Soaljawab Perniagaan Internet #6
Berikut ialah beberapa soalan yang saya terima dari pembaca newsletter dan blog saya. Saya tidak dapat menjawab semua soalan secara peribadi lagi kerana terlalu ramai yang mengajukan soalan yang telahpun saya jawab sebelum ini. Sekiranya anda bertanyakan soalan dan saya tidak menjawabnya, sila lihat blog ini. Sila ambil perhatian bahawa soalan yang saya jawab adalah dipilih secara rambang.
Soalan #1: dari Rama
En.Zamri terima kasih atas email anda. Saya ada satu pertanyaan utk anda, adakah perlu ada domain untuk melakukan semua bisnet internet ini.Sekiranya memerlukan domain,sila maklumkan kepada saya atau beritahu saya bagaimana memilih domain yang sesuai.Sekian terima kasih sekali lagi.Doakan semoga saya berjaya seperti anda sekalian.
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Tidak semua model perniagaan internet memerlukan domain atau webhosting. Walaubagaimanapun, saya rasa apabila anda sudah lama menceburi bidang ini, anda akan cuba mendapatkan laman web yang mempunyai nama domain anda sendiri.
Terdapat beberapa kriteria untuk memilih nama domain.
1. Nama domain yang bersesuaian dengan bisnes yang anda jalankan. Sebagai contoh, saya daftar nama domain www.RahsiaMLM.com untuk ebook saya yang berkaitan dengan MLM.
2. Nama domain yang menarik perhatian. Sebagai contoh, www.yahoo.com mungkin tidak memberi sebarang makna yang khusus tetapi ianya menarik perhatian.
3. Nama domain yang senang diingat seperti www.Google.com dan www.ZamriNanyan.com
![]()
dan beberapa kriteria lain yang saya rasa sekiranya anda ikut 3 kriteria di atas, sudah mencukupi untuk mendaftar nama domain anda.
Untuk mendaftar nama domain anda, anda boleh lawati www.GoDaddy.com dan www.Namecheap.com. Kebanyakan nama domain saya (yang melebihi 30 sekarang) dibeli di GoDaddy.com.
Sekiranya anda ingin membina laman web profesional, anda perlukan webhosting sebelum atau selepas anda mendaftar nama domain anda.
Soalan #2: dari Noor Rasyada
Salam hormat saudara Zamri,
Saya rasyada, Maaf mengganggu. Sy nk tanya skit la pasal affiliate system.
Sy tgh buat comparison antara affiliate pro dgn post affiliate. Sy nk tny..yg mana ada automatic payment ye? ke mmg tak bleh buat automatic payment? or encik ada cdgn or experience pakai software lain? sbb sy x bape technical bab2 ni. Sy dah tny dkt admin system tapi blum dpt jwpn lg.
Harap membantu ye..
Terima Kasih.
Best wishes,
Noor Rasyada
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Post affiliate bukanlah khidmat untuk menerima pembayaran. Ianya ialah perisian untuk membina program affiliate untuk produk anda.
Jika anda kurang faham dengan konsep affiliate, ianya ialah sebuah program di mana apabila anda mendaftar sebagai seorang affiliate, anda akan diberikan laman web replika yang mempunyai kod pengesanan (referral code). Sekiranya anda mempromosikan laman web replika ini dan mendapat jualan (sebagai contoh), anda akan diberikan komisyen yang telah ditetapkan oleh mereka yang mengendalikan program affiliate tersebut.
Post affiliate (yang percuma atau yang PRO) dapat melakukan fungsi program affiliate ini apabila anda pasang di laman web anda.
Untuk automatik payment, cuma pembayaran melalui PayPal atau Kad Kredit/Debit sahaja dibolehkan dan banyak digunakan oleh usahawan internet. Memang ada perkhidmatan lain seperti StormPay dan sebagainya tetapi anda boleh gunakan perkhidmatan seperti www.PayPal.com, www.ClickBank.com atau www.2Checkout.com sebagai permulaaan. Pendaftaran sebagai ‘merchant’ untuk PayPal adalah percuma. ClickBank dan 2Checkout mengenakan bayaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran di internet ini, sila baca paparan saya sebelum ini yang bertajuk “Cara Mudah Menerima Bayaran Kad Kredit Di Internet“.
