Soaljawab Perniagaan Internet #7

Berikut ialah beberapa soalan yang saya terima dari pembaca newsletter dan blog saya. Saya tidak dapat menjawab semua soalan secara peribadi lagi kerana terlalu ramai yang mengajukan soalan yang telahpun saya jawab sebelum ini. Sekiranya anda bertanyakan soalan dan saya tidak menjawabnya, sila lihat blog ini. Sila ambil perhatian bahawa soalan yang saya jawab adalah dipilih secara rambang.

Soalan #1: dari Alip

1. Dalam penghasilan sebuah ebook.Bagaimana hendak kita menjadikan ia sebagai satu HAKCIPTA TERPELIHARA dan adakah ia melibatkan kos (duit)?

2. Sekiranya kita hendak menjual ebook dipasaran dengan melalui post.Berapakah kos penghantaran bagi sekali sebuah ebook dalam negara dan luar negara?

3. Adakah harga penghantaran berubah - ubah mengikut tempat atau harganya tetap bagi dalam negara dan luar negara?
4. Boleh bagi contoh bagi soalan 2 & 3 mengikut perniagaan en.?

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

1. Ianya tidak melibatkan sebarang kos. Cuma letakkan ayat bahawa ebook anda mempunyai hakcipta terpelihara. Jika anda tidak meletakkan ayat ini pun, ianya secara automatik telah menjadi hakcipta terpelihara anda.

2. Jika anda jual ebook tersebut sebagai produk muatturun (seperti ebook Rahsia Perniagaan Digital dan Rahsia MLM), tiada sebarang kos penghantaran dikenakan kerana pembeli boleh muatturun ebook tersebut dari server. Jika anda jual ebook tersebut dalam bentuk CD/DVD dan dihantar di dalam negara, anda boleh gunakan servis Pos Ekspres (yang dijamin sampai pada keesokan harinya tu) dan kosnya bergantung kepada pakej yang anda kirimkan (sila semak di pejabat pos). Jika di luar negara, ianya bergantung kepada negara mana anda ingin hantar. Saya juga sarankan anda semak di pejabat pos.

3. Jika di dalam negara, dan anda gunakan pos ekspres, kosnya sama. Jika di luar negara, kosnya berlainan dan anda perlu timbang pakej yang anda hendak hantar.

4. Majoriti bisnes yang saya jalankan adalah bisnes berbentuk digital. Jadi, saya jarang menghantar produk kepada pembeli kerana mereka boleh muatturun ebook yang dibeli daripada laman web saya. Namun, bagi buku (bukan ebook) “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” yang saya hantar ke Amazon.com, kos penghantarannya lebih kurang USD6 untuk sebuah buku atau lebih kurang RM20. Jika lebih daripada 1 buku dihantar, kosnya berlainan.

Saya andaikan bahawa anda mempunyai alasan sendiri untuk menghantar ebook secara pos tetapi jika anda tidak mempunyai alasan yang kukuh, saya ada satu soalan — jika anda ingin jual ebook, kenapa pula nak dihantar kepada pembeli melalui pos? Bukankah senang untuk berikan pembeli link untuk mereka muatturun ebook selepas pembelian dilakukan? (sila rujuk ebook Rahsia Perniagaan Digital).

Ya, memang selalunya kita ingin memuaskan hati pelanggan dengan melayan kehendak mereka tetapi kita juga perlu ingat bahawa kita tidak dapat puaskan hati ke semua pelanggan kita. Jadi, jika ada pelanggan anda ingin produk anda dalam bentuk ebook pdf, CD/DVD, video, audio, buku fizikal dan sebagainya walhal produk tersebut adalah produk yang sama (cuma format dan persembahannya sahaja yang berlainan), anda perlu mengambil langkah yang sesuai untuk tidak membebankan diri anda dan pada masa yang sama dapat menjual produk dengan jayanya.

Dalam ertikata lain, bukan semua pelanggan adalah raja (customers are kings) dan inilah jalan yang saya pilih apabila menjual sesuatu produk.

