Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”
Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”
oleh Zamri Nanyan
Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.
Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.
Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.
Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.
Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.
Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.
Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.
Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?
Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.
Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://TheFourWeeksToFreedom.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “The Four Weeks To Freedom” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










betul,saya setuju dgn zamri.kalau semua jd businessman sapa nk jd angkut sampah?sebenarnya semua kejadian Allah s.w.t sudah tentukan,cuma manusia digalakkan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai tingkat yg lebih tinggi.Manusia yg kuat lebih disukai Allah s.w.t berbanding manusia yg lemah.sama2 lah kita berusaha.yg penting ialah berusaha,berdoa dan seterusnya bertawakkallah kpd Allah s.w.t
Saya bersetuju dengan Zamri.Dulu pun saya pernah bekerja 9-5 dan saya dapat rasakan perasaan “mereka”.Bila melihat orang yang pakai kereta mewah..mesti orang seperti “mereka” akan berkata..oh..dia mesti buat bisnes sebab tu boleh pakai kereta besar.”Mereka” juga mempunyai impian dan sepatutnya orang seperti “mereka” tidak dipandang sebelah mata.Kita sepatutnya memberikan mereka panduan dan tanpa orang seperti “mereka” apalah gunanya produk “make money online”.Sebenarnya,kita semua diibaratkan seperti our dengan tebing…memerlukan antara satu sama lain.
Kerja dari pukul 9 sehingga 5 sebenarnya tidak menjadi masalah. Kita ambil contoh kerja kerajaan, ada di antara IM yang bekerja 9 sehingga 5 dan menjadikan IM sebagai separuh masa, mereka dapat juga pendapatan lumayan.
Ini semua bergantung kepada perancangan kita.
Bagi saya, sekiranya anda bekerja 9 sehingga 5 teruskan selagi mampu. Sambil-sambil tu rebutlah peluang di internet ini. Bila mana anda telah pun bersara, sekurang-kurangnya inilah backup anda selepas itu.
Saya juga menyampah kepada orang yang mempersendakan orang makan gaji , atau terus berkerja 9 – 5 . Dulu saya juga berkerja tetapi buat bisnes part time , tambahkan pendapatan sampingan . Alhamdulillah bila saya sudah pencen
ada pendapatan sampingan yang menjadi pendapatan utama pula.
Nasihat saya , jika buat bisnes part time jangan mengganggu tugas harian kita , kena bijak menguruskan masa .
Manusia dikurniakan Allah dengan keupayaan yang berbeza.
Saya amat bersetuju dengan saudara Zamri. Semua orang sudah ditentukan hak masing-masing. Semua manusia ada peranan masing-masing. Kalau semua orang buat benda yang sama susah juga..
Alhamdulillah, perniagaan internet merupakan satu platform yang saya gunakan untuk keluar dari environment kerja 9-5, tetapi, kadang-kadang tu tetap jua merindui zaman keja dulu-dulu…
Aween
Saya setuju dengan pendapat Zamri Nayan. Bukan semua manusia mempunyai kebolehan yang sama. Kebolehan antara manusia berbeza-beza. Perbezaan kebolehan inilah yang disesuaikan dengan jenis pekerjaan setiap orang. Kita juga kena ingat bahawa perbezaan inilah yang menghidupkan sesebuah organisasi sama ada kecil ataupun besar.
Yang amat bersetuju dgn Zamri dan yang memberi komen. Inilah yang selalu saya katakan pada kawan2 saya. Setiap manusia mempunyai peranan dalam kehidupan ini. Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Terima kasih Zamri untuk tips dan pandangan anda.
Saya sangat bersetuju dengan Zamri. Setiap manusia ada peranan masing-masing yang sangat penting. Saya dah lama melihat, membeli dan membaca pelbagai sumber informasi berkaitan bisnes internet namun belajar dan mengaplikasikan dua perkara yang sangat berbeza. Usaha dan fokus sangatlah penting. Terima kasih kepada Zamri dan otai-otai IM di Malaysia yang berkongsi maklumat dan pengalaman. Semoga saya akan mengikut jejak langkah otai-otai semua, InsyaAllah
Sebenarnya, dalam apa keadaan sekali pun mempersendakan orang lain menunjukkan rendahnya akhlak seseorang. Samada business kita online atau pun offline kita berurusan dengan manusia, jadi human relation sangat penting.
