Tip “Hadiah Bonus” Super Affiliate
Tip “Hadiah Bonus” Super Affiliate
oleh Zamri Nanyan
Tidak dinafikan lagi bahawa terdapat banyak produk tempatan yang menawarkan peluang menjana pendapatan tambahan daripada program affiliate yang disediakan oleh empunya produk.
Semakin banyak produk, semakin banyak saingan dan semakin berkualiti juga produk yang bakal dihasilkan. Perkembangan ini sangat baik dan menggalakkan kerana sekarang anda tidak perlu lagi mencipta produk sendiri (jika tidak mahu) untuk menjana pendapatan ribuan ringgit daripada program affiliate sahaja.
Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja produk yang dilancarkan.
Ada pelancaran yang berjaya.
Ada juga pelancaran produk yang gagal.
Jika dihalusi, anda pasti akan nampak polar kejayaan sesuatu produk.
Walaupun boleh dipersoalkan tetapi bolehlah saya katakan yang pelancaran produk dengan bantuan “super affiliate” dapat melonjakkan jualan produk sehingga ke lima angka sebulan, berbanding dengan usaha si empunya produk itu sahaja.
Mana tidaknya…
Pemasaran daripada JV partner dan affiliate merupakan pemasaran virus yang boleh menjangkit dari satu laman web ke laman web yang lain. Dan “super affiliate” adalah individu atau syarikat yang mempunyai senarai nama (mailing list) yang besar yang mampu menghasilkan ribuan ringgit dengan satu email promosi sahaja.
Di dalam pasaran tempatan, belum ada lagi individu yang dilabelkan sebagai “super affiliate”. Ini tidak bermakna tiada “super affiliate” di dalam pasaran tempatan kerana jika anda perhatikan, di dalam setiap pelancaran produk baru, terdapat beberapa orang usahawan perniagaan digital ini yang mendapat hasil jualan tertinggi bagi pelancaran produk tersebut.
Secara tidak langsung, ini ialah petunjuk bagi mancari “super affiliate” tempatan yang mampu meningkatkan jualan produk anda.
Anda rasa anda bukan “super affiliate”?
Tidak perlu risau kerana saya akan berikan satu tip menarik untuk anda tetapi sebelum itu anda perlu ingat bahawa kejayaan seseorang “super affiliate” bergantung kepada berapa besar dan responsif “mailing list” beliau. Ramai yang terpinga-pinga melihat seseorang menghasilkan jualan yang tinggi dalam masa satu hari produk dilancarkan.
Selepas ini, anda tidak perlu tertanya-tanya lagi. Jawapannya ada di dalam “mailing list”. Dengan satu email promosi ke “mailing list”, “super affiliate” ini boleh menghasilkan jualan mencecah 3 atau 4 angka dan tidak mustahil ada yang mencecah 5 angka.
Jika perlukan bantuan mengenai strategi menambahkan prospek ke dalam “mailing list” anda, sila lihat artikel saya yang lepas yang bertajuk “Strategi Pemasaran Produk Affiliate Yang Terbukti Berkesan!“. Gunakan strategi yang diberikan untuk memulakan database bagi “mailing list” anda.
Baiklah, selepas anda berjaya membina “mailing list” yang besar dan terdapat satu produk yang berkualiti yang anda ingin promosikan, apakah taktik “super affiliate” seterusnya?
Idea yang saya berikan di sini bukanlah yang asli. Ramai yang telah menggunakannya tetapi saya tergerak untuk menggunakannya selepas membaca ebook “Day Job Killer“.
Tawarkan Hadiah Bonus Pembelian
Ya, satu taktik yang sangat mudah untuk dipraktikkan.
Email kepada prospek di dalam “mailing list” anda dan tawarkan hadiah bonus kepada mereka sekiranya mereka membeli produk yang anda promosikan melalui pautan (link) yang anda berikan di dalam email anda. Dan, sudah pasti link yang anda berikan tersebut adalah link yang mempunyai kod affiliate anda.
Kelebihan menawarkan hadiah bonus ini adalah lebih kepada memberi nilai tambahan kepada produk affiliate yang anda promosikan.
Walaubagaimanapun, anda jangan terkejut kerana memang ada yang membeli produk yang anda promosikan disebabkan mereka inginkan hadiah bonus yang anda tawarkan. Dalam apa alasan sekalipun, anda tetap untung kerana hasilnya tetap sama – jualan affiliate dihasilkan.
Saya pasti tiada yang sukar difahami di dalam penerangan saya di atas namun persoalan seterusnya ialah bagaimana menghasilkan hadiah bonus yang menarik minat prospek anda untuk membeli produk affiliate yang anda promosikan?
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan.
1. Cipta produk anda sendiri yang bersesuaian untuk dipadankan dengan produk yang anda promosikan. Cara ini mungkin adalah sedikit sukar bagi sesetengah orang tetapi ianya tidak mustahil bagi mereka yang telah mempunyai pengalaman.
2. Dapatkan produk yang mempunyai “resell rights” atau “private label rights” sama ada secara percuma atau berbayar. Disebabkan produk sebegini terlalu banyak dipasaran, anda boleh pakejkannya semula untuk menjadikannya lebih menarik. Sebagai contoh, tukarkan e-cover produk ini sebelum anda tawarkan sebagai hadiah istimewa anda.
3. Tawarkan perkhidmatan kepada pelanggan. Sekiranya anda mahil di dalam mencipta e-cover, laman web dan sebagainya, inilah masanya untuk anda gunakan kemahiran anda.
Semakin unik tawaran hadiah yang anda berikan, semakin baik. Walaubagaimanapun, ianya tidak menjadi masalah sekiranya produk anda tidak unik pun. Asalkan hadiah pembelian yang anda tawarkan memberi makna kepada bakal pembeli anda, ianya sudah cukup.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Antara cara yang berjaya adalah bagi bonus. Tapi untuk market malaysia memang berjaya. Tapi market luar, kurang sesuai rasanya.
Bantingboy… market luar pun sama dan kadang-kadang lebih meriah dengan tawaran gila-gila punya…
Anyway, sebenarnya market tempatan banyak dipengaruhi cara promosi market luar.
Terima kasih dengan penerangan yang diberikan..
Saya juga mahu menjadi “super affiliate”.
Insyallah..
ps : Terima kasih singgah ke blog saya. =)
Memang tidak dapat dinafikan “naluri” manusia yang “tamak”. Persaingan di internet sangat “sengit dan hangat”. Oleh itu, “hadiah bonus” merupakan “umpan” untuk menarik pembaca kamu membeli dari kamu.
“Hadiah bonus” yang diberi haruslah “bernilai” dan dapat membantu pembaca kamu menyelesaikan masalah atau memberi “jawapan” yang membina. Kamu tidak boleh memberi “hadiah bonus” yang “tidak bernilai”. Selain itu, “hadiah bonus” yang diberi harulah tidak mudah “didapat” di pasaran.
To Your Success
Bryan Hee
Super affiliate nih pun psycho juga, ada satu kali saya dapat email bertajuk “Saya hampir tidak memberitahu anda tentang ini….” , sapa tak klik kan??
Pastu masa promote tu , walaupun dah ada list yang banyak, sesetengah affiliate marketer akan asingkan list prospek yang berminat dengan membuat prelaunch awal . Pastu baru promote.