Soalan #3: dari Ashraf
Dalam blog http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/soaljawab-perniagaan-internet-5/ ada ditulis tentang fokus perniagaan.
Contohnya, kalau buat blog iphone, lama-lama kita akan rasa semua yang berkaitan iphone dah dimasukkan dalam blog tersebut.
Macam mana kita nak kekalkan blog iphone tersebut supaya ada benda baru yang ditulis?
Terima kasih.
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Saya berikan satu tip di sini.
Subscribe beberapa mailing list yang berkaitan dengan iphone dan pastikan mailing list tersebut memang merupakan mailing list yang aktif dan sentiasa dikemaskini setiap masa. 5-6 mailing list merupakan permulaan buat anda dan pastikan anda gunakan email khusus untuk menerima email daripada laman web yang anda telah subscribe ini.
Disebabkan anda sentiasa mendapat berita terkini daripada mailing list yang anda telah langgan ini, anda tidak akan kering idea untuk menulis. Cara paling mudah ialah tulis semula apa yang dibincangkan di dalam mailing list lain dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Soalan #4: dari Siti
Saya harap En. Zamri dapat membantu saya dalam hal ini, kerana pengetahuan saya adalah 0 dan saya ingin maju seperti mereka malah untuk pengetahuan en. Zamri saya juga telah memasuki swisscash namun gagal.
Saya tidak mahu pisang berbuah 2 x. menyebabkan hutang keliling pinggang apatah lagi suami tidak bekerja selama setahun lebih dulu.
Saya berharap en. Zamri dpt membantu saya step by step.
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Saya tak dapat bantu anda step by step kerana saya tak tahu model bisnes internet mana yang anda ingin ceburi. Apa yang saya lakukan berlainan daripada mereka yang mengusahakan bisnes penerbitan berasaskan Google Adsense dan Ebay. Dan lagi, sekiranya bisnes digital merupakan model yang anda hendak usahakan, mungkin ebook Rahsia Perniagaan Digital saya sesuai untuk anda… mungkin juga tidak.
Jadi, anda perlu tahu dahulu apa yang anda mahu sebelum orang lain dapat bantu anda.
Mengenai SwissCash, sebelum program ini bungkus lagi saya sudah tulis mengenainya dan memberi amaran supaya tidak terpedaya. Maksudnya di sini ialah memang ada perniagaan internet yang benar-benar tulin dan ada yang cuma cuba memerangkap mereka yang tak tahu apa-apa mengenai bisnes internet.
Saranan saya ialah anda banyak lakukan pembacaan mengenai bisnes internet ini dan bertanyakan soalan di forum (kalau tanya kat saya, ada yang dapat saya jawab dan ada yang saya tak dapat jawab). Forum bisnes internet yang berbahasa Melayu yang anda boleh sertai ialah seperti www.WangCyber.com dan www.JomBincang.com (forum ni masih baru) dan anda dapat menghindari diri daripada terjebak dengan skim yang cuba menipu di luar sana.
Pastikan anda mempunyai ilmu dahulu sebelum melakukan sebarang bisnes internet (atau bukan internet).
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








Salam sejahtera Zamri
Persoalan saya sekarang adalah mengenai google adsense dan adword adakah kita perlu membayar untuk meletakkan iklan yang membuatkan saya keliru adalah program iklan google adalah percuma tetapi apabila hendak iklan kita di siarkan kita perlu membayar, tolong terangkan.
terima kasih
Wah!!! En Zamri ada lebih 30 domain names???. Saya ada 2 saja domains name dibeli dari http://www.Namecheap.com. dan bina di webshot kios.ws seperti arahan dari video yang En Zamri post kan.