Mempersendakan orang lain bukanlah satu ciri human relation yang baik. Walaupun kita seorang yang berjaya dalam perniagaan internet tapi kita mempersendakan ornag lain, maknanya kita tidak bersyukur dengan penberianNYA.
Apa yang kita perlu lakukan ialah memberi kesedaran kepada orang ramai tentang peluang pendapatan melalui internet. Tapi janganlah pula mengambil kesempatan dengan mengenakan charge yang terlalu mahal. Patut-patut la.
Mempersendakan orang yang berkerja makan gaji adalah perkara yang membuatkan saya meninggalkan sebuah seminar jualan langsung satu masa dulu. Dengan orang yang bercakap itu asyik merendahkan orang yang berkerja dengan mengatakan jam tangan yang dia gunakan bersamaan gaji 3 bulan seorang guru. Lupakah dia siapa yang mengajar di huruf dan nombor semasa dia kecil dahulu sehingga dia menjadi jutawan kini.
Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara…tak perlu tergesa gesa untuk tinggalkan pekerjaan yang sedia ada..jika anda rasa pendapatan anda tidak cukup just activekan plan B samada perniagaan, pelaburan, servis dan macam macam lagi untuk tampung kekurangan…jika plan B anda berjaya dan melabihi pendapatan A anda terpulang kepada anda untuk besara awal..seperti yang dilakukan oleh Zamri…
p/s : activekan plan B anda sekarang dan bersamalah dengan saya dan En Zamri dalam group GDI
ya…saya setuju! Jangan kita suka memperlekehkan orang lain hanya kerana dia tak setuju dengan cara kita. Setiap kita ada kelebihan dan kekurangan masing2.
Tahniah Zamri! Anda telah memberikan nasiahat yang cukup bernas sekali … Benar seperti yang Zamri katakan diatas bahawa , setiap daripada kita sememangnya mempunyai peranan kita tersendiri didalam tujuan asal kita diwujudkan di atas Muka Bumi- Nya ini. Ingat, walau apapun pekerjaan yang dilakukan oleh kita samada sebagai seorang profesional mahupun seorang buruh kasar, sekiranya kita memahami tanggungjawab kita sebagai Khalifah-NYA di atas muka bumi ini , maka kita pasti akan sentiasa bersyukur dan akan melakukan dengan terbaik , apa sahaja yang kita kerjakan. Perlu lah kita ingat , seperti apa yang Zamri katakan di atas , bukankah dengan pekerjaan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh mereka yang bekerja sebagai pengangkut sampah akan memberi kesan yang terbaik terhadap kebersihan di kawasan-kawasan perumahan serta bandaraya tempat kita tinggal dan mencari rezeki? Begitu juga , seandainya anda telah berjaya di dalam perniagaan Internet , bukankah tanggungjawab anda pula menggunakan kelebihan yang dipinjamkan-NYA “sementara” sahaja ini , untuk membantu membangunkan ummah ? Ingat , kehidupan dunia ini ..termasuk segala kesenangan , kemewahan dan apa-apa yang indah disini hanyalah gurauan dan ujian-NYA kepada kita hamba-hamba-NYA yang lemah ini. Segala-galanya akan dipersoalkan kelak. Saya sentiasa ingat kata-kata yanga telah diluahkan di dalam filem Spiderman ” Kebijaksanaan dan Kepintaran seseorang itu , bukanlah suatu kelebihan yang anda boleh gunakan dengan sesuka hati saja , tetapi ia adalah pemberian yang anda perlu gunakan untuk Kebaikan Manusia Sejagat” . Oleh itu , marilah kita renung2kan bersama , sebenarnya samada kita bekerja 9 – 5 setiap hari sepanjang umur kita ataupun kita adalah seorang ahli perniagaan Internet yangf berjaya , kita masing-masing mempunyai peranan kita sebagai Hamba serta Khalifah-NYA di atas muka Bumi ini. Kesombongan, Keangkuhan , Kebanggaan , Kebesaran itu semua milik-NYA . Hanya DIA yang layak memiliki sifat2 tersebut. Kita sebagai Hamba-NYA tidaklah layak untuk kita memiliki sifat-sifat diatas.
