Teruskan Usaha dan Jangan Berhenti

salesApakah sebab saya menunjukkan snapshot hasil jualan dan komisyen yang saya perolehi di sebelah?

Anda mungkin tertanya-tanya dan mungkin ada yang beranggapan yang saya cuba untuk menunjuk-nunjuk berapa banyak saya perolehi daripada bisnes internet.

Tidak!

Snapshot yang anda lihat di sebelah adalah benar dan tidak diubah dengan PhotoShop atau sebagainya (lagipun saya memang tak pandai sangat dengan PhotoShop) tetapi sebab utama saya menunjukkan snapshot ini adalah kerana ingin memberitahu sesuatu perkara.

Walaupun terdapat banyak lagi jualan yang saya tidak tunjukkan di sini tetapi perlu saya katakan yang keseluruhan hasil usaha ini bukanlah mudah pada permulaannya dan saya tidak melakukannya dalam masa yang singkat.

Secara tepat lagi, saya tidak mendapat walau satu jualan pun pada 3 bulan pertama saya memulakan perniagaan internet. Komisyen pertama yang saya dapat adalah kurang daripada $10 USD dan saya amat gembira apabila mengetahuinya. Selepas 3 bulan, saya tidak mendapat hasil secara konsisten. Sudah tentulah saya terus mendapat jualan tetapi ianya tidaklah berbaloi (pada ketika itu) dengan usaha yang saya curahkan.

TETAPI ADA SATU PERKARA YANG SAYA PELAJARI!

Kebanyakan orang yang mencuba bisnes internet tidak mempunyai minat di dalam bidang ini dan tidak mempunyai cukup kesabaran. Mereka ingin mendapat wang sebaik sahaja mereka menekan butang ‘ON’ di komputer mereka, tanpa mahu belajar cara yang betul dan mengasah minda supaya mempunyai berfikiran yang tepat untuk melakukan sebarang perniagaan.

Mereka berhenti separuh jalan dan menyatakan bisnes internet ’scam’ atau yang seumpama dengannya. Ada yang juga sudah jadi keliru dengan skim penipuan di Internet dan terperangkap dengannya. Jadi, saya TIDAK menjadikan diri saya seperti mereka. Saya tidak hanya cuba melakukan bisnes ini. Saya mahu melakukannya dan saya lakukannya.

Jika orang lain berhenti separuh jalan, saya teruskan belajar dan berusaha. Itulah sebabnya saya boleh menunjukkan snapshot di atas kepada anda.

Jika saya berhenti 4 tahun lalu, sudah pasti saya tidak dapat menunjukkan kepada anda senarai jualan dan komisyen yang saya perolehi ini.

Sekarang bayangkan bagaimana snapshot di atas akan berubah dalam masa 5 tahun lagi!

Inilah klu yang ingin saya sampaikan kepada anda pada hari ini.

  1. Belajar bagaimana membina bisnes internet.
  2. Pilih sesuatu topik yang anda suka.
  3. Selidik samaada topik tersebut boleh memberi pulangan lumayan sebagai bisnes.
  4. LAKUKANNYA dan JANGAN BERHENTI!

Sudah tentu item #2 di atas selalu diperdebatkan. Walaubagaimanapun itulah peraturan yang saya tetapkan diri saya sendiri.

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

anda betul 100%!
saya dah akui skrg ni yg saya terlalu nak cepat dpt untung!
padahal saya baru sahaja bermula…
baiklah hari ini saya berazam untuk belajar belajar belajar sambil berbisnes.
thnaks en. zamri!

Saudari Zamri,

Kadang kala saya pun rasa nak berhenti saja dari bisnes ini, tetapi saya fikirkan balik, lebih baik saya teruskan kerana saya dah separuh jalan. Tahu tak tahu, belakang kira. Apa yang penting sekali saya dah nekad nak belajar selok belok perniagaan ini dan itu juga saya nak belajar dengan lubih teliti.
ok…

Ricky Anthony

Leave a comment

(required)

(required)