Strategi Pelancaran Semula Produk/Servis Sebagai Pemangkin Jualan
Strategi Pelancaran Semula Produk/Servis Sebagai Pemangkin Jualan
oleh Zamri Nanyan
Selepas beberapa ketika, produk anda mungkin akan mengalami tahap tepu di mana anda mungkin boleh melihat bahawa produk anda telahpun dipasarkan di mana-mana sahaja di Internet, atau pun di sebaliknya, di mana produk anda tidak dapat dijual langsung kerana terdapat persaingan yang hebat.
Dalam erti kata lain, produk anda telahpun melalui zaman kegemilangannya dan sekarang ianya menuju ke zaman kejatuhan. Perkara ini tidak mustahil walaupun produk anda merupakan produk yang berkualiti tinggi dan mempunyai permintaan yang tinggi suatu masa dahulu.
Hendak dibuang daripada pasaran, terasa sayang. Hendak diteruskan jualan, jualan pula tidak memberansangkan. Rakan JV atau affiliate anda yang dahulunya gah mempromosikan produk anda ini sekarang tidak lagi mempromosikannya.
Jadi, anda tentu perlukan cara baru untuk membangkitkan semula minat orang ramai terhadap produk anda.
Disebabkan telah hampir habis strategi pemasaran dilakukan oleh anda semasa mempromosikan produk anda tersebut, maka ianya logikal untuk anda mencuba cara yang lain.
Di dalam contoh ini, salah satu cara yang berkesan ialah dengan melancarkan semula produk anda tersebut.
“Pelancaran Semula” produk bukanlah perkara yang asing lagi di dalam strategi pemasaran. Di antara cara yang dilakukan oleh peniaga ialah dengan melakukan satu atau perkara yang berikut:
1. menukar label atau penampilan produk
Jika produk anda ialah sebuah ebook, mungkin anda akan menukarkan ebook cover, banner atau keseluruhan laman web jualan. Menukarkan produk digital ke produk fizikal juga adalah salah satu daripadanya.
2. menulis atau memperbaiki semula surat jualan
Walaupun produk yang dijual adalah sama tetapi cara penyampaian di dalam surat jualan dilakukan dengan cara berlainan untuk menarik minat pasaran yang berlainan ataupun mensasarkan lagi pasaran yang sedia ada.
3. merombak kembali struktur komisyen
Sekiranya anda mempunyai komisyen jualan affiliate, pada masa inilah penstrukturan semula komisyen boleh dilakukan. Mungkin sebelum ini komisyen sebanyak 30% daripada hasil jualan tidak menarik minat ramai pemasar atau rakan niaga anda, tetapi jika anda naikkan kominsyen sehingga 60%, besar kemungkinan ianya akan membangkitkan semula semangat mereka untuk mempromosikan produk anda.
4. menambah isi kandungan produk
Kebanyakan pembeli akan berasa lebih gembira sekiranya isi kandungan produk yang anda jual bertambah lebih banyak daripada produk sebelumnya. Jika ebook yang anda jual dahulu cuma 100 mukasurat dan sekarang anda menjualnya dengan tambahan 75 mukasurat, mereka akan berasa bahawa anda telah menambah nilai produk tersebut walaupun apa yang anda lakukan mungkin cuma menambah beberapa bahagian yang perlukan penghuraian yang lebih terperinci daripada dahulu.
5. menilai semula harga produk
Memberikan lebih banyak kandungan produk anda dengan mengekalkan harga sekarang (atau menurunkan harga) dapat juga menarik minat bakal pembeli terdahulu yang ingin mendapatkan produk anda tetapi masih ragu-ragu tentang harga dan kandungan produk anda. Dengan mengatasi masalah ini, anda mungkin memenangi semula hati bakal pembeli terdahulu.
Dari sini, anda boleh lihat bahawa pelbagai cara boleh dilakukan untuk memulakan semula proses pelancaran semula produk anda yang sedia ada sekarang.
Proses pelancaran yang biasanya anda lakukan sebelum ini bolehlah diaplikasikan semula seolah-olah produk yang anda akan lancarkan semula ini adalah produk baru.
Di antaranya ialah mengadakan peraduan jualan terbanyak bagi agen jualan anda, mencari rakan niaga yang baru, membeli iklan di laman web tertentu, melakukan joint-venture dan proses pra-pelancaran dan sebagainya.
