Soaljawab Perniagaan Internet #3
Berikut ialah beberapa soalan yang saya terima dari pembaca newsletter dan blog saya. Mulai sekarang, saya mungkin tidak akan menjawab soalan secara peribadi lagi kerana terlalu ramai yang mengajukan soalan yang telahpun saya jawab sebelum ini. Sekiranya anda bertanyakan soalan dan saya tidak menjawabnya, sila lihat blog ini. Sila ambil perhatian yang saya tidak mampu menjawab semua soalan anda.
Soalan #1: dari Nor
Dear Zamri.
Saya dah baca semua email anda. tapi saya masih tak nampak apa sebenarnya perniagaan internet ini. semakin hari saya dapat email anda hati saya berkata ” Aku bukan akan dapat duit, tapi duit aku yang akan keluar”.
Terlalu banyak ebook yang anda sogokkan kepada saya. Sesuatu perniagaan yang berlandaskan konsep agama islam, mestilah sesuatu yang telus dan terang.
Iklas,
Nor.
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Untuk belajar melakukan sesuatu bisnes, anda perlu belajar.
Untuk belajar ilmu seperti ini anda perlu melabur wang. (Masuk universiti untuk jadi Engineer pun anda kena keluarkan wang ribu-ribu ringgit dan tak tentu boleh jadi engineer lagi – konsep yang sama di sini).
Selepas mempunyai ilmu, barulah senang untuk melakukan bisnes. Buangkan sikap “spoon-fed” atau harap orang sogokkan segalanya yang percuma sahaja untuk anda mula bertindak. Tahukah anda yang saya juga menghabiskan banyak masa untuk menulis di blog ini dan kadang-kadang ilmu yang saya berikan merupakan ilmu yang memang boleh saya caj. Masa saya juga bukannya percuma untuk semua orang. Jadi, saya rasa memang patut untuk saya syorkan sebarang produk yang saya perlu untuk anda beli dan saya dapat komisyen dari jualan.
Nama pun perniagaan internet. Kalau saya tak jual dan niagakan produk di blog ini, saya bukan menunjukkan contoh ‘real life’ perniagaan ini dijalankan (dan yang anda boleh cuba ikuti).
No comment pasal konsep agama Islam sebab saya rasa saya menyembunyikan sesuatu untuk keuntungan saya di sini.
ps. Tiap-tiap hari kita disogokkan dengan iklan. Cuba lihat sekeliling anda.
Soalan #2: dari Razi
hello en zamri ,nanyan
terima kasih kerana memberi penerangan tentang business internet.. namun saya masih tak faham…boleh tak beri penerangan yang jelas. contoh 1.berapa modal saya.. 2.bagamana bentuk peniagaan ini berurusan 3.siapa customer saya 4. macammana saya dapat duit/keuntungan. terima kasih sekali lagi 5.apa jaminan saya bahawa saya memang akan dapat pendapatan 5 angka
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
1. Modal bisnes bergantung kepada apa yang anda ingin jalankan. Jika anda ikuti strategi yang saya berikan di post “Strategi Pemasaran Produk Affiliate Yang Terbukti Berkesan!“, modalnya adalah lebih kurang USD $10 (nama domain – skelai setahun) + USD $19 (webhosting – bulanan) + USD $18 (autoresponder – bulanan) = USD $37 sebulan. Saya juga ada membincangkan perkara ini di dalam ebook Rahsia Perniagaan Digital saya.
2. Banyak model perniagaan internet yang tak dapat dihuraikan semuanya di sini. Ebook SenZe “Mini Encyclopedia Of Low-Cost, High-Profit Internet Business Models” ada menerangkan beberapa contoh model bisnes internet ini.
3. Customer anda? Orang yang membeli produk yang anda tawarkan dan mereka membeli dari anda melalui internet.
![]()
4. Keuntungan akan anda perolehi bila jumlah jualan anda melebihi kos anda menjalankan perniagaan ini. Ianya bergantung kepada profit margin anda. Sekiranya anda menggunakan kaedah yang saya jawab di #1, anda akan mula mendapat untung sekiranya jualan anda melebihi USD $37 setiap bulan.
5. Hanya anda yang boleh jamin anda mendapat 2-3-4-5 angka di dalam bisnes. Yang saya boleh katakan, ada yang sudah menjadi jutawan tetapi ada yang tidak mendapat apa-apa pun.
Soalan #3: dari Junaidi
A’kum Encik..Saya memang memerlukan $ $ $ $ $ $..tapi saya dah bosan dgn semua ni
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
W’salam,
Kenapalah ada soalan macam ni? Saya harap tak ada lagi yang membuang masa untuk bertanyakan soalan sebegini kepada saya.
