SYUKUR nyawa tak melayang, SEDIH Proton Wira tiada lagi…
Pada hujung tahun 2008, saya telah membeli sebuah kereta Proton Wira untuk ayah dan emak saya. Anda boleh baca rentetan cerita bagaimana saya boleh beli kereta ini di dalam salah satu blogpost saya di:
http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/proton-wira-coklat-us274225-dan-the-secret/
Walaubagaimanapun, kereta ini cuma tinggal sejarah sekarang.
Hujung minggu lepas, adik saya memandu kereta tersebut untuk ke bandar. Emak dan ayah saya menumpang sekali.
Di salah satu selekoh menuruni bukit, kereta yang dipandu tiba-tiba perlahan-lahan mula berhenti. Ayah dan adik saya tak sedar lagi, tapi emak saya sudah terhidu bau asap.
Bila emak saya melihat di ruang “air-cond”, terlihat api sudah menyala di dalam enjin.
Emak saya menjerit menyuruh ayah dan adik saya keluar kereta secepat mungkin. Tanpa berlengah lagi, ketiga-tiga mereka meninggalkan apa sahaja yang ada di dalam kereta tersebut dan berlari sejauh mungkin (takut terbakar dan meletup).
Kereta tersebut rentung tapi saya bersyukur yang kesemua ahli keluarga saya selamat.
Emak saya masih lagi terkejut bila menelefon saya untuk memberitahu perkara ini. Kata emak, adik saya takut untuk telefon dan beritahu saya berita ini kerana beliau banyak buat modifikasi ke atas kereta ini.
Kata saya, semua perkara tu telah terjadi. Kereta boleh diganti, nyawa lebih penting. Syukur semua ahli keluarga saya selamat.
Ini juga pengajaran kepada anda yang mungkin selalu modify kereta, dan ini juga pengajaran yang boleh kita ambil di dalam bisnes pemasaran di internet.
Sekiranya sesuatu perkara (seperti pemasaran contohnya) sudahpun berjalan lancar dan menghasilkan pulangan yang lumayan buat anda, cuba jangan mengubahnya untuk menjadi sesuatu yang berlainan, kecualilah anda memang sudah pakar di dalam bidang tersebut.
Kalau kaedah pemasaran yang anda gunakan itu berkesan, terus gunakannya sehingga ianya tidak berkesan lagi. Kemudian barulah fikirkan bagaimana untuk menjadikannya lebih baik, dengan ilmu dan kepakaran sendiri atau orang lain.
Diharapkan berita ini menjadi pengajaran kepada kita semua, di dalam kehidupan ataupun sebagai panduan di dalam bisnes kita.
Minggu depan saya akan pulang ke kampung untuk melihat emak dan ayah saya. Semoga mereka bersabar dengan ujian ini.
ikhlas,
Zamri Nanyan
PS. dalam topik berlainan, salah satu cara untuk anda automasikan kerja pemasaran anda di Facebook ialah dengan menggunakan Robot FB. Jangan sampai anda buang masa tanpa faedah dengan Facebook tanpa sebarang hasil.
http://robotfb.jomniaga.com/go/special
http://robotfb.jomniaga.com/go/special
Siapa yang ada banyak akaun tu (profile atau fanpage), amat digalakkan menggunakan robot ini.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Apa pandangan saudara mengenai cara yg yg pesaing kita guna, perlukah kita tiru dgn segera atau tunggu?