Takut Keciciran Dan Peluang Pendapatan Besar
Takut Keciciran Dan Peluang Pendapatan Besar
oleh Zamri Nanyan
Salah satu taktik pemasaran yang dilakukan oleh usahawan internet ialah dengan memberikan gambaran kepada bakal pembeli bahawa produk mereka adalah terhad.
Sebagai contoh, ebook Pengurusan Kewangan dilancarkan pada awal bulan Mei. Pada awal pelancaran, penerbit ebook ini bercadang untuk melancarkan produk dan meneruskan jualan sehingga pada bulan Jun.
Malangnya disebabkan masalah tertentu, ebook ini terpaksa dihentikan jualan pada 31 Mei.
Jadi, sesiapa yang ingin membeli ebook ini perlu melakukan tindakan pantas sekiranya mereka tidak ingin lepaskan peluang untuk membeli.
Taktik ini amat efektif.
Bagaimana saya tahu?
Saya lihat hasil jualan ebook ini naik mendadak dan komisyen affiliate yang saya hasilkan mencecah RM1,000 hanya dengan satu email yang saya hantar kepada mailing list saya.
Jika taktik ini tidak diaplikasikan dan penerbit ebook ini menghentikan jualan secara mendadak disebabkan masalah yang dihadapi, saya pasti beliau tidak akan dapat menghasilkan jualan yang telah dicapai sekarang.
Jadi, anda dapat lihat di sini bahawa emosi memainkan peranan yang penting bagi pembeli untuk membuat keputusan.
Sekiranya mereka berminat untuk mendapatkan sesuatu produk, bakal pembeli ini mungkin akan menangguhkan sebentar hasrat mereka untuk membeli dan pergi ke laman web lain dahulu sebelum datang kembali untuk membuat keputusan samaada mereka akan membeli atau tidak.
Ini adalah tabiat manusia yang suka bertangguh.
Bukannya mereka tidak berminat dengan produk yang ditawarkan tetapi mereka akan mengambil masa untuk melakukannya.
Akhir sekali, ada kebarangkalian yang mereka akan lupa untuk datang semula dan membuat pembelian.
Oleh itu, sekiranya anda ingin menghapuskan isu “penangguhan pembelian” ini, masukkan elemen “takut keciciran” di dalam pemasaran anda.
Hadkan kuantiti jualan produk.
Hadkan masa jualan produk.
Hadkan harga diskaun produk.
dan sebagainya.
Selepas itu tekankan bahawa pembeli terpaksa buat keputusan segera untuk membeli produk anda.
Jika tidak, mereka akan kehilangan sesuatu yang mereka inginkan.
Cuma satu sahaja nasihat yang ingin saya berikan.
Sekiranya anda menawarkan elemen “takut keciciran” ini di dalam pemasaran anda, pastikan anda benar-benar melakukannya.
Pembeli anda juga bijak.
Dan mereka tidak mahu rasa ditipu sekiranya anda tidak menghormati janji anda yang mengatakan jualan produk anda adalah dihadkan.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








Taktik yang bagus diaplikasikan bagi pembelian dibuat jika produk itu dianggap bermanafaat kepada pembeli. Jangan setakat gimik sahaja, mesti bersikap jujur dalam perniagaan agar pembeli sentiasa menantikan jualan kita seterusnya.
Waahh..satu teknik yang betul2 berkesan. Masa saya buat bisnes offline pun mcm tu, bila kita bgtau customer yang barang tu akan dinaikkan harga dlm masa terdekat, kelam kabut diorang beli.. Mmg perlu memberi satu faktor penolak untuk seseuatu barangan tu
Satu tips yang menarik
Salam,
Apa khabar Zamri,
Apa yang awak buatus tu memang bagus, cara tu boleh di katakan juga gertak dengan memberi peluang yang terakhir.
Tapi kita juga kena sedar, kadang-kadang pembeli tak cukup
duit untuk membelinya kena juga memberi pertimbangan samaada
nak biarkan anak lapar atau membeli produk yang tah bila dapat menjana pendapatan. Lainlah pula bila dah beli ada kualiti dan dapat hasilnya, bukan hanya sekadar tengok lis yang mencurah-curah dalam dalam akaun awak.
Jika benar-benar diberi bimbingan lainlah pula…….
Sedangkan dapur sendiri pun belum berasap….nak direbus
bahannya ada….alat nak memasak tak ada. Fikir-fikirkan
lah………
Tipnya bagus jika difahami betul2. tetapi ianya boleh membebankan jika duit yg diperolehi tidak mencukupi sehingga dihujung bulan apa tah lagi utk membeli prodek sedangkan utk belanja yg lain pun susah.
saya tgk ada juga sesetengah newbie yg sengaja mengatakan produk mereka akan habis atau akan naik harga tetapi bila sampai masanya, produk tersebut masih dijual dan harga tidak dinaikkan. ini yang dikatakan tidak jujur namanya.
Adakah itu satu tip atau satu pemberitahuan? soal tip tak timbul tetapi kualiti dan maklumat dalam ebook tersebut lengkap dan berstruktur yang menjadi pilihan pembeli. Harga pun janganlah mengalahkan harga buku di MPH. Saya dah beli ebook tersebut (kemaruk bila d beritahu jualan akan tamat pada 31 may) dan baru baca 50% isi kandungan dan panduan yang diberi memang terang, bagus untuk orang melayu.
Salam Bro..
Satu info dan teknik yang bergaya yg mampu memukau si pelawat menjadi pembeli. Walaupun saya baru berjinak dlm internet online, namun saya percaya teknik yang betul dan kredibiliti IM amat memainkan peranan yg penting supaya boleh membantu diri dan produk dibeli oleh si hungry crowd. IM,penjual produk atau Affiliate adalah umpama mengajar itik yang pandai berenang namun dalam masa yang sama mereka akan membantu si itik di mana adanya air untuk minum dan berenang. TQ
Salam..
Saya bersetuju dengan taktik ini kerana saya pun dah banyak beli ebook melalui taktik sebegini..Namun kadang kala saya rasa kecewa ada juga produk yang dijual tidak menjanjikan apa-apa yang saya harapkan..Oleh itu, saya berharap kepada IM yang lebih senior dapat memberikan tunjuk ajar yang ikhlas kepada newbie seperti kami dalam menceburi bidang bisnes internet ini..TQ