Pada masa sekarang, salah satu program multi-level affiliate yang saya sertai pun sedang menyusun strategi untuk melakukan pelancaran semula servis yang mereka tawarkan. Daripada apa yang saya perhatikan memang ada beberapa perubahan ketara yang membolehkan affiliate seperti saya dan ramai lagi membina pendapatan yang lebih lumayan daripada program ini. Anda boleh lihat serba sedikit aktivitinya di http://www.Kiosk-Webhosting.com
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.TheFourWeekstoFreedom.info untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
Untuk peluang pendapatan terbaru yang disyorkan oleh Zamri Nanyan, sila daftar di http://www.freedom.ws/zamrinanyan
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “TheFourWeekstoFreedom” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
mmmmm…
tapi kalau cara macam memperbodhkan org seperti produk
Pengurusankewangan dan RahsiaEm?? tu tahlah…mula2 ada
limit jualan…berpusu2 org nak beli…then relaunch balik
dengan harga yang mahal…apa perasaan pembeli terdahulu…
4 sure lah kecil hati dan bengang..dulu kata dah tutup..
yg paling lawak alasan yg digunakan utk penutupan awal
versi awal…
alasan pengurusankew??? = bank negara minta tutup jualan…sebenarnya bersepah diforum berkaitan asb -od , [penulis cedok je kot)
rahsiaem??-En syuko?? tak bagi jual bila 500 unit sudah terjual…kenapa sekarang boleh pula
plz JANGAN LAH MEROSAKKAN INDUSTRI IM DI MALAYSIA DENGAN TAKTIK KOTOR KORANG….DENGAN BERSELINDUNG SEBAGAI NAMA2 BESAR IM2 MALAYSIA….APA AKAN JADI BILA SEMUA TEKNIK SEBEGINI..
KAMI BUKAN BODOH MACAM IM2 FIKIRKAN…STOP LAH…ANGAN GADAIKAN FUTURE KORANG DENGAN TEKNIK MURAHAN MACAM NI..TREATLAH PELANGGAN DENGAN SEWAJARNYA…JIKA KATA NAK TUTUP..TUTUPLAH..
“Penjenamaan Semula, penambahbaikan sesuatu produk akan memberikan suatu kelainan kepada pengguna baru…”
satu etika yang bagus…ia memberi ruang untuk kita terus berusaha disamping mencipta kelainan yang lebih menarik kepada sesuatu produk. terima kasih satu cadangan yang padat
Walaupun apa cara nak dilakukan tentang produk tersebut yang penting bergantung pada RIGHT TIMING untuk buat pengeluaran semula.Faktor saperti competitor,selling kos,teknologi guna pakai masih upaya menandingi cara semasa.
Saya rasa you need to do some home work like ASK AND TELL
activities from pass buyer.
Terima kasih atas perkongsian. Cara ini mmg berkesan. Contoh yang dapat kita lihat ialah Pakej Kit Blogger ciptaan saudara Smartzul.
salam..
thanks en.zamri sebab sentiasa berkongsi maklumat ngan kitorang..3 org atas tu saya kenal kecuali hamba allah tu jer..hehe..
wahai hamba allah..
diminta agar tak bercakap terlalu terang2..
di sini ramai IM lain dari junior dan senior..
Harap dapat hormat..
dalam pengiklanan kita kena bersaing dari segi tips,teknik, dan paling penting psikologi..
kalau tak camner hamba allah bleh perhatikan iklan tu dan tertarik..
banyak lagi jenis pengiklanan lain yg lagi menipu dari tipah yg tertipu daripada yg disebutkan anda..
kawal emo tu..
tak kisah aper cara sekalipon..
yg penting kena sentiasa manupilasi iklan..
internet adalah global..bukan straight..ingat!!
jadi boleh guna teknik baik atau jahat..
ikut pilihan sendiri..jgn disebabkan satu IM buat hal..
yg lain pon kener balun..
biler la melayu nak berjaya kalo semua camni..
walau aperpon..semoga hamba allah sihat sejahtera..
puasa tak elok marah2..huhu..
selamat berpuasa..
dan salam ramadhan..
nampaknya tips ini berguna untuk baloot apply-kan kpd dvd raja grafik malaya. walaupun masih mendapat sambutan (tapi tak banyak order sangat pun), tapi rasa nak buat pembaharuan sedikit kat salesletter.
terima kasih saudara zamri nanyan.
selamat berpuasa dari baloot
tips yg berguna..sbb 2 kdg2 sy tengok ada e-book yg dilaunch semula tapi berlainan sikit dari harga, kandungan dll..
