Takde Produk, Takpe… Masih Dapat RM4329.60
Memperolehi pendapatan di internet bukan sahaja melalui jualan produk sendiri.
Malah anda boleh jual produk orang lain untuk mendapat komisyen.
Atau tidak perlu menjual langsung – hanya promosikan laman web orang lain dan mendapat bayaran melalui pengiklanan.
Segalanya berkemungkinan.
Cuma anda yang tentukan caranya.
Selebihnya anda perlu lakukannya secara berterusan kerana wang pertama yang akan anda perolehi mungkin akan datang lambat.
TETAPI… pendapatan seterusnya akan menjadi lebih mudah untuk anda perolehi.
Dan jumlahnya makin menjadi BESAR.
Baiklah, dalam paparan kali ini saya akan beritahu salah satu cara memperolehi pendapatan dengan “benda” yang PERCUMA sahaja di internet.
Ini yang anda perlukan.
1. Akaun Youtube
2. Akaun ClickBank atau Commission Junction
3. Kerajinan anda
Caranya…
1. Download video yang anda boleh dapati di Youtube dan upload kembali ke dalam akaun Youtube anda.
2. Masukkan link affiliate ClickBank atau Commission Junction anda ke dalam kotak “description” untuk video anda dan juga di bahagian “Annotations”.
3. Ulang langkah 1 dan 2 di atas setiap hari – 10 video sehari.
Itu sahaja.
Dengan cara inilah Pn Lisa Hilmi mendapat RM4329.60 dalam masa 72 jam, Asmawati (juga subscriber saya) mendapat US$487.72 untuk cek pertama Clickbank beliau.
Dan pastinya angka pendapatan mereka ini akan bertambah dari masa ke semasa kerana faktor viral di Youtube.
Menarik bukan?
Memperolehi pendapatan “residual” dan berterusan dengan sendirinya… dan akan bertambah dari masa ke semasa.
Paparan ini mungkin tidak dapat menerangkan keseluruhan cara aplikasi strategi ini dengan lengkap tetapi saya syorkan anda dapatkan Pakej Video Pn Lisa Hilmi untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Klik di bawah untuk mendapatkannya:
http://tinyurl.com/pakej-video-youtube
Ya, saya pun sudah mendapatkan pakej ini dan menyuruh “partner” saya mencubanya.
Jika hendak disimpulkan dalam 3 patah perkataan, saya boleh katakan strategi ini…
Mudah
Murah (sebenarnya PERCUMA)
Menguntungkan
Sesuai untuk mereka yang ingin mencuba Youtube Marketing.
ikhlas,
Zamri Nanyan
ps. ingat bahawa cara yang diajarkan di dalam pakej ini telah menghasilkan cek pertama kepada Asmawati… anda pulak?
http://tinyurl.com/pakej-video-youtube

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Wow menarik jugak teknik ni.
Saya dah cuba teknik youtube tapi hasilnya masih tak seberapa. Dan saya masih tidak berputus asa untuk mencuba lagi teknik ini kerana ia mempunyai faktor viral.
Salam. Kawan saya ada beli ebook rahsia perniagaan digital tetapi masih belum dapat ebook tersebut. Beliau xsabar nak menggunakannya. Harap beri penjelasan.
http://www.jutawansenyap12.blogspot.com
Salam,
Khadijah, boleh saya tahu nama dan email kawan anda tersebut… dan kalau boleh hubungi saya dengan menggunakan borang di http://zamrinanyan.com/success/contact
Jika beliau membuat pembelian melalui reseller saya, sila beritahu laman web di mana beliau membuat pesanan.
Zamri
memang teknik dalam pakej video ni mudah nak di praktikkan, dan yang penting.. ia adalah FREE. Tapi kena banyak bersabar.. tumpukan pada perlaksanaan.. nanti hasilnya akan datang jua.
p/s: Tak sangka nama saya pun disebut oleh En.Zamri.
Asmawati… tahniah saya ucapkan.
Saya sebut nama anda untuk menaikkan lagi semangat mereka yang ingin mendapatkan pendapatan di internet ni. Harap2 tak marah la ye…
Kalau usaha berterusan, Insya Allah, hasilnya akan datang juga.
Betul tak?
So, kepada semua… teruskan usaha dan jangan berputus asa, dan jangan hiraukan kata-kata negatif daripada sesiapa pun (termasuk diri anda sendiri).
salam,
nak tanye link affiliate ClickBank tu yang mana satu @ nak ambil yang mana ? dekat acc home,acc setting bhgn site @ lain?
[quote]salam,
nak tanye link affiliate ClickBank tu yang mana satu @ nak ambil yang mana ? dekat acc home,acc setting bhgn site @ lain? [/quote]
waalaikumussalam
1.p http://www.clickbank.com
2. kt atas skali klik marketplace
3.dekat kiri pilih categories
4.pilih produk yg nk promote
5.klik promote
6.masukkan username password
promote link lebih kurang camni:
http://175441wb2dn7z1pd6ulnxj4qfl.hop.clickbank.net/?tid=MWK7F8RZ
Saya sgt ragu2 dgn cara yg diajarkan..download video org dan video copyrighted kemudian upload balik di chanel kita..nampak sgt UNETHICAL utk buat duit. Lepas tu kalau nak traffic kena carik video yg berdasarkan hiburan pulak tu..video2 mat salleh ni tahu2 lah byk yg melalaikan dan mengghairahkan..saya ragu2 dan tak galakkan sgt org buat duit dgn cara ni biarlah blh buat duit berjuta2 sekali pun. Mmg ada video selain hiburan macam video ttg teknologi terbaru ke, tapi masalahnya itu video org, boleh kah kita ambil. Mungkin saya kena contact Youtube utk dapat kepastian ttg ini. Kalau dibenarkan sekali pun traffic nya tak sebanyak video2 hiburan, jadi tak mungkin boleh dapat hasil seperti yg digembar gemburkan dalam sales page tu. Unless kite boleh cari dan upload video macam tu 100 sehari. Baik keje makan gaji je.
