Soaljawab Perniagaan Internet #4

Berikut ialah beberapa soalan yang saya terima dari pembaca newsletter dan blog saya. Mulai sekarang, saya mungkin tidak akan menjawab soalan secara peribadi lagi kerana terlalu ramai yang mengajukan soalan yang telahpun saya jawab sebelum ini. Sekiranya anda bertanyakan soalan dan saya tidak menjawabnya, sila lihat blog ini. Sila ambil perhatian yang saya tidak mampu menjawab semua soalan anda.

Soalan #1: dari Pauline

Hi En. Zamri,

Saya ingin mulakan mailing list saya, boleh En. Zamri memberi nasihat sedikit?

1) Dalam Getresponse terdapat 4 jenis Payment Plan, yang mana satu lebih sesuai untuk “beginner”?

2) Saya belum bersedia untuk membina laman web sendiri, boleh Getresponse digunakan dalam web affiliate untuk membina mailing list saya sendiri?

3) Adakah langkah pertama dalam internet marketing ini bermula dengan membina mailing list?

4) Sorry! One more thing is that, can you pls recommend Hosting for me?
Is it one time cost or…..??

Harap En. Zamri boleh membantu saya. Terima kasih atas masa En. Zamri.

Rgds,

Pauline

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

1. Pillih mana yang anda mampu. Kesemuanya mempunyai fungsi yang sama. Perbezaannya cuma pada cara bayaran.

2. Boleh tapi agak sukar. Saya amat menyarankan anda membina laman web yang mempunyai borang langganan (opt in page) untuk tujuan mengumpul nama dan email pengunjung laman web anda.

3. Bergantung kepada model bisnes internet yang anda ingin jalankan. Di sini pentingnya anda mengetagui model bisnes internet yang ingin anda jalankan. Jika anda tidak tahu apa yang ingin anda lakukan, anda bakal melakukan banyak kesilapan.

Langkah pertama yang saya ambil dahulu ialah pergi ke seminar untuk belajar bisnes internet di mana bimbingan secara 1-on-1 diberikan. Sekiranya ada sebarang masalah atau keraguan, saya akan pastikan yang ianya dijawab dengan tepat. Saya juga merujuk ebook Sen Ze (sehingga sekarang) untuk sebarang model bisnes internet baru yang ingin saya ceburi. Ebook yang saya maksudkan ada di www.LowCost-HighProfit.com

4. I subscribe to many hosting packages but I don’t know if any of them is suitable for you. But, I highly recommend Kiosk Webhosting for the hosting itself and for making residual income through their multi-level affiliate opportunity.

Kiosk charges monthly. Minimum is $18.95/month. www.Kiosk-Webhosting.com

If Kiosk is expensive for you, try our local service like e commerce mastery (have not used their service yet).

Soalan #2: dari Halim

Salam saudara zamri

Saya anda satu pertanyaan bagaimana nak daftar laman web kita dalam pencarian yahoo.Adakah kena bayar

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Anda tidak perlu daftar dalam enjin carian Yahoo tapi ada 2 cara melakukannya.

1. Berbayar

Dengan menggunakan khidmat pengiklanan di Yahoo. Yang selalu digunakan ialah Pay-per-click di mana anda akan membayar bagi setiap klik ke laman web anda. Disebabkan anda baru belajar (berdasarkan soalan anda ini) saya tak syorkan cara ini kepada anda.

2. Percuma

Dengan menggunakan cara SEO (searh engine optimization) dan promosi lain sehingga Yahoo menyenaraikan laman web anda dengan sendirinya. Sebagai contoh, jika anda taip ‘rahsia mlm’ di Yahoo.com, anda akan dapati beberapa URL ke www.RahsiaMLM.com dipaparkan di laman web tersebut, dan saya tidak pernah bayar untuk penyenaraian tersebut.

Saya gunakan artikel, kaedah pemasaran affiliate dan promosi di forum untuk mendapatkan hasil sedemikian.

Soalan #3: dari Mus
Saudara Zamri,

Asalnya saya agak berminat dengan program saudara, tetapi pada suatu ketika saya terbaca jawapan saudara kepada salah satu soalan (forum) oleh mereka yang ingin tahu mengenai bayaran dan sebagainya. Cara saudara menjawab soalan tersebut (bukan soalan saya) agak kasar. Minat saya terus GONE with the wind.

Maaf dan terim akasih

Mus

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Saudara Mus,

Saya tak tahu jawapan kepada soalan mana yang saudara maksudkan agak kasar tersebut. Kalau diberikan bukti (seperti URL), saya boleh terangkan kenapa saya menjawab sedemikian.

Kadang-kadang tulisan tidak sama dengan cara kita bercakap. Tulisan tiada intonation yang membuatkannya nampak lebih lembut dan sebagainya. Jika ditulis “nak apa?” boleh menjadi kasar dan juga lembut pada masa yang sama. Jadi terpulanglah kepada yang membuat tafsiran.

Sesuatu yang ingin saya kongsi di sini – beli sesuatu produk yang boleh membantu anda dan bukannya disebabkan perkara luaran seperti yang anda maksudkan di sini. Ianya tidak semestinya produk saya.

Tujuan saya menjawab soalan yang diajukan ialah untuk membantu dan bukannya untuk mengambil hati sesiapa. Kadang-kadang agak pedas dan kadang-kadang agak lembut tapi saya juga boleh berdiam diri dan tidak membantu sesiapa (atau fokus kepada pasaran ‘international’ sahaja) dan biarkan orang lain membantu di dalam pasaran tempatan. Tetapi saya bertekad untuk membantu di dalam pasaran tempatan juga supaya lebih ramai yang dapat dibantu. Jika anda kurang suka dengan cara saya, saya tidak kisah kerana saya tahu ada yang akan menghargai ilmu dan pengalaman yang saya kongsi bersama.

“All the best” kepada anda!

Soalan #3: dari Hasrizal

Salam.

En Zamri, saya memang dah lama nak involve biz dalam di internet ni tapi masih kabur dan tiada keyakinan. Apa yg harus saya buat untuk langkah pertama dan seterusnya?

Tqvm

[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Lihat jawapan kepada soalan #5 di dalam post di “Soaljawab Perniagaan Internet #3

Secara ringkasnya, jumpa guru bisnes internet anda dan dapatkan khidmat bimbingan daripada beliau.

Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Soaljawab Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

18 Responses to “Soaljawab Perniagaan Internet #4”

Leave Comment

(required)

(required)