Keberkesanan ‘viable’ produk memerlukan kajian yang cukup sebelum mencipta sesuatu produk.
Ia juga perlu disesuaikan degna keadaan semasa dan memenuhi keperluan pengguna secara berulang kali.
Kita juga harus menjadikannya begitu unik untuk menjadikannya ‘viable’.
As’Kum Tuan Zambri,
Terima Kasih tips yang diberikan, .
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Almubaraq ini
HJ.Doomham
Ok lah tu.very good idea.
Buat Penambahbaikan dan ubahsuaian ke atas produk untuk dijual semula tak salah. yang penting boleh jual..
Idea yang menarik dan praktikal.Terima kasih bro Zamri.
Kebetulan sedang merombak kembali saleletter beberapa produk jualan.
Terima kasih sekali lagi dan selamat berpuasa.
Good sharing….
Walaupun saya masih baru dalam industri ini tetapi saya amat tertarik dengan kaedah ini.
Pada pandangan saya, ianya akan memastikan IM akan terus mendapat faedah daripada hasil kerja yang pernah dihasilkan sebelum ini.
Bakal pelanggan pula akan mendapat info yang lebih terkini dan bermutu tinggi, sesuai dengan arus perubahan yang begitu pantas.
So, dengan ini juga IM akan boleh menjana pendapatan yang berterusan. Inilah model perniagaan yang diidami oleh semua IM tempatan mahupun antarabangsa.
Saya juga berharap, suatu hari nanti makin ramai IM malaysia yang mampu menaplikasikan kaedah ini dan menjana pendapatan yang hebat melaluinya termasuklah diri saya (hehehehe…)
Diharap saudara Zamri akan terus ‘membongkarkan’ tip-tip hebat dan dah terbukti berkesan bagi menghasilkan pendapatan yang lumayan dalam industri ini.
Selamat maju jaya untuk semua dan salam 1Malaysia.
semasa saya baca surat khabar tajuk depan cakapa 50 tahun bela hantu raya, jadi hebat semasa hidup menderita ketika nazak, saya terbaca email yang mr zamri send ke saya…
saya baca dan baru saya faham, mengapa ada setengah produk digital dijual limit sampai 1000 sales…mungkin sebab nak elakkan dari org rasa muak tengok iklan produk tu.
Tips daripada mr zamri ni boleh diaplikasikan bukan sahaja dalam online bisnes tapi offline pun boleh.
Selamat berbuka puasa!
Terima Kasih Bro Zamri. Baru terpikir, beberapa tips tu bleh apply kat ebay gak la.
Btw, Hamba Allah, saya pun agak tertarik dan terpikir nk beli ebook ‘rahsiaem’ tu. Baru bukak 2-3 hari lepas.
Boleh tahu kenapa kecik hati? Bukan ke pembeli pertama dan kedua pun akan dapat copy ebook yg latest?
Tips yang sangat menarik. Terima kasih Zamri. Barulah saya nampak yang bisnes penjualan ebook ni boleh pergi jauh sebenarnya.
Mungkin teknik ni boleh juga diaplikasikan untuk para penjual produk resell rights. Para reseller boleh menukar design ecover dan salesletter agar menampakkan kelainan dengan syarat mendapat kebenaran owner produk tersebut.
Salam Ramadhan,
Terimakasih Zamri, kerana sudi berkongsi tips yang bermanafaat untuk saya. Apalagi bagi saya yang masih baru belajar di arena IM nie.
Thanks again.
whats a good idea,i agree with this topic,penjenamaan semula,lebih berkualiti disertai dengan wajah baru dan efektif,InsyAllah akan berjaya..