Saya minta refund sbb saya ragu2 dgn cara yg diajar tapi beliau berkeras taknak bagi membuatkan saya terpaksa buka dispute case di paypal. Saya tak sangka pulak produk tu akan ajar saya “curi” video org.
saya belum faham apa itu Commission Junction?tolong
saudara zambri,bolehkah autoresponder digunakan untuk blog?
Commission Junction
maaf perkataan Commission Junction yang bawah sekali adalah kesilapan.
Kpd lia&suami : Korang ni mcm bagus jer. Kalau korang baik sngt, duduk rumah dan jgn guna internet pun. Mcm la korang x download vidoe/lagu dr youtube atau pun lain2 website..ada ke korang minta permission dr owner dia ? tu pun curi juga tu. Guna internet ketika sdg bekerja pun kategori curi juga tu. Jarang kita dengar pencuri tunjuk kan barang yg di curi pd org ramai.
kpd saudara Ahmad: Weh internet tuh utk download video/movie saje ke..kampung betul la pemikiran sedara nih. Internet ni utk dapat informasi, apa hak anda utk melarang kami guna internet. Internet ni bapak anda punya ke? Dulu mmg kitorg mmg download tapi skrg stop..hah nak ckp apa? Tapi dulu download pun bukan lah guna benda2 copyright tu utk buat duit..kalau korang rasa korang buat benda halal & betul lantak korang ler. Sy cuma bg pendapat saya. Open la sket brader. Korang ada kat Msia mungkin selamat la sbb undang2 msia tak serius pasal benda2 copyright ni, tapi kat setengah negara lain termasuk negara yg kitorg diami skrg dah mula serius dan tangkap org yg dikesan download benda2 copyright ni dr youtube / p2p websites(bit comet dll). Byk lagi cara lain yg lebih ethical utk wat duit kat internet ni..Kitorg tak desperate la nak guna cara lisahelmi tuh. Folder2 Video yg dia bagi pun berterabur berulang2 tak tersusun , ada yg 2,3 minit je satu video mmg takde kualiti langsung, mmg hampeh. Selamat maju jaya la ye sedara.
p/s: sedara nih bukan agen lisahelmi/lisahelmi sendirik ye? heh
Kena hati2 juga dgn content, tgk aurat artis seksi2 tu dosa juga, dgr lirik2 yg melalaikan dosa juga, bila kita upload video camtu kita galakkan org lain tgk jugak video camtu..so berganda2 dosanya. Yg tukang ajar tu lagilah.. Kalau boleh cari video yg tak berkaitan dgn artis, bagus. Tapi kena usaha kuat lah..mostly video yg glamer mmg video berkaitan artis atau movie menggairahkan cam Twilight tuh..
Apa2 pun nasihat sy elakkan brg yg xde refund policy. Anda mmg tak blh refund dgn membeli produk dia. Bg sy Internet Markerter yg jual produk yg xde refund policy mmg tak professional, hanya tau nak kaut keuntungan shj. At least tulis besar2 kat bawah tu xde refund policy yg ditawarkan. Sy mmg jenis yg minta refund bila sy tak puas hati dgn apa yg saya bayar. Ada produk yg saya bayar yg harganya mencecah RM400, sy tak refund pun sbb saya mmg puas hati dgn produk org tu.
Lagi sbb saya tak puas hati ialah kualiti & susunan video Lisahelmi nih, blur dan berterabur. Kalau dah boleh buat beribu reban sebulan tu, takkan tak boleh nak invest sket beli software yg canggih utk buat video.
Saya tanya da kenapa chanel house5a1 dah takde skrg, dia tak jawab pun soklan saya, katanya sila rujuk chanel baru, membuatkan saya rasa puas hati, spt ada sesuatu yg disembunyikan.
Kpd anda yg syg & menyanjung tinggi LisaHelmi nih, mintak maaf lah, anggaplah ini sbg kritikan membina ye Pn Lisa & En Helmi. You cannot expect 100% of your buyers satisfied and love your product.
Kalau betul lah boleh duit sebyk rm4k dalam masa 3 hari, buat apa lah pembeli pakej youtube LH mcm saudari Asmawati sendiri ni still cari sumber pendapatan lain kat internet ni..fikir2kan lah..apa2 yg digembar2 kan dalam sales letter tu hanya utk tarik perhatian anda spy beli produk tu.
hehe…da mmg dasar perangai org melayu..bila nampak sket org melayu berjaya mula la ada suara2 sumbang..rasa2nya sdra.Zamri kita pun da masak ngan kerenah camni kan?? hehehe…
assalamualaikum bro zamri
nak tanya pendapat bro,teknik ni tak salah ke kalau ikutkan TOS youtube?
w’salam,
Kalau guna video yang ada copyrights, memang akan langgar TOS. Teknik tak salah tapi jika pemilihan video tidak dibuat dengan betul, tu yg salah.
macam mana nak kenal video yang ada copyright