Soaljawab Perniagaan Internet #2
Berikut ialah beberapa soalan yang saya terima dari pembaca newsletter dan blog saya. Mulai sekarang, saya mungkin tidak akan menjawab soalan secara peribadi lagi kerana terlalu ramai yang mengajukan soalan yang telahpun saya jawab sebelum ini. Sekiranya anda bertanyakan soalan dan saya tidak menjawabnya, sila lihat blog ini. Sila ambil perhatian yang saya tidak mampu menjawab semua soalan anda.
Soalan #1:
Salam hormat,
Saya tertarik dengan duit sampingan melalui dload report tapi masalahnya bagaimana kita nak dapat duit tersebut? Apa yg saya tahu ianya melalui Clickbank tapi bila saya nak sign up tak boleh sebab Malaysia tak tersenarai………..Kalau Pay Pal saya tak tahu mcmana nak dapat duit tu……..Apa yg saya tahu mesti ada akaun di luar negeri baru boleh…betul ker??? Saya memang tak ader kawan kat luar negeri????????/ Jadi sia2 je lah saya join kalau tak dapat comm……….Nmpaknya awaklah yang untung sekarang????????
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Soalan ini berkaitan dengan program terbaru dari Andrew Fox (Affiliate X-Factor) di mana jika anda mempromosikan laporan percuma beliau, anda akan diberikan USD$1 bagi setiap referral. Komisyennya diberikan melalui PayPal.
Tak semestinya anda ada akaun ClickBank untuk menyertai program ini walaupun ianya lebih baik tetapi anda mesti mempunyai akaun PayPal. Untuk akaun PayPal, anda tak perlukan alamat dari luar negara dan wang dari PayPal anda boleh dikeluarkan ke dalam kad kredit atau kad debit Visa anda. Tak ada kad kredit/debit Visa? Dapatkannya di Public Bank atau bank yang menawarkan kad debit Visa. Laporan Malaysia Pal juga menyarankan beberapa cara pengeluaran wang dari PayPal.
Ya… saya memang untung sekarang tapi anda perlu mengambil ini sebagai cabaran untuk anda juga kaut keuntungan! Kalau bukan hari ni, hari esok sebab peluang sebegini akan datang lagi. Jadi bersiap sedia sekarang.
Soalan #2: dari Shamsa
Saya Shamsa ______, saya ingin tahu lebih mendalam dalam sistem affiliate ini. Saya masih lagi kurang tahu dengan sistem affiliate, jadi untuk memnyertai program ini, adakah saya perlu memiiliki website?
Saya juga ingin bertanyakan melalui ppengalaman en.Zamri, saya sudah dapatkan kad debit daripada public bank, adakah saya terus boleh membuka akaun di paypal dan clickbank? mane yang paling sesuai untuk sistem affiliate?
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Saya tak pasti program affiliate mana yang dimaksudkan tetapi selalunya program affiliate tidak memerlukan anda mempunyai laman web tetapi mempunyai laman web sendiri ada kelebihannya – dapat promosi program affiliate. Jika yang dimaksudkan ialah program affiliate www.VideoPercuma.com, tinggalkan kosong di ruangan website.
Kegunaan kad debit (Visa) ialah untuk mengeluarkan wang dari akaun PayPal anda. Anda boleh membuka akaun PayPal pada bila-bila masa. ClickBank pula mempunyai masalahnya yang tersendiri yang telahpun dibincangkan di dalam ebook Chapter-M.
PayPal tidak mempunyai program affiliate tetapi anda boleh gunakan PayDotCom.com untuk bina program affiliate dengan PayPal. Program affiliate ClickBank pula cuma untuk menjual produk digital.
Soalan #3: dari Rozali
salam, sebelum membeli domain dan webhosting, perlukah kita mempunyai laman web snediri.
[Jawapan dari Zamri Nanyan]Anda boleh cipta laman web sendiri sebelum/selepas membeli nama domain dan webhosting. Tapi anda perlukan laman web selepas fail HTML anda siap. Saya cadangkan anda daftar nama domain dahulu, kemudian bina website dan langgan webhosting.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Mr. Zamri,
Sya setuju dgn jawapan saudara . Bgi mereka yg baru bermula perlulah berusaha untuk mencari info2 yg diperlukan untuk maju ke hadapan.
Perlu membuka minda dan mencari solution segala permasalahn yg dihadapi.Sekira masih tak jelas bru rujuk kpd yg pakar, jgn spoon feed plak, he he .
