Strategi Pemasaran Produk Affiliate Yang Terbukti Berkesan!
Salah satu cara menjana pendapatan di Internet tanpa mencipta produk sendiri ialah dengan menjadi rakan kongsi untuk produk yang sedia ada, dan jual kembali produk tersebut untuk mendapat peratusan komisyen yang telah ditetapkan.
Ianya dinamakan program affiliate (atau rakan kongsi) dan MLM online juga tergolong di dalam kategori ini.
Sebagai contoh, “The Four Weeks To Freedom” mempunyai program affiliate yang tersendiri. Anda boleh daftar sebagai affiliate di http://automationcart.com/jvm/s232/auth/register.html dan sekiranya anda berjaya menjual program “The Four Weeks To Freedom” sebagai affiliate, anda akan mendapat komisyen 50% bagi setiap jualan iaitu besamaan RM99.50. Semua urusan pengiriman produk, masalah pelanggan atau pengiriman komisyen akan diuruskan oleh pemilik “The Four Weeks To Freedom”. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuma memasarkan program “The Four Weeks To Freedom” ini dengan menggunakan pautan (link) affiliate anda.
Walaubagaimanapun, memasarkan produk affiliate juga memerlukan strateginya yang tersendiri kerana anda perlu dedahkan link affiliate anda kepada seberapa ramai bakal pembeli yang mungkin, tanpa melakukan SPAM. Semakin besar pasaran sasaran anda, semakin tinggi jualan yang bakal anda hasilkan.
Jadi di sini saya akan terangkan salah satu cara yang saya gunakan untuk mempromosikan produk affiliate yang mampu menghasilkan jualan dan juga memperkembangkan perniagaan internet anda secara tidak langsung. Tetapi, sebelum itu, mari kita lihat dahulu infrastruktur yang diperlukan untuk menjayakan strategi ini..
Berikut ialah peralatan yang anda perlukan:
- “Squeeze Page atau Opt-in Page”. (dalam bahasa Malaysia, saya namakan laman web “Borang Langganan”).
Laman web “Borang Langganan” ialah bertujuan untuk memudahkan bakal pembeli produk affiliate anda meninggalkan nama dan alamat e-mel mereka untuk anda hubungi di kemudian hari. Di laman web ini cuma ada beberapa maklumat penting mengenai perniagaan anda dan satu borang langganan percuma.
Apa yang selalu saya berikan di sini ialah satu e-kursus percuma selama beberapa hari. Jadi saya nyatakan di laman web ini seperti “E-kursus Perniagaan Digital Selama 5 Hari Percuma. Langgan Sekarang Dengan Memasukkan Nama Dan Alamat E-Mel Anda” atau yang seumpamanya.
Sesiapa yang berminat dengan apa yang saya tawarkan akan meninggalkan nama dan e-mel mereka di dalam borang yang saya sediakan di laman web ini.
- Autoresponder
Ini merupakan perisian yang dapat membantu anda menguruskan senarai nama pelanggan dan bakal pembeli anda. Saya pernah menggunakan autoresponder yang dipasangkan di pelayan web saya sendiri namun saya dapati ianya lebih mudah untuk menggunakan servis yang dikendalikan oleh mereka yang profesional. Jadi, saya amat syorkan anda menggunakan GetResponse atau Aweber. Elakkan penggunaan autoresponder yang percuma kerana jika anda ingin perniagaan anda berkembang pada masa akan datang, anda tidak ingin mengambil risiko masalah yang selalu berkaitan dengan servis autoresponder percuma.
Di dalam autoresponder ini, masukkan e-kursus yang anda tawarkan. Ianya merupakan siri mesej berkaitan e-kursus anda dalam format 5 atau 7 e-mel. Emel ini ditulis terlebih dahulu dan diprogramkan ke dalam autoresponder berbayar anda untuk menghantar mesej ini pada tempoh-tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, e-mel pertama akan dihantar sebaik sahaja bakal pembeli anda memasukkan nama dan emel mereka ke dalam borang langganan anda. Emel kedua dihantar 2 hari kemudian, dan begitulah seterusnya. Dan penghantaran emel ini sebenarnya berjalan secara automatik hasil daripada penggunaan autoresponder anda.