Soalan #2: dari Zaleha

saya ada attend kursus yg dianjurkan oleh irfan dan bayaran yuran RM700++.
Malangnya saya masih tak faham dan tak dapat buat blog/website sendiri. Saya tertarik nak beli buku tersebut tp takut2 rugi plak. Can you help me. Mungkin saya susah nak faham agaknya.

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Ini maksudnya anda perlu lagi mendalami selok-belok perniagaan internet ini. Caranya terpulang kepada anda tetapi cara terbaik selepas menghadiri kursus ialah dengan mendapatkan mentor atau seseorang yang telah pun berjaya untuk menunjukkan kepada anda cara-cara membina perniagaan internet ini dengan lebih mendalam.

Mentor ini akan mengajar anda secara persendirian atau one-on-one dari mula sehinggalah bisnes anda itu mula menunjukkan hasil. Kebiasaannya, ‘personal coaching’ adalah salah satu bentuk pembelajaran melalui mentor. Cara pembelajaran sebegini selalunya melibatkan sedikit kos daripada anda tetapi peluang untuk anda lebih berjaya adalah lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati apabila memilih mentor untuk coach anda. Sebabnya, jika tersilap langkah, anda juga akan rugi. Kos ‘personal coaching’ ni sedikit mahal.

Saya juga ingin berkongsi pengalaman saya sebelum menghadiri sebarang seminar atau workshop (tak kiralah perniagaan internet atau bukan).

Sebelum menghadiri kursus saya akan membuat ulangkaji saya dahulu tentang topik yang ingin saya pelajari dari seminar tersebut. Pada masa yang sama, saya tetapkan goal atau matlamat yang bakal saya perolehi daripada menghadiri seminar/workshop dan cuba selaraskan matlamat saya dengan apa yang diajar.

Dengan cara ini, saya lebih bersedia untuk menerima ilmu yang diturunkan kepada saya.

Saya berikan 2 contoh:

1) Sebelum menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Sen Ze, saya sudahpun membuat persediaan selama beberapa bulan untuk mempelajari bisnes internet ini.

Jadi, sebelum pergi seminar pun saya sudah mengetahui pelbagai perkara seperti autoresponder, minisite dan sebagainya. Apabila menghadiri seminar tersebut, saya mudah menerima apa yang diajar dan seterusnya dipraktikkan. Apabila tamat sahaja seminar tersebut, saya selalu menghubungi Sen Ze untuk membimbing saya sehinggalah saya boleh mula berdikari.

Pada masa tersebut, memang amat sukar untuk mendapatkan seseorang untuk menunjukkan jalan yang betul untuk membina sebuah bisnes internet yang berjaya. Tetapi sekarang, saya rasa sudah ramai yang boleh membimbing anda dan ambillah peluang ini dengan baik.

2) Workshop “How To Become A Best-Selling Author In 88 Days” yang dikendalikan oleh En Azizi Ali juga merupakan satu contoh yang boleh saya kongsi bersama.

Sebelum menghadiri workshop tersebut, saya ada 2 matlamat. Pertama ialah belajar bagaimana saya boleh menghasilkan buku (tak kira walau macam mana sekali pun). Kedua ialah bagaimana menerbitkan buku.

Saya sudah menyelidik beberapa publisher (memang ada yang pernah menghubungi saya untuk menulis buku bagi diterbitkan bersama mereka) dan belajar serba sedikit bidang penerbitan sesebuah buku. Jadi, apabila saya menghadiri kursus yang dianjurkan, kaki saya sudahpun melangkah satu tapak ke hadapan. Hasilnya, 2 buah buku telah berjaya di terbitkan - “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” dan “Rahsia Bisnes MLM Di Internet“.

Kesimpulannya, anda mungkin telahpun mempunyai drive atau keinginan untuk berjaya di dalam bisnes internet ini tetapi mungkin ada beberapa elemen yang ketinggalan di dalam menimba ilmu di sini. Saya tidak katakan yang cara saya ini 100% berkesan untuk semua orang tetapi bagi saya, inilah cara yang terbaik dan diharapkan kita semua lebih berjaya di masa akan datang.