dari hari pertama join bis internet yg pd asalnya secara suka2 telah berjinak2 utk lebih serius..bile terbaca dan terlihat nama zamri nanyan..terus jatuh cinta utk meneruskan perniagaan ini walaupun masih merangkak2 lg..sy setuju dgn kata2 en zamri supaya jgn gopoh meninggalkan pekerjaaan tetap tanpa hala tuju tanda adanya perancangan strategik yg tepat…selagi internet ada perniagaan internet tidak akan mengecewakan malah bertambah mantap dr hari ke hari…
salam Sdr Zamri. saya amat bersetuju dgn saudara. saya merupakan seorang trainer di syarikat MLM. pengalaman pahit saya adalah seorang leader syarikat saya memperlekehkan orang makan gaji semasa mesyuarat bulanan. sebagai staff memang malu kerana diperlekehkan sebegitu. tidakkah dia sedar bahawa orang yang makan gaji inilah yang menggerakkan syarikat dan membantu network beliau hingga beliau bergelar jutawan? orang yg makan gaji jugalah telah memudahkan urusan kehidupan sehariannya. setuju dgn Yuzafi. kita saling memerlukan antara satu sama lain. jika tiada orang yang makan gaji, agaknya bagaimanalah ekonomi negara kita ni.
artikel yg mantap dari seorang otai..bukannya syok sendiri. Tahniah bro.
Sememangnya sikap manusia suka menjatuhkan maruah orang lain atas sebab keangkuhan dan ego.Kesilapan ini berulang dan terus berulang,tanpa disedari ia meletakkan dirinya semakin jauh dari persahatan,bantuan,kesetiaan dan keyakinan.Demikian juga sebagai insan yang bekerja seharusnya memahami tugas dan kenapa mereka perlukan kerja ia satu ikatan.Meninggalkan kerja sedia ada kerana mengejar suatu pekerjaan baru itu dianggap kurang matang dan tidak bijak.Adakah ia memikirkan kesan negatif jika meninggalkannya dengan tergesa-gesa.Mungkin mereka tidak sedar tindakan itu memberikan impak sedemikian
1.Bakal menjadi penganggur – apabila bidang baru yang di kejar tidak menjadi seperti yang dirancang.
2.Menyusahkan rakan sekerja anda – kerja berlambak anda diserahkan kepada rakan kita setelah kita tinggalkan kerja berkenaan,prihatinlah sikit
3.Banyak urusan pelanggan anda menjadi KIV atau terus dilupakan,tapi pelanggan anda tidak lupa,sedikit sebanyak ia akan menjejaskan bidang baru yang anda cuba ceburi nanti.
4.Bolehkah anda tunjukkan prestasi terbaik dalam bidang kerja baru yang diceburi sebagaimana kerja lama anda.
TQ di sini sahaja……http://shawari.webs.com/
Ya, betul kata bro Zamri…kita tidak boleh memandang rendah kepada mereka yang bekerja. Mereka mempunyai peranan mereka sendiri dalam kitaran kehidupan kita.
Kalau semua jadi usahawan internet sepenuh masa, siapa nak jaga keamanan negara, siapa nak baiki jika bekalan air atau elektrik terputus?
Strategi atau pelan perancangan merupakan perkara yang amat penting sebelum seseorang membaut keputusan utk berhenti kerja.
Neway, tq bro Zamri di atas artikel yang menarik ni
Saya juga bersetuju juga dengan en zamri.Tidak semestinya bekerja dengan org atau mempunyai J-O-B itu sesuatu y buruk.Cuma bisnes internet ini memberikan kita peluang utk membuat pendapatan sampingan utk menikmati hidup kita dengan lebih indah,enjoy the finer things in life.
Setiap apa yg ingin kita lakukan, dimulai dgn lafaz Bismillah.. ( sehingga habis ayat).Kita mulai dgn mengingati Allah, Kita berusaha, dan akhirnya kita bertawakkal dgn Allah-juga mengakhiri dgn mengingati Allah.
Memperlekehkan sebarang rezeki ( sekarang ramai yang menyebutnya sebagai gaji, upah, pendapatan dsbnya) sama seperti memperlehkehkan apa yang kita sendiri atau orang lain buat.
Saye setuju.
Saye juge sekarang buat part time juge.
Memang agak sukar tapi saye bersyukur kerana saye nampak peluang ni dimane org lain x nampak peluang perniagaan Internet.
