Soaljawab Perniagaan Internet #1

Berikut ialah beberapa soalan yang saya terima dari pembaca newsletter dan blog saya. Mulai sekarang, saya mungkin tidak akan menjawab soalan secara peribadi lagi kerana terlalu ramai yang mengajukan soalan yang telahpun saya jawab sebelum ini. Sekiranya anda bertanyakan soalan dan saya tidak menjawabnya, sila lihat blog ini. Sila ambil perhatian yang saya tidak mampu menjawab semua soalan anda.

Soalan 1:

HAI EN ZAMRI.
TERANGKAN PADA SAYA SAMADA SAYA PERLU BINA WEBSITE DAHULU BARU DAFTAR KE KIOSK ATAU SETELAH DAFTAR KE KIOSK SECARA AUTOMATIKNYA SAYA DAH MEMILIKI WEBSITE..
SAYA KELIRU DISINI.
TERIMA KASIH.

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Sila jangan tulis kesemuanya dengan menggunakan huruf besar. Sakit mata dan di internet, ianya sama dengan meninggikan suara dan kurang sopan. :)

Untuk menjawab soalan anda, sila baca ebook Rahsia Perniagaan Digital sekali lagi. Anda perlukan webhosting seperti Kiosk untuk membina laman web. Webhosting ialah seperti kedai atau stockist. Fail untuk membina website adalah seperti barang yang anda letakkan di dalam kedai anda. Anda mesti upload (muat-naik) fail ini ke dalam webhost anda.

Soalan 2:

Terima kasih kerana menghantar e-mail pada saya. Saya ingin meminta encik jasa baik menunjukkan cara membuat blog kepada saya kerana saya tidak tahu bagaimana nak melakukannya. Saya berharap sangat dengan cara ini dpt membantu menambahkan pendapatannya saya kerana saya amat memerlukan wang.Terima kasih.

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Lawati blogger.com atau wordpress.com dan cuba sendiri. Tiada yang lebih baik dari melakukannya sendiri. Anda juga boleh lawati http://www.videopercuma.com/r/zamri/kiosk6.html sekiranya berminat untuk install blog di laman web anda sendiri. Smart Zul juga ada mencipta satu produk berkaitan blog di http://simurl.com/blogging-steps dan saya rasa ianya cukup lengkap untuk mereka yang baru hendak membina blog mereka.

Soalan 3:

assalamualaikum abg zamri….
saya brminat andainyer saya sbgai share holder walaupn faedahnyer cma sdikit…ade kah perniagaan yg sbegini yg boleh saya ceburi

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Wa’alaikumsalam.

Saya belum ada menawarkan peluang sebegini kepada sesiapa pun.

Soalan 4:

En. Zamri….

Saya tak pandai dalam mende ni semua… Tak tahu nak bermula dimana…. Kalu En.Zamri sudi menunjukkan how it works… much appreciated….!

TQ

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Mula dengan cari ilmu dahulu. Salah satu cara yang saya tunjukkan ada di dalam ebook Rahsia Perniagaan Digital tapi ianya tidak semestinya sesuai dengan apa yang anda hendak lakukan untuk bisnes internet anda. Saya cadangkan anda mula dengan mencari model bisnes internet yang anda ingin ceburi seperti eBay, jual ebook, affiliate, Google Adsense dan sebagainya.

Post to Twitter

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Soaljawab Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

2 Responses to “Soaljawab Perniagaan Internet #1”

Leave Comment

(required)

(required)