Soaljawab Perniagaan Internet #8

Berikut ialah beberapa soalan yang saya terima dari pembaca newsletter dan blog saya. Saya tidak dapat menjawab semua soalan secara peribadi lagi kerana terlalu ramai yang mengajukan soalan yang telahpun saya jawab sebelum ini. Sekiranya anda bertanyakan soalan dan saya tidak menjawabnya, sila lihat blog ini. Sila ambil perhatian bahawa soalan yang saya jawab adalah dipilih secara rambang.

Soalan #1: dari Saruni

Tuan:

Saya banyak menerima e-mail daripada tuan tetapi saya tidak paham apa yang saya patut lakukan untuk menceburkan diri dalam perniagaan yang tuan cadangkan. Menjual di internet pun saya tidak faham kerana saya tidak berani membeli melalui internet.

Kalau tuan telah berjaya kenapa masih lagi terus menjual buku bertahun tahun. Tidak cukup lagikah kekayaan yang tuan kumpul?

Terima kasih

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Saudara Saruni,

Jawapan kepada soalan anda adalah mudah. Kalau tak berani, kenapa tak cuba? Beli sesuatu produk yang harganya murah di internet untuk mendapat keyakinan. Dan kalau tak tahu pasal bisnes internet, ada banyak yang boleh dipelajari daripada mereka yang berjaya (bukannya cemburu dengan mereka).

Satu lagi perkara yang anda tidak faham ialah internet dapat memberikan pendapatan berterusan – buat sekali, dapat hasil berulang kali.

Itu jugalah yang terjadi jika kita jual ebook atau buku dan sebagainya. Kalau saya tak lakukan apa-apa, laman web saya masih lagi bekerja untuk saya, menghasilkan jualan – bukannya saya terus bekerja.

Saya tanya kepada anda lagi… kenapa anda terus bekerja (atau melakukan sesuatu) bertahun-tahun lamanya. Tak cukupkah lagi gaji yang diperolehi berbanding dengan mereka yang kais pagi, makan pagi atau yang lebih malang nasib mereka? (bukan tujuan saya menghina golongan yang kurang bernasib baik tetapi sekadar untuk memberi kesedaran).

Kekayaan adalah relatif untuk setiap individu dan jika anda tidak berusaha untuk terus menjadi mewah, pasti ada orang lain akan berusaha. Persoalannya… kenapa tidak kita? Percayalah, dengan kekayaan, anda juga boleh melakukan lebih banyak kebajikan dan membantu ramai golongan yang tak berkemampuan (sekiranya itu yang anda mahukan)

Maaf jika apa yang saya katakan menyinggung anda tetapi niat saya ikhlas untuk membuka minda anda.

Soalan #2: dari Malek

akum en zamri..saya belum boleh afford lg utk beli notebook(saya x brapa cekap guna internet..msh belajar)..jadi bolehkah saya guna internet cafe utk permulaan?dan saya juga tidak ada kredit kad,ada cara lain utk saya buat bayaran?

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Saya tak cadangkan anda guna internet cafe untuk menjalankan bisnes internet. Tapi internet cafe boleh dijadikan sebagai platform untuk anda belajar selok belok internet dan perniagaan internet (disebabkan anda juga tidak berapa cekap guna internet).

Bayaran untuk apa? Bergantung kepada model bisnes internet, anda mungkin tidak perlukan kad kredit untuk bermula.

Soalan #3: dari Rexx
HI, Zamri Nanyan,

Nama saya Rexx, dan di sini saya ada sedikit kemusykilan tentang cara bagaimana memulakan perniagaan internet ini.

Untuk pengetahuan anda, saya telah mula menceburi bidang perniagaan yang dikenali sebagai google adsense. Masalahnya di sini bagaimana saya ingin menjana pendapatan melaluinya dengan bergantung pada blog saya di blogger.

Adakah mustahil bagi saya memperoleh lebih dari $100 hanya dengan satu blog?

JIka benar, bagaimana caranya? Saya juga ingin bertanya, antara program perniagaan internet melalui google adsense atau melalui laman web jualan(direct response) seperti yang saudara gunakan, manakah yang lebih bagus dan efektif untuk saya yang baru menceburi bidang ini?

Sekian.

[Jawapan dari Zamri Nanyan]

Sebelum saya teruskan menjawab soalan anda, saya ingin nyatakan bahawa fokus perniagaan saya bukanlah kepada Google Adsense.

Walaubagaimanapun, saya memang mempunyai pendapatan tambahan daripada Google Adsense walaupun tak banyak.

Persoalan sama ada anda boleh dapat $100 daripada satu blog tidak sepatutnya timbul kerana ianya boleh dilakukan. Soalan anda mengenai bagaimana ianya boleh dilakukan adalah lebih tepat.

Terdapat banyak sumber yang membolehkan anda belajar mengenai Google Adsense ini. Sebelum ini Syed Ikhwan ada menawarkan personal coaching dan anda boleh lihat paparan yang saya lakukan di blog saya http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/google-adsense-personal-coaching-bersama-syed-ikhwan dan produk terbaru yang membincangkan cara menjana pendapatan melalui Google Adsense ialah daripada En. Munawar dan anda boleh lihatnya di http://simurl.com/janawangadsense

Produk En Munawar ditujukan khas kepada orang yang baru nak menyertai bisnes berasaskan Google Adsense dan produknya adalah lebih “detail”. Namun untuk mereka yang sudah mahir dengan Google Adsense, mungkin ianya tidak sesuai.

Soalan seterusnya tentang mana satu yang lebih baik – Google Adsense atau Direct Response – ianya bergantung kepada banyak perkara dan salah satunya ialah minat dan kemahiran anda di dalam salah satu atau kedua-dua bidang ini. Bagi saya, memang direct response menjadi laman web kegemaran saya kerana saya berminat dengan model perniagaan internet sebegini.

Walau apa juga model bisnes internet yang anda ikuti, ianya boleh memberikan keuntungan lumayan sekiranya dilakukan dengan betul.

Sebagai contoh, anda boleh bertanya Syed Ikhwan dan saya pasti beliau akan berkata, baginya Google Adsense adalah yang paling “best” untuk beliau. Dan, ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan jawapan yang saya berikan. Namun, itulah kelebihan dan kepakaran masing-masing dan kita amat beruntung kerana mempunyai ramai usahawan yang pakar di dalam pelbagai bidang.

Post to Twitter

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Google Adsense, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, Peribadi, Perniagaan Internet, Soaljawab Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

19 Responses to “Soaljawab Perniagaan Internet #8”

Leave Comment

(required)

(required)