Ade yg nampak tapi terjerumus dengan yg salah, jadi saye bersyukur sekali lagi kerana saya dapat memahami ape itu perniagaan internet dan apekah penipuan di internet yg bertopengkan “Perniagaan Internet” sebaliknye bukan lah perniagaan sebenar.
salam.. abg zamri.
Yup, saya sokong pendapat abg zamri.
. kita tidak boleh menghina atau mengatakan mereka yang makan gaji tidak mempunyai sebarang peranan dalam perniagaan. sebabnya merekalah juga yang akan jadi pelanggan kita. walaumacam mana pun, kita kena akui bahawa manusia di dunia ini memerlukan antara satu dengan yang lain.
baguslah ramai orang berfikiran macam zamri. kita harap sesama kita saling menghormati tak kira apa jua pekerjaan kita. tahniah kerana mewujudkan artikel ini.
Terima kasih sdra. Zamri. Secara jujur, saya sudah mengikuti artikel-artikel tulisan saudara dan saya amat mengagumi pendirian saudara.
Banyak-banyak usahawan internet yang saya pernah kenal 9sepanjang yang saya tahu), hanya saudara yang berterus terang.
Bermula dari meninggalkan kerja konvensional kepada usahawan internet. Tahniah. Saya percaya saudara melihat jauh ke depan dengan peluang-peluang yang tidak terbatas dalam bisnes internet ini.
Nampaknya saudara tidak mengetepi hal-hal berkaitan kekeluargaan apa bila menceburkan diri dalam bisnes internet. Malah itulah yang mendorong saudara meninggalkan kerja konvensional tidak lama dahulu. Saya amat menghormati saudara dalam hal ini.
Apa pun, terima kasih dengan artikel saudara di atas [Tiada Salahnya Kerja “9-To-5? Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”].
Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan kerana setiap manusia memainkan peranan yang telah ditetapkan sejak azali,jika semua menjadi usahawan internet susah jugak,kita hidup sebagai satu jaringan yang mempunyai kait antara satu sama lain secara sedar atau tidak
Saya setuju dengan pendapat saudara zamri. Saya juga sedang berjinak-jinak dengan perniagaan internet secara separuh masa. Apa yang penting ialah kita bijak menguruskan masa.
Saya setuju dengan pandangan bro.Zamri,kalau lah tiada lagi yang makan gaji bagaimana pula jentara-jentara kerajaan atau agensi2 yang lain boleh beroperasi yer…..
Saya pun setuju..
Saya telah follow saudara zamri sejak dua tahun lepas. Tips yang diberikan memang berguna
Menjadi usahawan sepenuh masa pun termasuk dalam kategori Rat Race juga. Malah kadang-kadang lebih teruk daripada kerja makan gaji. Terkejar sana, terkejar sini. Hehe.. Malah setiap masa asyik risaukan income yang bila-bila masa sahaja boleh jatuh atau pelbagai risiko yang lain.. Boleh baca buku Azizi Ali di mana beliau ada ‘komen’ orang yang kata menjadi usahawan adalah penyelesaian segalanya.
Saya juga banyak menulis artikel sebegini. Tak menggalakkan sangat orang berhenti kerja makan gaji atau tak semua orang sesuai jadi usahawan. Rata-rata yang nak jadi usahawan full time sebab mereka nak lari dari masalah kerja dan bukan sebab mereka betul2 passionate nak jadi usahawan sepenuh masa. Bahaya tu.. Saya geleng kepala kalau ada orang datang pada saya dan mereka kata nak berhenti kerja. Jangan la buat keputusan terburu-buru.
Kesimpulan: Setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Jadi apa yang perlu anda jadi. Masing-masing ada jalan rezeki sendiri yang sudah ALLAH tentukan sejak azali lagi. Kalau dah ditakdirkan jadi petani sampai mati, petanilah jawabnya walau cuba ubah macam mana pun. ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
p.s: Saya jadi usahawan sepenuh masa bukan sebab tak suka kerja makan gaji. Saya suka sangat malah tak pernah ada masalah masa kerja dulu. Hanya satu sebab saja saya nak buat bisnes full time: “Nak bebas” & itulah jiwa saya.
betul 2…memnag betul apa yang diperkatakan 2…jika tiada mereka sape yang mnak menawarkan perkhidmatan tu pada kita…hehehe
Assalamualaikum,
kalau betullah ada usahawan internet bersikap begitu, merekalah manusia yang paling tak mengenang budi dan tak bersyukur (saya ingatkan segelintir upline2 jutawan MLM je yg macam tu), lupa asal usulnya.