Thanks
Regards
Sharifah
Salam Hormat,
Apa yang saya di fahamkan, sekiranya kita nak mengikuti affiliate clickbank, kita kena mempunyai maild drop dari US. Cara mendapatakannya ialah dari USA2ME.
Cuma saya kurang faham, sekiranya check kita di hantar ke mail drop tersebut, adakah kita akan di charge untuk penghantaran check tersebut ke alamat di Malaysia?
Lagi satu, adakah dengan mendaftar ke USA2ME, suatu langkah yang tepat?
Di Harap saudara dapat membantu
Wasalam
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Tak semestinya USA2ME. Anda boleh juga gunakan Virtual Office seperti yang dinyatakan di dalam ebook Chapter M.
USA2ME ialah servis untuk mendapatkan alamat di US supaya mudah untuk anda membuka akaun ClickBank (ClickBank tak benarkan orang beralamat di Malaysia buka akaun) dan mereka akan caj untuk penghantaran surat kepada anda.
Satu langkah yang tepat? Bergantung! Kerana jika anda benar-benar nak gunakan ClickBank sebagai sumber pendapatan di Internet… mungkin. Kalau cuma main-main sahaja, lupakan saja. Ada banyak lagi program affiliate seperti yang terdapat di PayDotCom.com.
Untuk sebarang masalah mengenai ClickBank, saya amat menyarankan anda baca Chapter M. Kebanyakan masalah sudah dibincangkan di dalam ebook tersebut.
Menarik. Perbincangan sebegini amat berguna. Lebeih-lebih lagi masalah yang dibangkitkan adalah juga masalah yang saya hadapi. Saya baru berjaya membina laman web dan domain tetai secara teknilnya saya tak tahu nak pindahkan bahan2 yang hendak dipromosikan ke dalam web saya. Kedua, saya risau tentang nak menerima bayaran. Tak tahu apakah bayaran yang dibuat dalam USD boleh atau ada satu kaedah ianya boleh dibayar dalam Ringgit Malaysia terus ke akaun sendiri. Saya difahamkan satu cara ialah melalui Tune Money.Com tetapi setiapkali saya cuba layaran laman tersebut yang dipaparkan “This page cannot be displayed”. Saya harap ada orang yang leih berpengalaman dalam hal ini dapat membantu. Nampaknya banyak lagi harus dipelajari dan banyak pula modal harus keluar untuk melengkapkan pengetahuan sebelum berjaya mendapat hasil yang diharapkan. Rupanya tak semudah seperti digambarkan dalam sell letter ebook2 yang dibeli.
Terima kasih
Khirzain
tq zamri.saya pun da mula menpromosi utk mendapat USD 1 pertama saya..
a’kum…
tq En.Zamri Nanyan kerana banyak memberi tunjuk ajar…
Akum
Disini saya bukan nak tanya pasal bisnes internet cuma saya nakkan kepastian.Saya telah mendapat 1 email yg menyatakan saya telah menang 1,000 000.00us dolar dan saya telah reply email tersebut so manager loteri ada menghubungi saya mengenai hal ini.saya mengikut apa yang di perlukan,selang beberapa minggu Zenith Bank of Nigeria menghubungi cara2 utk menebus wang tersebut & pihak bank disana menyatakan saya perlu membyr 500us sebagai tax gov. So soalan saya adakah perkara itu betul @ 1 penipuan? Jika ianya betul bagaimanakah cara utk membayar tax tersebut.DIHARAP EN ZAMRI DPT MENJAWAB KEMUSYKILAN INI KERANA EN. ZAMRI ARIF TENTANG INTERNET.CEPAT YE…PLZZZZ
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Jangan terpengaruh dengan penipuan sebegini. Kebanyakan daripada kita rambang mata kalau dijanjikan wang yang banyak. Walaupun diterangkan berkali-kali pun ada yang sanggup mengambil risiko untuk ditipu.
Asslamualikum!
Saya nak reply jawapan dari Sueshi.. Email yg sueshi dapat sebenarnya adalah satu penipuan semata2 sebab cerita sebegini selalu keluar kat paper…Jangan percaya sangat dengan email yang kita terima ,terutamanya dari orang yang tak dikenali.Saya pun ada terima email cam ni tapi ignore je lah..Mana mungkin orang nak beri 1 juta US mcm tu aje lps tu kna depositkan duit kita dulu plak tu…..Tipu…tipu