Domain names saya maryamsarah.com dan dgalery.com masih sedang dibina (try and error). selama ini daya cuma gunakan blog 360 yang disediakan pihak yahoo http://blog.360.yahoo.com/blog-TCY94_kwYbwLRZtDRw0p;_ylt=AuraJkZURefkAE1ep_PJ6eC0AOJ3
dan
http://blog.360.yahoo.com/blog-4NV4YFU7frFzIB7jz4vXV1AstQ–?cq=1
dan juga tumpang di http://www.mudah.com.my
soalan nya
1. Adakah lebih banyak domain names lebih menguntungkan?
2. Bolehkah saya guna domain names tu untuk perniagaan jewelery saya atau telah dikhaskan untuk biz MLM yang En Zamri pimpini itu?
[Komen dari Zamri Nanyan]
Semakin lama buat bisnes internet ni… semakin banyaklah juga domain yang saya beli… kadang-kadang untuk suka-suka je…
1. Tak semestinya lagi banyak domain, lagi untung sebab tak semua website menjadi…
Ya, ada jugak yang saya beli untuk kegunaan masa akan datang… saya cadangkan anda fokus kepada satu-satu laman web dahulu sebelum bina laman web yang lain.
2. Boleh… atau gunakannya untuk jual jewelry anda (better)… lagi satu, disebabkan produk yang anda jual adalah produk fizikal, saya cadangkan anda belajar macam mana nak jual produk ni di Ebay (itu pun kalau jewelry macam ni ada market yang besar).
Salam en.zamri…saya masih baru dalam biz tenet ni….saya adalah pengedar barangan desaku bio-asli…cita2 ingin berjaya sepertimana saudara dan lain-lain internet tycoon…tq en.zamri sehingga ari ni masih berhubung dan send mail2 ….saya perlu motivasi yg kuat untuk berjaya….sehingga ari ni saya masih tercari-cari kesesuaian tenet biz….dalam proses belajar nak buat blog sendiri….tima kasih…
terima kasih di atas perkongsian persoalan2 diatas tadi en.zamri . Jika kita buat satu webjualan dan kemudian kita setkan cara pembayaran melalui paypal, Produk digital kita akan di hantar ke customer secara terus selepas pembelian dilakukan ?
[Komen dari Zamri Nanyan]
Kalau dah baca ebook Rahsia Perniagaan Digital saya, mesti dah terjawab soalan ini.
Jawapannya… anda boleh set ke “thank you” page selepas pembayaran dibuat melalui PayPal ini, dan mereka akan dibawa ke laman web untuk download produk selepas pembelian.
Saudara Zamri,
Since you receive banyak soalan tentang perniagaan internet, why not you buka forum, mungkin reader lain mampu menjawab soalan2 itu.
[Komen dari Zamri Nanyan]
Hmmm… dulu dah ada forum tapi tak terkawal… sebenarnya bukannya mudah untuk adakan forum yang berkualiti. Kalau sesiapa yang dah ada, mesti tahu. Tapi, 2 forum yang saya berikan di dalam paparan ni kan dah bagus…
satu penerangan yang sempurna…terima kasih..
memang persoalan yang sama, namun perlu di beri tahu sentiasa terutama bagi yang baru nak berjinak dalam bidang ni. banyak meklumat percuma dari internet namun kena pandai pilih, jangan pening dengan maklumat yang tak perlu. itulah penting kita kena tahu apa perniagaan yang nak buat.
slm.saudara zamri.sy memang berminat dalam dunia ebiz ni.dan sy masih dalam proses mencari kekuatan untuk berjaya mencapai target sy.sekarang sy fokus dengan adsense di samping mencari program yg instant cash untuk memnuhkan paypal sya.sy harap saudara zamri dapat membantu sy.