Saya salah seorang pekerja di sebuah jabatan kerajaan dan telah mula belajar perniagaan internet sejak 2007 cuma tak dapat implement atas sebab2 kewangan dan kekangan kerja, secara peribadi saya tidak rasa hina diri, jauh sekali hendak mengatakan usahawan internet sepenuh masa telah keluar sepenuhnya dari kongkongan kerja makan gaji dan telah mencapai kebebasan kewangan semutlaknya. Apa saja rezeki yang kita dapat sama ada hasil pendapatan makan gaji atau bisnes (full/part time), kita mesti bertanya dari siapakah datangnya rezeki itu? Adakah tidak mustahil satu masa semua akan ditarik dari kita jika Dia menghendakinya?
Kekayaan hasil bisnes, dan kesederhanaan hasil gaji bulanan, kedua-duanya adalah ujian dari Tuhan. Berbahagialah mereka yang melepasi ujian dengan tidak mengubah sedikit pun kesantunan sesama insan dan ketakwaan kepada Tuhan
Salam
memang betul tu. Setiap pekerjaan ada keperluannya, jangan hanya lihat berniaga tu lebih… Jika tiada golongan yang makan gaji ni banyak kerja yang kita kena buat sendiri kan lagi susah tu. Jika ada kemahuan semua kerja akan jadi….
Salam, saya mungkin jarang memberi komen di sini atau baru 1st time beri komen di sini minta izin utk mengomen.Setiap manusia di muka bumi Tuhan berikan kelebihan masing-masing, ibarat. dalam sistem fokus itu sendiri membuktikan manusia ini memerlukan antara satu sama lain. cthnya, kalau semua orang dah jadi kaya, siapakan yang nak menurap jalan ditengah2 panas. Kalau semua orang dah jadi kaya, siapakah yang nak menagkap ikan di laut, Kalau semua orang dah jadi kaya, siapakah yang nak menanam padi di sawah. Bagus lagi bila kita sudah berjaya, kita lihatlah liku2 kehidupan kita di masa lalu supaya kita tidak mudah lupa diri. semuany pinjaman semata-mata. kita ini adalah amat-amat lemah.
Orang yang memandang rendah orang yang bekerja makan gaji adalah orang yang takbur… dia lupa bahawa Allah lah yang telah memberikannya kejayaan. Janganlah bersikap takbur… takut-takut satu hari nanti bisnes jatuh dan terpaksa bekerja kembali makan gaji dengan orang yang telah anda hina. Sanggupkah anda jilat kembali ludah anda?
Allah benci hambanya yang takbur… musibah boleh datang bila-bila.
Salam, Moga saudara Zamri dalam keadaan sihat belaka.
Saya setuju dengan artikel saudara. Tidak semua mampu memulakan perniagaan internet. Ada sesetengah tu memg kene keje 9-5 atau pun makan gaji. Jadi kita tak boleh nak memandang sebelah mata orang yang makan gaji ni.
Kita semua nya bersandaran, kalau semua orang keje kat internet jer, sapa nak betulkan paip kat uma kita, sapa nak betulkan wayar rosak kat uma kita, sapa nak repair kereta kita kalau rosak.
Jadi mereka nie sume nyer penting dalam kehidupan kita. Jadi kita tak boleh nak semua orang buat bisnes internet jer. Kang susah pulak hidup kita. Nak gi klinik pun klinik takde sebab semua buat bisnes online.
sifat mempersenda dan mperlekehkan tu je pun dah salah. walau apa pun pekerjaan kita, jangan sekali2 kita memandang rendah kepada orang lain.
