadang-kadang sales letter yang ditulis tu memang perlu di’hype’kan sedikit untuk menghasilkan jualan. Jika tidak, saya pasti anda tak akan dapat jual produk anda dengan baik. Ini adalah fakta dan juga berdasarkan pengalaman saya. Walaubagaimanapun, hype yang keterlaluan akan menyebabkan orang lain kecewa dengan janji-janji yang ditaburkan.
Saya juga tidak terlepas daripada hype untuk jualan produk tetapi saya cuba lakukannya secara rasional dan tidak keterlaluan. Sekiranya ada kenyataan saya yang tidak menyenangkan seseorang, email sahaja saya supaya saya tahu apa yang saya lakukan salah.
Kita kan insan biasa? Kena saling mengingati supaya tidak terus terlupa.
BTW, ramai juga orang baru melabelkan seseorang sebagai sifu atau otai tetapi yang saya tahu kebanyakan mereka yang mendapat label otai atau sifu ini tidak pernah pun menggelarkan mereka sedemikian. Jadi, anda jangan takut untuk email mereka terus dan berikan pendapat anda dan sekiranya mereka menerima dengan terbuka, tahulah anda yang mereka ikhlas dengan kerja mereka dan mungkin sesekali tersilap. Ingat! Orang yang berjaya sebenarnya banyak sekali buat salah…
Semoga artikel ini memberikan anda ilmu dan pendapat baru dari semua orang.
Zamri Nanyan
Artikel kali ini memang best, semoga boleh membuka mata orang-orang yang bisnes internet memang perlukan MODAL walaupun affiliater.. Saya pernah ‘bertekak’ dengan kawan saya. Saya mengatakan yang bisnes internet memerlukan modal tapi dia cakap sebaliknya..
Apabila dia mengatakan yang saya ni dah di ‘brainwash’
oleh IM-IM yang mengatakan Pemasaran Emel adalah pemasaran yang Terbaik..
Saya beritahu dia ” kalau nak boost jualan kena ada autoresponder”, dia cakap tak perlu, “jual kat forum je cukup”..
Walhal dia tak pernah dapat sale satu pun tapi dia begitu kuat sekali mempertahankan pendapatnya yang bisnes internet ni tak memerlukan modal..
Kemudian dia begitu kuat sekali mengatakan dia nak buat produk, then nak jual kat forum luar negara.. dia cakap “jual kat market internasional boleh dapat banyak, market pun besar ” Saya cakap ” Ko cuba dulu market malaysia, belajar dulu sikit-sikit macam mana nak dapat sale pertama, then baru kembangkan.. Dia cakap market malaysia kecik, market internasional lah bagus,orang ramai lagi senang nak buat jualan
Saya beritahu dia lagi “kalau nak jualan banyak sikit, keluarkan sikit modal, sewa autoresponder”, saya tambah lagi “jual kat forum boleh tapi maslahnya ko nak jual produk sendiri dan orang tak kenal ko lagi, macam mana orang nak tahu produk ko bagus, ko kena mintak testimoni, baru orang boleh percaya”. dia cakap tak perlu..
“Jual kat forum pun dah boleh buat orang percaya” .. Saya pun cakap” ok, ko juallah dulu, kalau dapat sale yang ko target boleh dapat seribu nanti ajar aku mcam mana ko buat”
Mindset pun dah salah bila mengatakan bisnes ni tanpa modal, kedekut keluarkan duit.. Nak-nak pulak dia tambah lagi, pemasaran emel bukan pemasaran yang terbaik, Jual kat forum pun dah cukup
Aduyai, ‘tok guru’ mane lah dia atau pun kerana mindsetnya mengatakan yangn bisnes internet tak perlukan modal..Inilah jadinya..
Semoga perkongsian Tuan Zamri ni boleh memberi gambaran sebenar yang bisnes internet ni memang perlukan modal
Hi Geng,
Saya setuju dgn artikel diatas kerana sebut sahaja BISNES mesti memerlukan modal cuma kita sendiri yg tidak nmpk dimana puncanya. Rami yg keliru disebabkan rata-rata orang cakap Bisnes internet tidak perlu mengeluarkan modal. Salah tanggapan itu.
Tq
Setuju sesangat,
Tiada yang segera , kalau ada pun ( mungkin ) tak kekal lama…
Kerana kelemahan berfikir ( nak cepat kaya !! ), promosi atau iklan akan mengambil kesempatan….kaedah pemasaran berbagai dan ramai juga yang telah terperangkap, terutama mereka yang dalam keadaan terdesak dan mendesak untuk membuat keputusan……promosi atau iklan tak salah, ..
Tahniah kerana berani untuk terbitkan atikel diatas…
SETUJU!!!
mesti simpan duit dulu kalau nak buat perniagaan internet. ada juga kenalan saya terlalu teruja nak buat, tp sikit pun tak buat simpanan. lastly, lingkup.
bisnesku.com