- Blog
Blog ialah satu laman web dinamik. Ianya selalu dikemaskini oleh penulisnya untuk memberitahu pembaca mengenai perkembangan semasa yang berkaitan dengan bisnes yang anda jalankan. Terdapat banyak perisian blog di internet tetapi saya sarankan anda menggunakan WordPress yang dipasang di pelayan web anda sendiri.
Kos keseluruhan infrastruktur ialah untuk autoresponder, nama domain dan webhosting.
Selepas anda menyediakan infrastruktur yang diterangkan di atas, anda sekarang sudah bersedia untuk ke langkah seterusnya – iaitu mempromosikan laman web “Borang Langganan” anda. Sila jangan keliru di sini kerana anda tidak cuba untuk mempromosikan sebarang laman web affiliate pada masa ini lagi.
Anda akan mempromosikan laman web “Borang Langganan” anda supaya anda boleh menambahkan seramai mungkin nama dan e-mel bakal pembeli anda ke dalam pengkalan data (database) autoresponder anda. Kebarangkalian anda untuk mendapat lebih banyak jualan meningkat apabila anda mempunyai senarai nama sasaran yang besar.
Sekali lagi saya tekankan – FOKUS kepada cara untuk mendapatkan seramai mungkin bakal pembeli anda ke dalam database autoresponder anda, dan berikut adalah cara-cara anda melakukannya.
- Pemasaran Melalui Forum
Terus-terang saya katakan yang saya bencikan forum SEKIRANYA forum yang saya sertai mempunyai ramai orang yang cuma berminat untuk mempromosikan produk mereka sahaja tanpa memberikan ilmu untuk dikongsi bersama. Jadi, sebelum anda lakukan SPAM di mana-mana forum, anda perlu ingat yang tujuan forum diwujudkan ialah untuk berkongsi ilmu dan maklumat supaya peserta forum boleh mendapat faedah sesama sendiri secara percuma.
Kalau hendak berforum, pasti ada caranya. Dan anda boleh lakukannya begini… di dalam bahagian keahlian forum yang anda sertai, ada disediakan kemudahan meletakkan ‘signature file’ yang membolehkan anda meletakkan link ke sebarang laman web. Gunakan bahagian ini untuk meletakkan link ke laman web ‘borang langganan’ anda.
Yang menariknya, untuk setiap paparan yang anda tulis di forum yang anda sertai, ‘signature file’ anda akan disertakan di akhir paparan tersebut. Inilah bahagian yang anda gunakan untuk promosi produk anda. Kadang-kadang ada juga disediakan ruangan beriklan di dalam forum yang anda sertai. Di sini juga anda boleh beriklan.
- Penulisan Artikel
Sekiranya anda mahir dengan sesuatu topik, tidak menjadi masalah untuk anda menulis sebarang artikel yang berkaitan dengan topik tersebut. Mula menulis sekarang dan berikan kebenaran untuk orang lain memaparkan artikel anda di laman web mereka.
Tapi sebelum itu, berikan syarat anda terlebih dahulu – iaitu bagi sesiapa yang ingin menggunakan artikel anda, mereka perlu meletakkan biografi ringkas mengenai anda di akhir artikel yang anda tulis tersebut dan tiada sebarang pindaan dilakukan ke atas artikel anda. Di dalam biografi ringkas inilah anda letakkan link ke laman web anda.
- Pemberian Laporan Percuma
Selepas menulis beberapa artikel, gabungkan artikel ini dan jadikan satu laporan ringkas yang anda benarkan orang lain menyebarkannya secara percuma. Pastikan anda meletakkan link ke laman web anda di dalam laporan percuma ini supaya sesiapa yang membacanya boleh melawati laman web anda dengan cuma klik ke link yang anda berikan.
Walaubagaimanapun, laporan percuma ini sepatutnya disimpan dalam format PDF supaya nampak lebih profesional. Sekiranya perlu, upah seseorang untuk mencipta “report cover” (kulit buku untuk laporan percuma) anda.
Ketiga-tiga kaedah promosi yang dinyatakan di atas adalah sebagai permulaan dan anda boleh juga mengaplikasikan lagi beberapa kaedah yang saya rasa tak kurang juga hebatnya di bawah:
- Meninggalkan komen di blog yang mempunyai ramai pembaca, dan jangan lupa meletakkan link ke laman web anda semasa berbuat demikian.
- Membeli ruang iklan di laman web orang lain seperti iklan pautan (link) atau banner.