Dan sebelum saya berhenti, ingin saya paparkan sekali lagi sebuah video yang saya cipta untuk mereka yang baru ingin memulakan bisnes internet ini.

Enjoy!

Sebarang komen bagi paparan ini amat dihargai…

perniagaan internet

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

Bagi saya, seorang newbie perlu ada determination untuk terus belajar dan belajar. Lagi satu, perlu jauhkan sikap putus asa.

Selamat Hari Raya pada En Zamri dan pembaca2 yang lain.

EMMM….saya amatlah bersetuju dengan pandangan yang di berikan oleh saudara Zamri…Apabila kita menulis sesuatu perkara secara aotomatoknya ianya adalah hak milik kita… Tidak perlu kita pergi ke SIRIM ke untuk dapatkan pengesahan…

Berkaitan dengan seminar pula…Maaf kiranya bahasa yang saya gunakan agak kasar sedikit; Semasa di peringkat sekolah rendah lagi kita di ajar untuk membuat persiapan dahulu sebelum sesuatu ujian atau kuiz itu di buat. Kesimpulannya, jikalu kita mahu pergi kesesuatu seminar terutamanya yang berbayar kita perlulah menyiapkan serba sedikit diri kita tentang apa yang hendak di present oleh fasilitator. Kita akan mudah faham!!!

jangan sampai orang cakap nak bagi makan pun kena suap… maaaf ya…Apa-apa pun saya berterima kasih kepada saudara dan seangkatan denganya memberi tips2 tentang perniagaan ini.

Saya pun dalam proses pembelajaran dan berharap sekiranya saudara boleh membimbing saya dari semasa ke semasa, saya amat menghargainya.

Thanks

Adwanigallery

Tuan Zamri,

Isu hakcipta ini bukan sahaja berlaku dalam dunia e-buku, malah di dunia buku fizikal bertambah-tambah dasyat.

Izinkan saya berkongsi kepada Tuan Zamri dan para pelayar e-laporan saya berkenaan hakcipta untuk buku dan ebuku. Ia boleh di muat turun di sini

http://www.zamrimohamad.com/ebook_hakcipta_.pdf

Terima Kasih

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com

Thanks Zamri!

Satu ebook yang informatif mengenai hakcipta.

Terima kasih juga kepada yang lain yang memberikan komen yang bernas.

Menghadiri seminar atau beli ebook bukanlah
jaminan kepada newbie utk berjaya terus dlm
ebiz.

Ianya tidaklah semudah yg dibaca di salesletter
atau iklan2.

Tapi realitinya boleh menjadi kenyataan sekiranya
tiada sikap putus asa malah terus mencuba
dan lagi…dan lagi…dan lagi sampailah kita
jumpa sinar kejayaan.

Tanyalah Zamri sendiri beliau berjaya bukan kerana
beli ebook atau hadiri seminar tapi usaha yg berterusan
hingga ke hari ini.

Seminar dan ebook boleh membawa kita kearah satu kejayaan
tapi sebenarnya kitalah pemandunya.

Umpama sebuah kereta mewah tidak akan membawa kita
ke destinasi yg kita inginkan tapi kitalah pemandunya
yg akan berusaha utk sampai ke sana. :)

Banyak dikalangan newbiz mengikuti perniagaan internet tanpa belajar secara sistematik.Mereka tidak mengetahui yang asas bermula dari A tetiba terus belajar E jadi banyak benda tidak difahami. Memang kena ada mentor untuk berjaya.