Satu artikel yang bagus dgn idea yang kreatif,teknik yang sangat membantu sekiranya dimanfaatkan dengan betul.Itu bagi anda yang memang dah lama bertapak dalam bidang IM ni, bagi saya yang newbie tidak ada apa yang dapat saya lakukan. Mungkin saya dapat gunakan teknik ni 2-3bulan yang akan datang
, tapi waktu itu orang dah guna pakai teknik yang lebih canggih la pulak…salam Ramadhan wat semua & selamat menunaikan ibadah puasa.
Satu Idea yang kreatif.Idea semacam ini pernah digunakan oleh pennerbit buku dimana buku2 yg dah lama dipasaran ditukar cover designnya agar nampak lebih menarik seterusnya berjaya menarik ramai pembeli.
wah..tips yg bagus…penjenamaan semula 2 perlu..bnyk kamponi kt luar 2 lakukan penjenamaan semula…siapa yg paham pengurusan..dia akan paham…hehehehe
untuk hebat semua orang kena merancang, jangan tangguh, bertindak lah untuk merealisasikan impian kita.
Produk mendapat persaingan hebat perkara biasa.Produk yang telahpun melalui zaman kegemilangannya dan sekarang ianya menuju ke zaman kejatuhan.“Pelancaran Semula” produk satu usaha mengekalkan perniagaan dgn strategi2 baru ok.Tapi dalam apa-apa hal perniagan perlu kejujuran,Pembeli tahu menilai.Sebagai penjual kita harus juga menitik berat apakah kejayaan/manafat pembeli.Janganlah kita menjual aja.Pembeli sudah bijak;jika kita ingat strategi pemasaran kita terbaik O right.What ever tektik.ikhlas atau sebaliknya.Pembeli juga tahu tektik2 tu.Tahniah kpd yang berniaga atas niat kebajikan bersama (Penjual N pembeli)
bagi sy..tak kisah ler apa cr sekalipun nak marketkan produk yg da lepas…tapi yg penting tiada unsur penipuan atau helah yg semata2 bertujuan utk mengaut keuntungan…
yg paling PENTING di sini adalah apakah produk yg anda keluarkan betul-betul memberi manfaat kepada pengguna…adakah ia mencapai standard yg diperlukan atau hanya sekadar menulis ebook atau menghasilkan produk digital utk anda mengaut keuntungan semata2
Wahai IM yg baik2 semua..betulkan persepsi anda sebelum memasarkan sesuatu produk atau ebook…jika anda ingin berkongsi sesuatu dengan niat yg ikhlas,pastikan anda buat dengan sungguh2…niat utama adalah ilmu itu sampai kepada pengguna..kemudian anda akan menghasilkan ganajaran yg berkat…anda tahu apa yg anda buat!jadi percayalah..sekiranya anda berniat baik…anda akan berolehnya…selaku pengguna akan berterima kasih kepada anda..
sy amat berpuas hati dengan sebilangan IM yg ada d Malaysia…kebanyakan produk yg dipasarkan adalah mencapai tahap standard yg diperlukan,…namun begitu ada segelintir yg hanya berupa produk sampah…tidak menunjukkan apa yg cuba disampaikan pada tajuk dan kulit…so periksa dahulu,adakah anda betul2 menyampaikan ilmu anda…???
Kepada pengguna,setiap produk yg dikeluarkan oleh para IM adalah ilmu semata2..tanpa gabungan amali anda tidak akan dapat apa2 dgn pembelian tersebut…dan setiap tindakan adalah berbeza bagi setiap individu terhadap hasilnya..oleh itu jgn cepat melenting bila tidak peroleh seperti yg diwarkan…
Sebelum membeli sesuatu produk pastikan anda membeli dengan matlamat…belajar atau sekadar mencari blueprint utk membuat duit?Bg sy tiada ebook yg dapat menjanjikan anda cara buat duit melainkan anda belajar…praktikan dan ia juga memerlukan masa dan rintangan utk smpi ketahap itu…
saudara roha bukan semua org dapat mencari maklumat pengurusan kewangan atau rahsia emas dgn mencari sendiri…usaha mereka ini adalah amat baik dan patut dipuji…bg sy ilmu mmg tiada nilainya utk dbandingkan dgn wang…bg sy sentiasa hormat dengan mereka yg mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang…soal strategi marketing bukan menjadi isu..dan mereka pastinya ada sebab..klu mereka menipu,itu urusan mereka dengan yg di atas…so far produk mereka adalah berkualiti…dan sy amat berterima kasih dengan ilmu yg mereka sampaikan…soal buka tutup jualan tidak menjadi masalah..point utama adalah produk tersebut!!!
da panjang sy komen ni…cuma sy harap kepada IM,nak sampaikan sesuatu tu,biarlah dengan niat yg baik…anda adalah usahawan…jika anda sekadar bermatlamatkan keuntungan tanpa menghiraukan kualiti…anda akan mudah ke arah keburukan dan kejahatan…dan anda tak akan sampai kemana-mana..
