Soaljawab Perniagaan Internet #5

Berikut ialah beberapa soalan yang saya terima dari pembaca newsletter dan blog saya. Saya tidak akan menjawab semua soalan secara peribadi lagi kerana terlalu ramai yang mengajukan soalan yang telahpun saya jawab sebelum ini. Sekiranya anda bertanyakan soalan dan saya tidak menjawabnya, sila lihat blog ini. Sila ambil perhatian yang saya tidak mampu menjawab semua soalan anda.

Soalan #1: dari Ahmad Safwan

saya sudah lama menerima email dan pernah membuat bayaran untuk memulakan perniagaan internet semenjak tahun 2006..tp masa itu saya tidak melakukan secara serius kerana sibuk dengan assignment (belaja kat kolej)..sekarang saya baru 7 bulan bekerja..en..zamri sentiasa menghantar email kepada saya..jadi saya kini ingin memulakan kembali perniagaan di internet..saya sentiasa membaca email en.zamri tp saya tidak tahu dari mana hendak memulakannya dan macammana saya hendak memulakan pendapatan melalui affiliate..sekarang saya sudah membina sebuah blog dan tidak tahu apa content yang sesuai untuk blog saya..saya harap en.zamri dapat membantu..terima kasih

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Saya ada menyediakan satu video sebelum ini mengenai topik bagaimana memulakan perniagaan internet dan ianya boleh juga diaplikasikan kepada perniagaan barangan affiliate. Anda boleh menontonnya di bawah (klik PLAY).

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=nxtFV0nGiVY[/youtube]

Strategi untuk membina pemasaran produk affiliate juga telah saya terangkan di blog ini. Jika anda tidak dapat mencari artikel tersebut, KLIK DI SINI untuk terus ke laman blog yang saya maksudkan.

Cuma satu perkara yang tidak saya bentangkan.

Jika anda ingin mempromosikan produk affiliate, pastikan anda kekal dengan pasaran anda. Sebagai contoh, jika anda ingin mempromosikan produk affiliate berkaitan iphone, bina laman web yang berkaitan iphone sahaja dan jangan menyimpang untuk membincangkan produk lain di laman web anda. Bincangkan perkara berkaitan iphone. Tulis artikel berkaitan iphone. Promosi produk yang berkaitan dengan iphone dan sebagainya.

Ini juga dikatakan “fokus perniagaan”.

Untuk memudahkan anda memahaminya, lihat sahaja blog ini. Saya cuma membincangkan perkara berkaitan perniagaan internet… dan saya tidak pernah pun membincangkan perkara lain (sikit-sikit ada la) seperti wayang terbaru “Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull”. :)

Soalan #2: dari Zanna

salam mesra,..En Zamri

zana di sini..terlebih dahulu t.kasih  kerana sering membakar smngt sy dlm perniagaan internet.

sy masih belum memiliki perniagaan internet dan hanya aktif mencari dan mengumpul maklumat mengenainya.

sy berminat untuk hasilkan laporan2 ringkas mengenai idea cari duit yang boleh dimanfaatkan terutama untuk pelajar ipt.Antaranya..

1.Affiliate

2.Adsense

3.Mymode prepaid

4.MLM

5.Urusniaga pos

6.Jual brg fizikal n digital online

7.lagi ape ye…

8………….

9……………

10………….

;

;

;

;

;;

;

hmm…boleh tak klu sy nk dptkn lagi beberapa idea2 dr  Encik…

Sy amat berbesar hati jika Encik dpt menyumbang idea, dan sy akan berusaha sendiri mencari artikel mengenai idea tersebut..

T.kasih

No idea,

zanna

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

OK, ini satu idea yang telahpun diaplikasikan oleh kebanyakan orang… termasuk Gobala Krishnan untuk Internet Millionaires Club beliau.

Sediakan 5-7 soalan berkaitan topik yang anda senaraikan di atas. Cari pakar di dalam topik tersebut dan jalankan termuramah bersama mereka.

Gunakan audio (atau video) untuk dijadikan produk dan tulis semula isi temuramah anda untuk dijadikan bahan bacaan. Dengan cara ini, anda tidak perlu menjadi pakar untuk membincangkan ke semua topik di atas tetapi produk yang dihasilkan semestinya akan berkualiti, dan orang akan menghargainya.

Kemudian terpulanglah untuk anda berikan percuma atau anda jual secara langsung.

Dengan satu idea ini sahaja sudah cukup untuk anda cipta sesuatu produk.

ps. Tiada gunanya seribu idea jika satu idea mudah pun tidak direalisasikan.

Soalan #3: dari Mustaffa (lebih kepada komen)

Maaf saya rasa lebih baik merekomen bengkel lain yang lebih murah tetapi berkualiti . Pakejnya bolehlah tahan kosnya tetapi malangnya tidak di masukkan  buku larisnya sebagai cenderahati pada peserta bengkelnya. Tidak tahulah adakan ia merugikan?
Sekadar pandangan peribadi saja.

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Soalan atau komen ini adalah respon kepada paparan saya mengenai Workshop Jutawan Internet pada 23 Mei.

Saya selalu mendapat komen menyatakan itu mahal, ini mahal tetapi pada masa yang sama, ramai lagi yang sanggup mengumpul wang untuk pergi berjumpa dengan guru atau belajar. Dan lagi, bukan ramai lagi usahawan internet yang sanggup memberikan seminar atau workshop di Sabah/Sarawak. Jika Irfan sanggup habiskan wang untuk tiket kapal terbang ke Sabah, saya rasa ini sudah merupakan sesuatu yang amat baik.

Walaubagaimanapun, saya berikan satu tip kepada mereka yang ingin menyertai seminar atau workshop perniagaan internet tetapi kurang budget.

Tekadkan diri untuk menghadiri workshop yang dikehendaki dan mula kumpul wang untuk hadiri workshop tersebut 6-7 bulan akan datang.

Itu sahaja.

Untuk artikel kelebihan menghadiri seminar/workshop perniagaan internet yang saya tulis sebelum ini, sila KLIK DI SINI.

Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Peribadi, Perniagaan Internet, Seminar Perniagaan Internet, Soaljawab Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

4 Responses to “Soaljawab Perniagaan Internet #5”

Leave Comment

(required)

(required)