Salam en Zamri, saya adalah seorang subcriber anda. Saya ingin bertanyakan sesuatu perkara tentang bagaimana caranya hendak meletakkan mailing list atau subriber list di blogspot.com dan wordpress.com . Saya sanggup untuk ‘try n error’. Saya harap saudara dapat membantu saya. Jika tidak keberatan, sila emelkan jawapan tersebut ke atok18@gmail.com Terima kasih.
assalamualaikum en.zamri..
sy b’mnat dengan maklumat mengenai paypal.
sy de t’baca mengatakan jika kad yg mempunyai lambang visa
dan bole akses secara online bole digunakan sebagai akaun debit.adakah benar?jika benar, adakah kad atm maybank bole di jadikan kad debit? saya harap en.zamri dapat membantu saya. terima kasih.
Salam bahagia, saudara zamri. Terima kasih atas jawapan-jawapan di atas. Walaupun saudara tidak menjawab soalan saya secara personal tapi lebih menguntungkan kerana dapat penjelasan dari masalah orang lain yang rupanya menjadi persoalan bagi kita juga.
Semoga saudara terus berjaya dan terus membantu para newbie ni dan seterusnya menambah bilangan IM di Malaysia.
Terima kasih.
Hi Sdr Zamri,
Ada orang kata kita boleh dapat lebih drp satu gmail bagi satu nama akaun gmail di Google. Betul ke ni!
Kalau boleh sila tunjukkan sedikit hint sebagai panduan.Kalau tidak biarkan saja posting ini.
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya ingin kongsi maklumat tentang “adwords”.Sekiranya belum, sila lawat http://www.googleadwordsmadeeasy.com/Updates.htm
sy dah lama lihat perniagaan internet tetapi untuk makluman pihak tuan….sy masih tak faham bagaimana nak uruskan pernigaan internet dan car penyebaran nya.sbb bila sy hantar kepada yahoogroups & gogglegroup mesti tidak ada org yang ingin mendaftaratuapun melihat e-mail yg sy kirimkan….boleh tak en. tolong terang kepada sya.
salam encik zamri
terima kasih atas perkongsian-perkongsian yang dilakukan.
secara peribadi, saya berasa senang dapat menimba ilmu disini.
saya doakan segala yang terbaik dan bermanfaat untuk semua.
dalam perniagaan internet ni, saya dah anggap encik zamri sebagai salah seorang mentor dan role model.
terima kasih sekali lagi
Salam bahagia En.Zamri
Info yang bagus nie akan menambah lagi motivasi bukan saja untuk saya tapi untuk semua newbie seperti saya.
Terima kasih kerana berkonsi maklumat ini.
Info yang bagus. Tapi boleh saya tanya 1 soalan?. Ia begini saya dah daftar dengan adsense dan letakkannya di salah sebuah blog saya (http://www.magnetictherapy2u.blogspot.com). Masalahnya sekarang ialah, baru-baru ini saya dah siapkan 1 lagi blog (http://leoxa.com/lamaniklan)
Saya juga mahu letakkan adsense di ditu. Adakah saya perlu membuat account baru atau boleh gunakan yang sedia ada? Kalau boleh bagaimana caranya?
Yang berharap
Saiful
Soalan pertama
Apa pandangan sdr zamri tentang lambakan ebook dipasaran internet malaysia.
Soalan kedua.
Ada di antara kita yang cuba menangguh diair keruh/jernih dengan menggadakan program seolah2 pelaburan internet hanya dengan membayar sejumlah wang dan dijanjikan dengan satu jumlah wang…biasanya program ini produk mereka adalah ebook berbahasa inggeris…jika kita rajin mencari sebenarnya produk itu kita boleh dapat free…apa pendapat anda , patut atau tidak program seperti ini diperangi agar bisnes internet sebenar dapat dijalankan.
soalan ketiga.
saya sebenarnya masih baru dalam bidang ini. Dan ekoran dari itu saya sering mengikuti forum dan jadi subscriber di laman web IM Malaysia. Persoalannya…ada setengah2 penulis ebook seolah2 mereka sudah terdesak…kerana benda yang free pun mereka jual, kalau sudah berjaya apalah kita kongsi dengan kaum kita yang jauh ketinggalan…ini tidak sikit2 tulis nak jual….saya betul tak faham…manusia sekarang lebih pentingkan duit dari segalanya…, apa respon saudara.