To your Success!
Salam 1Malaysia dan Ramadhan….
Terima kasih di atas perkongsian idea yg bernas dr encik zamri….
blh saya jadikan sbagai panduan bagi saya yg baru berjinak-jinak dalam bidang ini….
saya doakan semuanya berjaya dunia dan akhirat…
wassalam…..
thanks sifu zamri for the tips…
ianya juga dinamakan teknik penjenamaan semula. upgraded version of one product. upgraded version ni mungkin mengandungi latest info on the product sbb kdg2 info lama tu dh tak relevan dgn suasana market sekarang dan juga info2 lain. pendek kata, new version adalah BETTER version..this why people would it interested and buy them..
saya hanya boleh katakan terima kasih kerana berkongsi tip yang menrik ni….harap suatu hari nanti saya boleh guna tip2 yang diberikan ni…..
Hamba Allah – itulah strategi marketing..anda pernah beli ke ebook rahsiaemas tu? tahukah anda dengan pelancaran semula ebook emas versi terbaru ini, pembeli pertama berasa lebih berpuas hati dan dihargai? Mana tidaknya..Dulu mereka beli dapat ebook je, tapi kini mereka dapat update versi terbaru dan juga ebook tambahan…dan yang paling bernilai adalah gold membership..Di mana pembeli akan support dari pakar emas itu sendiri…
Tahukah anda versi pertama memang ditutup jualannya? Ini bertujuan seperti kata En Zamri kita, iaitu seperti yang diceritakan dalam artikel ini…
Jika anda pernah membeli ebook ini, pasti anda akan rasa ianya sesuatu yang berbaloi-baloi:)
Terima kasih Tuan Zamri, sehingga hari ini saya belum membayar walau satu sen untuk ilmu yang saya cedok dari sifu, kerana tak kena bayar. Semuga Allah sahaja yang membalasnya. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya.
Tips yang amat berguna untuk saya yang masih baru didalam perniagaan internet, walaupun produk yang saya lakukan lain dari En Zamri tetapi sedikit sebaanyak dapat memberi idea buat saya.
Syaabas En Zamri
salam lama tak menjengah sini, teramat terima kasih pasal tips nie… pulak tu kebetulan comp dalam zaman kemeresetan.. tips yang biasa tapi mendalam… teramat-amatnya terima kasih abang zamri
Salam Hormat Sifu….
Idea kitar semula yang brilliant..
Inilah yang dikatakan otak antarabangsa..
Jutaan terima kaseh saya ucapkan atas perkongsian
idea ini…
==>SELAMAT BERPUASA<==
Salam..
Terima kasih atas tips yang diberi.
Tips tersebut dapat membantu saya lebih memahami cara memperbaiki e-book.
idea yang bernas dan berkesan tahniah saudara zamri.
ilmu yang anda kongsikan tak ternilai harganya
moga sentiasa sukses dalam perniagaan IM anda.
Penjenamaan semula bagus. tetapi mestilah menepati citarasa dan ada kelebihan yang lebih baik. jangan sekadar tukar nama sahaja dan artikel ntah apa-apa cedok dari orang lain. Promosi yang digunakan pula jangan lah cuba dengan kaedah manipulasi tarikan. Contohnya teknik promosi bertempoh. Yang sebenarnya hanyalah bertujuan menarik cepat-cepat pembeli membelinya. Saya akan melancarkan boikot beramai-ramai kepada sesiapa yang menggunakan kaedah ini. HBOconsultant







Salam Zamri Nanyan.Betul tu pelancaran semula produk atau servis merupakan suatu yang penting kerana ia dapat meningkatkan semula jualan produk kita.