“The Four Weeks To Freedom” – Soalan & Jawapan Perniagaan Internet (2)
Macam mana cuti hujung minggu anda?
Saya harap ianya baik.
Sementara berehat, saya ajak anda tonton video terbaru yang saya cipta untuk hadiah bonus The Four Weeks To Freedom – yang juga dikongsi bersama subscriber saya yang lain.
Video ini menjawab 5 soalan berkaitan perniagaan internet dan anda boleh tontonnya di bawah:
Sedikit maklumat tambahan untuk soalan pertama di dalam video ini – mungkin anda perlu menulis sedikit diskripsi mengenai produk yang anda ingin jual di ebay.com tetapi ianya bukanlah seperti anda menulis surat jualan di TheFourWeeksToFreedom.com atau RahsiaMLM.comOK, setakat ini sahaja untuk kali ini dan jangan lupa tinggalkan komen anda selepas anda menonton video percuma yang saya sediakan ini.ikhlas,
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









wak,video yang hebat dan saya merupakan pembeli tfw4f….wah…hebat
Assalamualaikum,
Saya rasa ini yang sangat diperlukan oleh mereka di luar sana yang berminat dengan bisnes internet tetapi ada banyak persoalan, syabas saya ucapkan atas sikap saudara Zamri yang tetap menjawab dengan profesional walaupun kebanyakan soalan boleh dikategori sebagai soalan berulang atau terlalu umum/asas.
Saya juga ada soalan iaitu, bolehkah saya menggunakan blog utk menggantikan minisite jika saya hendak menjual satu jenis produk sahaja? Dan bolehkah blog menjadi seperti website ecommerce/kedai online di mana segala jenis produk boleh dijual setiap kali saya membuat posting?
Harap dapat jawapan saudara Zamri.
saya tak tahu mcm mana nak mulakan bisnes ni boleh tolong tunjukkan caranya saya sgt berminat nak mendalami bisnes internet ni, saya tergolong dalam golongan buta IT
terima kasih saudara zamri nanyan..
saudara banyak membantu saya dalam arena IM ini.
Terima kasih saudara Zamri, kerana banyak memberi tunjuk ajar serta panduan dalam IM terutama merekrut MLM
terima kasih kerana memberikan maklumat dalam bentuk faq. bg saya cara ni lebih berkesan dalam memberi informasi kerana ianya bertumpu kepada jawapan soalan tersebut.
jadi kepada orang mencari jawapan mudah merujuk kepada soalan saja tanpa merujuk kepada semua artikel.
tahniah dan terima kasih sekali lagi.
Terima kasih di atas tutorial ini, menarik dan bolehlah saya gunakan untuk panduan perniagaan internet nanti.
Saya tertarik dengan perniagaan digital. Sebenarnya perniagaan digital ini, apakah cara yang paling berkesan untuk memajukan perniagaan ini melalui internet?.
Walau bagaimana pun terima kasih diatas video ini.
Terima kasih bro.. Banyak info berguna utk saya
bagus…saya puji rakyat malaysia mampu melakukan seperti rakyat asing
Salam sejahtera Encik Zamri, lama tertangguh nak comment lam page ni, terlebih dahulu tahniah kerana dengan pendedahan yang encik berikan. Saya juga salah satu IM sejak tahun 2005..banyak pengalaman pahit n manis dalam menempuh perniagaan secara internet ini..tapi kita juga tidak boleh lupa juga perniagaan secara pos..yerla boleh dikatakan masih ramai rakyat malaysia disana yang masih jumud n takut dengan internet..(kenapa saya pom tak tahu hehehe) so harap encik boleh kaitkan juga perniagaan internet dgn perniagaan tradisional (pos)..
terima kasih..
knp sy tak boleh bukak video tu yer
tahniah kepada saudara zamri,atas tunjuk ajar yang di beri
serta panduan IM khususnya MLM.anda adalah antara mentor
IM di malaysia yang di segani.tahnih sekali lagi buat anda.
Assalamualaikum,
Terima kasih atas video yang diberikan. Banyak ilmu yang saya belajar dari blog ni. Alhamdulillah…
ala..tak sempat tgk.. error “this video has been removed from metacafe”
video yg zamri beri x dpt dibuka knape?tlg mcm mne ni?
Mohon maaf kepada yang tak sempat nak tonton video yang saya sediakan sebab metacafe dah remove video ni sebab ianya panjang melebihi 10 minit.
Saya telah melakukan suntingan terhadap video ini dan upload semula ke metacafe. Selepas ianya mendapat approval, saya akan paparkannya semula di sini.
Zamri Nanyan
ASSALAMUALAIKUM..SAUDARA ZAMBRI BOLEH TAK SAYA MENGGUNAKAN WEB SAYA NI DENGAN MENGUBAH SEDIKIT TENTANG DIRI SAYA TAPI 90% ADALAH TULISAN DARI SAUDARA OK KE
MAAF KESILAPAN SIKIT..MAKSUD WEB SAUDARA SAYA OLAH SEDIKIT SPERTI GAMBAR
@ bashah, saya kurang faham dengan apa yang anda maksudkan. Laman web yang mana satu yang anda tulis?