Kalau bosan, tak perlu lagilah berniaga di Internet dan dapatkan wang sampingan. Lawati blog yang tak berkaitan bisnes internet (seperti blog hiburan dan sebagainya), bergembira di sana dan teruskan terpinga-pinga kenapa anda tak dapat jana pendapatan.
Maaf kerana saya ‘straight to the point‘ kerana pemikiran yang betul adalah penting untuk memulakan perniagaan internet.
Soalan #4: dari Syukri
bagai mana saya nak berjumpa dengan encik untuk mempelajari mengenai perniagaan internet?
kerana dalam buku tersebut,ada beberapa perkara @ kaedah yang saya kurang faham.
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Sudah ramai yang bertanyakan untuk berjumpa dengan saya. Jawapannya – saya tidak berjumpa secara 1-on-1 dengan mereka yang saya tak kenali rapat. Mungkin pada masa akan datang, saya akan adakan perjumpaan atau seminar. Kalau jumpa 1-on-1 pun, saya pasti kenakan caj jika ianya “business consultation”.
Jika anda tak faham dengan kaedah di dalam buku yang saya jual, boleh email kepada saya. Terangkan dengan detail masalah anda.
Soalan #5: dari Abdkudus
Assallamualaikum,Mr Zamri
Terima Kasih diatas penerang anda tenteng bisness internet ini
Saya sedang mengikuti perkembangan ini setiap hari.
Walau bagaimanapun Saya masih tidak faham tentang formula ini
bagaimana wang begitu banyak mengalir dalam akaun anda.
Olih itu Saya inginkan maklumat yang lebih terperinci sebelum Saya
melakukan nya.
Sekian Terima Kasih…..
Abdkudus
[Jawapan dari Zamri Nanyan]W’salam,
Anda dan sesiapa sahaja tidak akan mendapat maklumat yang terperinci dari email atau blog. Mungkin anda akan memperolehinya dari ebook atau buku. Tapi masih tak sama dengan pergi seminar yang selepas itu ada diberikan bimbingan perniagaan internet secara berterusan (saya tidak menyediakan seminar dan perkhidmatan ini lagi). Saya dengar seminar Saifulsham dapat membantu ramai orang berjaya tapi saya tak pernah menghadirinya lagi.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









saya tengok ramai yang masih salah faham dengan ebook panduan…dah nama panduan so pasal keuntungan tu bergantung pada usaha kita ler
Bro, passing jer kami di WC untuk dijawab soklan tu
Hai Encik Zamri,
Saya mula berminat dengan bisnes internet ni dari tahun lepas, dan cuba gunakan bayaran dgn credit card. First bayaran yg saya buat ialah menghantar email kpd kawan2 dengan bayaran $1. Saya hanya menghantar kpd seorg kwn sahaja. Lepas tu bulan2 berikutnya saya dikenakan charge USD39.97. selidik punya selidik rupanya ianya datang dari join encik yang $1 tu. saya sudah unsubscribe email tu tapi masih dikenakan charge USD39.97 Why this happened? Setau saya bayaran hanya dikenakan jika we join any afffiliate & sign aggreement. But this DOTCOMSECRET.COM,INC? I do Know why? Boleh tak Encik terangkan?
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Pertama sekali… saya tak pasti program apa yang anda maksudkan. Program $1 per referral tidak memerlukan anda membeli sesuatu melainkan anda sendiri membuat keputusan membuat pembayaran untuk produk tambahan yang ditawarkan. Walaubagaimanapun, mungkin anda telah membuat pembelian tanpa menyemak dengan teliti pembayaran yang anda lakukan (pengajaran untuk kita semua – semak apa yang tertulis di laman web jualan dengan teliti sebelum membuat pembelian). Dalam kes sebegini, anda perlu contact owner produk yang anda beli dan beritahu yang anda ingin membuat cancellation. Kadang-kadang, cancellation adalah mudah – cuma perlu klik cancel di link di dalam bahagian ‘members area’.
Jika masih mempunyai masalah, sila email saya dan beritahu program apa yang anda sertai untuk saya buat semakan lanjut.
Nampaknya mentaliti mereka yang bertanya ini kena berubah.
Buangkan ego kebodohan sombong kita(oopp.. maaf) untuk memperolehi sesuatu ilmu yang baru. Jangan banyak memberi alasan kerana ia punca kita gagal dan belum mencuba sudah menyerah kalah. Kenapa mesti perpaut pada sudut pandangan yang tidak membantu kita berjaya . Kalau itulah kata kita maka itulah juga hasil kita. Ingat tiada jalan pintas untuk senang tak gitu En.Zamri.