- Joint venture atau berkongsi promosi untuk memasarkan laman web masing-masing. Sebagai contoh, anda boleh membuat ulasan mengenai laman web rakan anda di blog anda dan rakan anda boleh membuat ulasan di laman web beliau. Kemudian anda dan rakan anda hantarkan ulasan yang ditulis ini ke mailing list masing-masing. Dengan cara ini, saingan anda akan menjadi rakan kongsi anda untuk kebaikan bersama.
Selepas anda melakukan kaedah pemasaran yang saya nyatakan di atas secara besar-besaran, anda sepatutnya mempunyai ramai orang di dalam senarai nama di dalam sistem autoresponder anda.
Di sinilah bermulanya promosi produk affiliate anda.
Kemaskinikan blog perniagaan anda selalu dengan informasi yang menunjukkan anda adalah pakar di dalam bidang yang anda ceburi. Sekiranya produk yang anda pasarkan adalah berkaitan kereta lumba, pastikan anda berikan banyak informasi mengenai kereta lumba di blog anda.
Di masa yang sama, anda boleh gunakan fungsi ‘broadcast’ (iaitu menghantar email kepada semua orang yang berada di dalam mailing list anda secara serentak) untuk memberitahu yang anda telahpun mengemaskini blog anda. Dari sinilah anda mula mempromosikan produk affiliate anda. Bagi contoh kereta lumba yang kita bincangkan di sini, anda bolehlah mempromosikan produk affiliate seperti replika kereta lumba dan poster pemandu kereta lumba.
Jangan lupa meletakkan pautan (link) ke produk affiliate di blog anda juga dan cuba gunakan fungsi ‘broadcast’ di dalam autoresponder anda untuk mengajak orang datang ke blog anda.
Dengan menggunakan kaedah ini, anda akan sentiasa mempunyai pasaran yang tepat untuk mempromosikan produk affiliate anda. Sekiranya anda perlukan wang tunai, dan jika dilakukan dengan betul, satu email ke mailing list anda sahaja sudahpun cukup untuk mendapatkannya.
Akhir sekali, saya ingin nyatakan yang kaedah ini cuma salah satu cara yang berkesan untuk mempromosikan produk affiliate. Ini juga merupakan salah satu cara saya melakukannya untuk mempromosikan laman web www.ZamriNanyan.com saya. Apabila anda sudah mahir, cuba perbaiki di mana kelemahan anda dan cuba cari pelbagai lagi kaedah yang dapat menambahkan ‘pengikut’ anda ke dalam autoresponder anda.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.PerniagaanInternet.ws/r/admin dan http://www.PakarAffiliate.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Terima kasih atas panduan Sdr. Panduan ini telah memberikan nilai tambah yang berguna kepada saya yang baru belajar. Semoga Allah memberkati Sdr sekeluarga
Assalamualaikum,
Semuga saudara sekeluarga sihat sahaja. Terima kasih di ucapkan diatas segala pelajaran yang telah saudara berikan tanpa mengenal jemu walaupun tanpa sebarang komen dari saya. Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak bermula,tapi sebuah e book telah saya siapkan.
Salam, memang tidak dinafikan peranan autoresponder, sistem affiliate dan blog memang penting dalam perniagaan internet
Strategi yang saudara berikan nampak praktikal.
Sy harap saudara dpt terus mencurahkan ilmu kepada semua.
Ia amat bermakna terutamanya kpd newbie.
Sy akan terus menyokong usaha murni saudara zamri:p
Wassalam
Assalammualaikum
Saya bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh sdr zamri.Walaupun kita mempunyai produk sendiri; program affiliate sememangnya membantu.Dari pemerhatian saya , ramai yang tidak berapa suka menjalankan program affialate yg tiada kena mengena dengan produk mereka;kalau ada pun yg tidak memberi tamparan kpd produk sendiri.Walaubagaimanapun sehingga kini saya masih mempamirkan banner affialate Online profit Made Simple drp Sdr Zamri.Produk saya memang tiada kaitan lansung dengan produk sdr Zamri.