Salam semua, yaa..saya bersetuju benar dgn apa yg diperkatakan oleh bro Zamri dan rakan2 yg lain. kita manusia semua hidup bersandaran, ibarat ekosistem dunia, slg memerlukan antara satu sama lain. sy sendiri kerja 8-6 dan bersyukur dgn apa yg diberikan olehNya. sambil2 tu sentiasa mengikuti perkembangan biz internet w/pun belum bermula sendiri. adat perangai manusia, tidak pernah berpuas hati & bersyukur dgn apa yg Allah berikan. Allah suka dgn manusia yg kuat & rajin berusaha memperbaiki taraf kehidupannya utk kesejahteraan keluarga & ummah manusia sejagat, tetapi jgn takbur dan berbangga diri dgn kesenangan yg diperolehi, hubungan dgn Allah, sesama manusia & segala kehidupan di dunia ni mesti dijaga dan dihormati. Takut nnti akibat lupa diri, YG DIKEJAR TAK DPT, YG DIKENDONG PULA BERCICIRAN…Wallahualam
saya setuju sgt dgn pendapat bro zamri..tiada salahnya kalau bekerja seumur hidup dengan orang atau mulakan bisnes sendiri sama ada online atau offline..rezeki tu bukan urusan kita,urusan allah taala..Dia yg memberi rezeki..lagipun,kalau semua nak jadi usahawan internet,sape pulak nak kutip sampah,bukak gerai makan,jadi doktor..
Rahsia yang paling utama untuk berjaya ialah keyakinan..tanpa keyakinan maka tak adalah semangat..tanpa semangat macam mana nak maju ke depan..kalau nak tambah keyakinan,jangan selalu dengar cakap org lain..tepuk dada tanya selera..fikir apa yang kita mahu dan kita mampu lakukan..yang penting,sentiasa yakin rezeki allah taala tu ada di mana2..usaha mesti ada..tak gitu bro zamri?
hehehe..
- cuma sekadar pendapat saya -
Saya tersentuh dengan artikel bro kali ni. Semasa saya terlibat dengan bisnes MLM dulu-dulu..sering kali para ‘pemain MLM’ mempersendakan mereka yang masih berkerja. Tetapi tidak kah mereka sedar golongan yang masih makan gaji ini jugalah yang sering menjadi pelanggan produk mereka & sekaligus membantu meningkatkan bonus bisnes yang sedang mereka usahakan. Kata mereka dengan menyertai MLM anda akan menikmati kebebasan masa..persoalannya kenapa masih ada di kalangan mereka sendiri bekerja sehingga larut malam malah balik ke rumah sehingga jam 2-3 pagi???
Maaf saya tidak melibatkan semua penggiat MLM dalam isu ini..hanya segelintir kecil sahaja yang bersikap demikian. Memang diakui..MLM adalah antara platform terbaik untuk mencapai kebebasan kewangan & kebebasan masa jika diusahakan dengan jujur terutamanya jangan sekali-kali pempersendakan kekurangan orang lain.
Psst..insya’Allah setelah lama menjauhi diri dari dunia MLM rasanya setelah mengikuti kejayaan bro zamri & melihat keikhlasan bro dalam membantu rakaniaga saya juga akan kembali masuk ke gelanggan MLM yang bro sedang usahakan
“Revolusi Bisnes Internet Dari Rumah”!!!
Salam…saya merupakan usahawan MLM sepenuh masa. Saya sangat tidak bersetuju dan terasa jika ada yang mempersenda orang makan gaji atau berkhidmat dengan kerajaan.Setiap kerja adalah ibadah cuma sebagai usahawan sepenuh masa ada beberapa kelebihan yang tersendiri.Mereka tidak terikat dengan masa dan boleh membuat keputusan untuk diri sendiri. Apa yang pasti bekerja makan gaji ada jaminan bulanan walaupun bukan jaminan hidup. Dari segi agama islam usahawan memang ada tanggungjawab kepada ummah dan boleh juga dikategori fardu kifayah.
Tidak setuju dengan pendapat org yang mempersendakan org yang masih bekerja makan gaji…
Kerana org yang bekerja makan gaji ada kelebihan tersendiri yang mungkin kita tak dpt lakukan.
Contoh pekerja kutip sampah. Siapa yang nak buat kalau tak de yang sanggup buat kerja seperti itu.
Dulupun saya pernah kerja angkut sampah mcm tu jugak. Skrg dah tukar bidang lain dah bekerja sendiri sepenuh masa.
Rasa senang sikit bila bekerja sendiri tak perlu tegesa-gesa dalam kesesakkan jalan raya pada awal pagi dan pulang keletihan diwaktu petang…