[…] dipelajari jika menjadi subcriber newletter saudara zamri nanyan..anda boleh berkunjung ke linkSoaljawab Perniagaan Internet #7 ini untuk mempelajari sesuatu berkaitan bisnes internet.. banyak yg boleh dipelajari daripada […]

Dalam apa hal untuk berjaya terutama dikalangan newbiz seperti saya banyak benda perlu diterokai sikap putus asa perlulah dilampar jauh.Dalam mengenali ilmu memang kita perlu berguru.Pergi bengkel atau seminar mahal-mahal masih lagi tak dapat menguasainyanya bermaksud tidak sampai kepada kita lagi, tambah-tambah lagi jika bengkel yang dibayar mahal.Oleh itu untuk nwebiz baru dan rakan-rakan yang baru yang nak mengenali dunia pernaiagaan internet jaganlah putus asa, mengadap computer memang penat lebih-lebih lagi kpd yang telah berusia seperti saya.Bak kata perpatah selagi tak dipecahkan ruyong mana kan dapat sagunya.mudah-mudah apa yang saya lakukan sedikit-dikit ini saya akan beroleh kejayaan sepertianda dan rakan-rakan anda yang lain yg telah berjaya.

Pendapat yang diberikan memang tepat apatah lagi jika kita merupakan pengkarya terhadap sesuatu hasilan. Hak cipta terpelihara perlu ada, tapi ini tidak mustahil jika berlaku sebarang cetak rompak.

satu penerangan yang baik untuk semua newbiz. saya masih baru dalam membina laman web. saya telah membeli hampir kesemua ebook terbitan otai2 IM dan telah menghadiri satu seminar anjuran JomSeminar.

Saya setuju pandangan Sdr Zamri. Sebelum hadir satu2 seminar kita kena buat kertas kerja/mengkaji satu2 topik yang akan kita hadiri. Jika tidak (blank @ tak tahu apa2) dan menghadiri kita akan rugi sebab tak nampak (tak faham) apa yang akan diterangkan.

Salam,

Berhubung pengeposan e-book ke luar negara, kalau tak silap saya sekarang ni dah tak dibenarkan pos CD ke luar negara.

Berhubung seminar pula, menghadiri satu seminar sahaja memang tidak mencukupi. Masa saya hadir seminar yang sama pun, saya boleh lihat kalangan hadirin yang seperti tak sempat mempelajari apa-apa sebab masa yang sangat terhad. Sebab itulah seminar selalunya diikuti dengan bimbingan di forum. Seterusnya terpulanglah pada individu untuk memanfaatkan peluang yang ada dengan penuh komitmen bagi mendapatkan semula nilai yang dibayar untuk satu seminar/e-book.

terima kasih kepada abang Zamri Nayan yang sentiasa tidak putus memberi idea dan tips2 yang berkesan saya amat bersetuju dengan ulasan abang Zamri dalam topik ini ….bagi saya kalau ingin berjaya dalam apa bidang sekalipun kena ada usaha…usaha…usaha…dan jangan putus asa…tu yang terbaik….cukuplah sekadar melihat seorang bayi bagaimana dia ingin belajar … meniarap, merangkak, berjalan, bercakap …wah..banyak lagi tu…bayi pun rajin…hahahaha…selamat hari raya…maaf zahir batin…

this is my first time I betul2 menghayati, I rasa terlambat kerana setiap kali i menerima email dari you , i just ignire it. Baru -baru ni i terjumapa dengan seorang net buss. dia mengatakan , menghadiri semninar adalah salah satu cara untuk kita memantapkan lagi cara2 marketing. Bilakah en. nak buat seminar or bengkel?
berapkah kos nyer

Memang hebat.. Sifu Zamri kita ni hebat dengan penerangan yang cukup memberansangkan cuma kita lah yang harus berusaha….

Salam internet,

Terima kasih atas nasihat dan tip tersebut. Memang menghadiri sesuatu bengkel atau workshop adalah pelengkap untuk informasi yang penuh kerana di situlah kita boleh berdialog sekiranya kita tak faham. Dan saya setuju dengan Zamri ,sebelum menghadiri sesuatu bengkel/workshop kita perlu buat kajiselidik terlebih dahulu tentang tajuk seminar tersebut, taklah kita melopong jer bila dengar.

Salam! Saya dah beli e-book dan sekarang ini sedang berusaha untuk membina laman web sendiri.Insya’Allah akan berjaya.Doakan supaya saya berjaya.Doa kawan untuk kejayaan kawan dimakbulkan Allah SWT.

Leave a comment

(required)

(required)