Antara Sebabnya:-
“Internet Marketeer” mengakui produk bermutu yg dikeluarkan oleh Zamri (yg hanya boleh didapati melalui internet )-Saya ingin juga memberi kepastian yg sama kpd pelajar mengenai produk saya
memang betul tu zamri…
mail list lah senjata yang paling berkuasa di internet marketing…
traffic dan promosi. Ini 2 benda penting untuk pemasaran produk affiliate.
dalam process implementasi… thanks bro! semoga sihat sekalian
bro, memang idea ini sangat baik..saya juga sedang menjana income dengan pakej PLR DAN MRR , kita jual kembali pakej yang kita beli…
bagaimana pula dengan strategi penggunaan feedburner. bleh terangkan sikit bagaimana nak manfaatkan feedburner dengan jayanya selain mempelawa untuk sign-up dan sign-up?? hehhehe… soalan yang sudah ada jawapan…
tau takper… hohohooooooooo
ada tak script autoreponder yang free
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Saya memang tak syorkan yg percuma. Kalau nak juga, saya cuma rekomen freeautobot.com
sebenarnya saya sedang mencari manakah sistem yg benar2 berjaya.banyak affiliate yg saya dah masuk tp tak de mendatangkan hasil lagi….banyak juga program yg saya dah beli…tp kebanyakanya mengajar macam tak habis..ilmu yg diturunkan tak sempurna……bagi org yg buta IT mcm saya ni memang susah lah nak faham kalau penerangan tak complete..apakah jaminan saudara kiranya saya membeli pakej saudara bahawa saya boleh berjaya…saya tidak mempunyai banyak email address atau data base…terima kasih lah kalau sudi membantu yek….
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Realiti – tiada sesuatu produk pun yang akan sempurna untuk semua orang. Bagi sesetengah orang, produk X sudah lengkap, tetapi tidak bagi orang lain. Kalau nak diikutkan, artikel ini merupakan artikel yang paling bermakna buat saya untuk berjaya tetapi tak semestinya semua orang boleh nampak perkara ini.
Jaminan “beli produk saya untuk berjaya”? Mungkin ya… mungkin tidak… bergantung kepada tahap mana anda aplikasikan ilmu yang diberikan.
Berhenti cari produk yang betul-betul lengkap… belajar dari banyak ebook/produk yang menguatkan lagi ilmu anda sebelum anda mula mendapat kejayaan.
Shortcut untuk belajar – pergi seminar yang memberikan bimbingan penuh selepas seminar.
Assalamualaikum…
Saya selalu terima email dari saudara Zamri Nayan…ternyata
ilmu yang diberikan amat berguna…terima kasih dengan tunjuk ajarnya.Teruskan…
mail list juga boleh menjadi senjata yang paling berkuasa di internet marketing. tapi kadang kadang mail list juga boleh disalah gunakan oleh orang orang yang tidak bertanggunjawap sehnigga saya selalu terima email lebih 10 kali, satu hari dari orang yang sama. saya rasa ini tidak baguh untuk internet marketing keseluruhannya kerana apabila email banyak di inbox dia akan delete sahaja termasuk email kita.
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Jika anda mendapat 10 email yang sama daripada seseorang internet marketer pada masa yang sama, besar kemungkinan anda berada dalam 10 mailing list beliau. Selalunya internet marketer mempunyai beberapa mailing list yang berbeza. Salah satu caranya ialah anda boleh unsubscribe 9 lagi mailing list beliau untuk mendapatkan cuma 1 email pada satu-satu masa… tapi anda juga perlu pastikan yang anda tidak tersilap unsubscribe (sebagai contoh… unsubscribe ‘customer only’ mailing list)
assalamualaikum bro zamri..
setiap hari sya membaca artikel2 yg di tulis oleh bro zamri yg d hantar ke laman web saya…
sebenarnya saya amat berminat dalam perniagaan internet ni..
dengan adanya artikel2 yg di tulis oleh bro zamri..
sekurang2nya saya mendapat ilmu yang amat berguna..apalagi sebenarnya sya bukan lah seorang yg mahir guna komputer,,tak pernah belajar pun..
tapi insyaAllah sya akan mencari2 peluang untuk belajar komputer ni
dan berazam satu ari nanti saya dapat memulakan perniagaan internet ni..
akhir sekali TQ bro sebab adakan tulisan dan artikel2 yang amat berguna..
Bagaimana dengan leads yang dapat secara percuma?Contohnya dari freeleads.net. Berkesankah digunakan? Bagaimana untuk mengelak dianggap sebagai spammer?
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Saya tak pernah guna servis ini. Leads yang paling baik ialah leads yang anda kumpul sendiri.
Assalamualaikum sdr Zamri.
