Tip akaun Maybank & Google Adsense lagi…
Sepanjang hari saya terbaring di rumah - terasa badan kurang sihat dan malam ni memang ‘confirm’ saya mula mendapat selesema.
Walaubagaimanapun, sempat juga saya pergi ke MayBank di Queensbay Mall, Penang untuk mengambil buku cek untuk syarikat saya.
Bercakap mengenai MayBank, jika anda ingin membuka akaun semasa untuk syarikat enterprise anda, anda perlukan ‘introducer’ yang juga mempunyai akaun semasa. Tapi saya tak perlukan semua itu.
Nak tahu kenapa?
Maybank di Queensbay Mall baru sahaja dibuka dan mereka sedang mencari ramai pelanggan baru. Inilah sebabnya mereka memansuhkan syarat ‘introducer’ tapi saya tak tahu la sampai bila mereka akan adakan promosi sebegini.
Jadi, kalau nak buka akaun semasa di MayBank untuk syarikat enterprise anda, dan anda tidak mempunyai ‘introducer’, sekarang anda tahu ‘trik’nya.
Baiklah, kita teruskan dengan perniagaan internet…
Pada awal bulan ini, saya membantu seorang rakan mempromosikan produk ebook beliau. Hasilnya, saya diberikan hadiah istimewa disebabkan jualan yang saya dapatkan… dan saya ada satu video untuk dikongsi bersama mengenai hadiah ini… Videonya ada di YouTube:
http://www.youtube.com/watch?v=fRF0IAm0JnI
Untuk produk ebook yang saya maksudkan, ianya ada di:
http://getresponse.com/t/10550035/624222/203581518/2/
Semenjak itu, ada ramai yang bertanyakan saya untuk membimbing mereka untuk menjana pendapatan di internet dengan Google Adsense… namun saya tak dapat melakukannya kerana ianya bukan bidang fokus saya.
Namun begitu, ada satu berita baik sekiranya anda sedang mencari seseorang untuk membimbing anda.
Syed Ikhwan menawarkan servis untuk mengajar mereka yang serius untuk menjana pendapatan Google Adsense melalui Yahoo Messenger…
Pelajaran adalah secara personal coaching dan harganya bermula dari USD$57 ke atas bergantung dengan pakej yang anda ambil.
Jika anda berminat, bolehlah email kembali kepada saya untuk maklumat lanjut.
Tapi saya ingin ingatkan sekali lagi… email saya sekiranya ANDA SERIOUS SAHAJA!
Saya tak mahu buang masa untuk mereka yang cuma main-main… kerana ada orang lain yang benar-benar perlukan pertolongan.
ikhlas,
Zamri Nanyan
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
[…] cawangan MayBank yang baru buka, apply kat situ. Saya ada cover trik ni kat blog saya sebelum ni: Tip akaun Maybank & Google Adsense lagi… ps. Kalau kat Penang, saya boleh jadi introducer. __________________ www.BisnesDigital.com - […]







Salam Zamri
Ni Kak Norlia dari Janda Baik. Guess you still remember me.
I would like to join this personal coaching from Syed Ikhwan. Tapi apa yang patut Akak ambik? My Google Adsense account dah kena banned. Subjek pasal how to get income through Maybank and Paypal tu would be good for me. Kalau 3 in 1 tu, I can’t activate my Google AdSense lagi.
Anyway, please advise what’s best for me. I really need to get this personal coaching. Boleh bayar 2 or 3 times would be better.
Thank you and wassalam
Kak Norlia