Adakah penggunaan autoresponder PERCUMA memberi hasil yang sama dengan yang berbayar?.Perbezaan yang ketara yg saya nampak adalah melalui PERCUMA,iklan disertakan dalam emel auto yang dihantar tetapi senarai nama untuk ‘borang langganan’yang dibina masih di perolehi.Mungkin para ‘newbie’ boleh cuba dahulu kot penggunaan autoresponder PERCUMA. Apa pendapat sdr Zamri tentang ini.
TQ
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Banyak kekurangan autoresponder PERCUMA. Jika anda BENAR-BENAR nak jalankan perniagaan internet berdasarkan model bisnes saya, memang saya tak syorkan autoresponder percuma. Yang percuma tu cuma baik untuk testing saja. Terpulang kepada anda untuk mentafsirkan jawapan saya di sini.
ps. Pernahkah anda lihat usahawan internet yang berjaya gunakan autoresponder percuma? Kalau ya, anda boleh bertanyakan soalan yang sama kepada mereka – mungkin mereka mempunyai pendapat tersendiri.
Mmacam-macam dah nampak arah tuju tapi masih belum pasti macamna nak mula apply saranan2 yang disampaikan. Buat permulaan saya kena menyediakan tapak seperti di mana bayaran yang akan diterima itu di salurkan dan macamna nak keluarkan. sebanyak sedikit dah mulai faham tapi masih merangkak untuk memulakan langkah.Insyaallah dengan tunjuk ajar dari beberapa laman lain yang berkenaan saya akan mula berinteraksi sedikit masa lagi. Terima kasih Zamri.
Assalamualaikum….
Terima kasih kepada saudara Zamri yang memberi idea bernas dan pandangan membina dalam mempromosikan perniagaan internet yang sedang giat berkembang masakini.
Wassalam
salam sejahtera.
ingin bertanya tentang GetResponse. Sekiranya kita membina 5 jenis mailing list (kira 5 produk kita), adakah kita perlu beli/subscribe 5 kali kepada GetResponse.
satu lagi ada tak autoresponder berbayar yang mengenakan bayaran sekali seumur hidup disebalik membayar secara langganan 1 bulan/quarterly/yearly.
terima kasih.
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
1. Subscribe sekali sahaja untuk penggunaan autoresponder tanpa had.
2. Tak pernah pulak saya dengar melainkan yang memerlukan anda install kat website sendiri (yang saya tak sarankan) tapi sesetengah servis webhosting ada menawarkan ‘unlimited’ autoresponder. Jadi… subscribe webhost, dapat guna autoresponder percuma.
Menarik. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Saya baru terbaca dalam satu blog mengenai bagaimana seorang blogger dapat mail list 1000 orang dalam 2 bulan.Tapi tak dinyatakan caranya. Ini satu ilmu yang berguna.
Tips yang agak lengkap,tq.saya post di blog saya:
http://mentorjutawan.co.cc/blog/tips-affiliate/tips-pemasaran-produk-affiliate.html
1)Bagaimana nak bina borang opt-in utk dimasukkan ke dalam web jualan?
Kebanyakan sistem autoresponder memberikan anda langkah demi langkah untuk membina borang opt-in ini. Dapatkan autoresponder dulu kemudian semak di laman web mereka. Kalau tak jumpa juga, boleh tanya support.
Memang ada cara manual untuk membina borang ini tetapi kalau nak lebih mudah, ikut arahan yang saya berikan di atas.
Assalamualaikum Sdr Zamri Nanyan..
Saya salah seorang dari follower saudara. Banyak info dan video yang saudara postkan kat internet telah saya baca dan lihat. Apa yang saya boleh katakan Sdr Zamri memang pakar dalam cara menjana pendapatan melalui internet ni.. Banyak trick dan panduan berguna yang telah saya perolehi. Terima Kasih banyak-banyak kerana tak lokek dengan ilmu yang sdr ada. Kadang-kadang terfikir juga… Kat mana sdr Zamri dapat ilmu ni ek? I’m wondering someday saya pun nak jadi sehebat sdr Zamri
Saya pun masih baru dalam internet marketing ni. Banyak yang perlu dipelajari dan diaplikasikan untuk berjaya.. dan ia memerlukan kesungguhan dan kesabaran. Saya dah cuba PPC Adwords, Article Marketing, Blog Marketing, Viral Marketing dan banyak lagi tetapi masih kurang berjaya.. traffic masih kurang untuk mendapatkan sebarang sale.. so setelah kesemua yang saya lakukan nampaknya tidak membuahkan hasil saya mula bertanya what’s going wrong? Saya sedaya upaya mengapilikasikan teknik2 pemasaran seperti yang diterangkan step-by-step tapi masih tidak berjaya..
Jadi dikesempatan ini saya ingin sekali bertanya kepada sdr Zamri.
1. Apakah strategi permasaran yang pertama sekali harus dimulakan adakah Article Marketing dahulu atau Blog Marketing dahulu? mana satu yang saya perlu fokus terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan kepada strategi lain?
2. Apakah strategi pemasaran yang terbaik untuk program affiliate antarabangsa? Saya dapati niche market antarabangsa amat sukar untuk ditembusi kalau tak cukup ilmu dan strategi pemasaran.
3. Secara peribadi, apakah cadangan sdr cara terbaik untuk mendapatkan traffic yang convert to sales dan bukan traffic yang hanya untuk mendapat maklumat tetapi tiada kecenderungan untuk membuat pembelian?
Saya harap soalan saya ni tak terlalu berat… saya ingin sekali mendapat panduan dan nasihat daripada sdr Zamri tentang perkara ini.
Wa’alaikumsalam…
Percaya atau tidak, soalan anda semuanya telah terjawab melalui paparan blog ini.
Ya, strategi yang saya dedahkan di dalam artikel yang saya muatkan ini nampak mudah dan ringkas tetapi itulah hakikatnya.
Ramai orang fikir bahawa perkara yang complicated perlu dilakukan untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan tetapi sebenarny… yang asas itu lebih penting.
Ikut arahan yang saya berikan di atas… praktis… dan Insya Allah anda akan berjaya.
Zamri
ps. membina bisnes internet adalah lain daripada menjana wang di internet.
Salam Bro Zamri
Ya pengkongsian yang patut kita semua ambil dan praktikan segala ilmu untuk menjadi affiliate berjaya. Semua teknik itu merupakan teknik yang di gunakan oleh saudara Zamri sendiri dan kita patut mengambil peluang ini untuk memajukan diri kita.
Ramai orang masih kurang mahir dengan cara di atas tetapi dengan sabar dan berusaha insyallah kita juga boleh menjadi seperti saudara Zamri.
Ada segelintir program Affilate yang kita sertai ini kita tidak pasti pengunjung klik atau beli produk setelah kita bertungkus-lumus mengadakan promosi di internet/cyber. Kecuali Penganjur Affilate sajalah tahu dan bagaimana mereka memanipulasikannya sebagai player utama…????
salam..3 teknik yang diberikan tu memang betol2 berkesan…aku sendiri pun dah mula mempraktikkannya…walaupun hanya mengunakan autoresponder percuma untuk permulaan je dulu…thank bro
Terima kasih Sdr. saya banyak dapat info mengenai program affiliate drp Sdr, Namun saya masih lagi tidak berani utk memulakan. Lagipun kurang kemampuan dari segi kewangan. Tanggungan masih banyak…anak2 masih bersekolah…kena hati2 dengan perbelanjaan, maaf.
Salam En. Zamri
Terima kasih atas segala penerangan. saya rasa ilmu2 yang saudara tulis memang amat2 bermanfaat bagi newbie macam saya..TQ
salam …
ada x niat utk buka kelas cam ner nak wat busines internet terutama utk org2 br mcm saya yg memang x reti apa2 pun lagi … krn dah byk ebook yg kami beli tp susah utk kami fahami … kelas yg bkn seminar , mungkin mcm kursus 1 minggu cam tu …
Assalammualaikum En Zamrin
Harap saudara zamrin sihat sejahtera.!
Terima Kasih diatas ilmu yang mengenai program affiliate ini. Saya antara follow Saudara Zamrin dan Saudara Gobalakrishnan. Saya masih baru mengenai perniagaan internet, jadi ilmu yang diberikan oleh saudara amat saya hargai.
Minat untuk belajar mengenai cara-cara & strategi yang berkesan bagi memasarkan pruduk-produk yang berkualiti..
Walaupun sehebat mana prudok yang dipasarkan kalau tiada strategi yang berkesan belum tentu ada pasaran. Saya tahu pada masa sekarang beribu-ribu pakar affiite, belum masuk Malaysia lagi.. Itu tidak menjadi halangan , cume minat saya tentang INTERNET MARKETING.
Ya penerangan En Zamrin diatas memang sesuatu yang ringkas tapi memberi maklumat bagaimana menghasilkan laman web yang baik, isyallah saya akan mempratikkan cara diatas dengan usaha sendiri..
Terima kasih atas nasihat Saudara Zamrin.
sekian
Tahniah dan terima kasih! Perkongsian yang meletop, ringkas dan padat dengan point penting untuk memulakan bisnes internet cara Bro Zamri
salam.saye dh tengok kat aweber,pembayarannye melalui credit card tp saye xde kredit card…ade x autoresponder yang menerima bayaran cara lain???
Salam En.Zamri,
Memang betul apa yg you cakap,nampak senang bisnes online ni,tapi dah puas saya buat promosi tak dapat2 ,kalau ada kursus lagi baik.Baca ebook dan cuba praktik pun tak jadi2.
Terima kasih.
Salam,
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami semua yang masih mentah dalam perniagaan internet ini.
salam en zamrin,
terima kasih atas segala tunjuk ajar dan email en zamrin yang tak putus2 saya terima. Rasanya setiap hari saya membaca email drpd en zamrin dan saya akan sentiasa terus membacanya. Bukan tidak berminat untuk mencuba cuma belum bersedia lagi dari segi kewangan. Lagipun tak pandai sangat IT ni.
InsyaAllah saya akan praktikkan suatu hari nanti
Salam sdr Zamri,
Terima kasih diatas email2 yg sdr hantar,byk benda baru yg saya pelajari,oleh kerana sy ni blh d katakan buta IT dan terlalu baru dgn computer jd byk benda sy susah nak faham
Dengan ini sy setuju dgn cadangan sdr dw Saleh supaya d ada kan 1 kursus,1 hari ke 2 hari sy rasa sudah memadai
Anggaplah tunjuk ajar ini sebagai satu ibadah dari sdr zamri,semoga sdr dan keluarga d berkati..AMIN.
Saya ucapkan terima kasih pada saudara di atas apa jua tunjuk ajar yang diberikan oleh saudara kepada saya, sekali lagi terima kasih
Salam,
Saya selalu terima email dari saudara Zamri, ternyata
ilmu yang diberikan amat berguna.
Terima kasih juga kepada saudara Zamri yang memberi idea bernas dan pandangan yang membina dalam mempromosikan perniagaan affiliate. Saya akan cuba mempratikkanya. Teruskan.
Wassalam
Sdr Zamri,
Thanks for you emails.. saya cuma nak tanya satu soalan saja. Hosting company mana yang reliable dan murah?
saya dah beli pakar dengan harga rm200.00 minggu lepas tapi tidak boleh down load.Bila download asyik error.Saya telah buat seperti yang di tunjukan. Apa kah nasihat tuan.
dari
arpah
@ matyo – dapatkan kad debit. rujuk http://perniagaaninternet.ws/r/admin/maybank untuk guna Visa Maybank debit card
@ Zuha – bergantung kepada apa yang nak jugak. Tak semestinya murah tu baik. Saya guna HostGator, GVO, GDI etc… lebih daripada satu hosting
@ Arpah – semak email anda dalam “bulk folder”. Saya dah hantar email sebelum ni. Dan lagi, semua video yang saya hasilkan sekarang sudah boleh ditonton di laman web dan anda tak perlu muatturun jika ini pilihan anda.
pertama kali saya merujuk pnulisan en zamri…….banyak ilmu yang saya pelajari kerana saya juga merupakan ushawan muda yang baru bertatih dalam perniagaan..
namun apa yang bermain difikiran saya apakah yang sepatutnya ada pada seorang ushawan agar pelanggan cepat mesra dan mengenali perniagaannya…..& about strategy for market the product
Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih bebanyak
kepada zamri nanyan..kerana beri tip untuk buat pemasaran
program affiliate ni yang amat bernilai bagi saya…susah tau kawan – kawan nak dapatkan ilmu daripada orang pakar ni…tambah – tambah percuma lak tu….
saya takkan putus asa selagi tidak berjaya……cayooooooookkk
Saya berminat nak expand bisens bekam saya, b’mana ye?
Pls advice.
TQ
minat nak jadi affiliate agent…