Tip Perniagaan Internet Daripada Faceboook

Hari ini merupakan hari istimewa untuk saya.

Tidak, ianya bukan disebabkan Hari Valentine – saya tak menyambutnya.

Tetapi hari ini merupakan hari ulangtahun pertunangan saya dengan seorang perempuan yang telah menjadi isteri sah saya selama beberapa tahun. Jadi, buat apa saya nak sambut Hari Valentine bila saya boleh sambut hari ulangtahun pertunangan saya. πŸ™‚

Baiklah, untuk email kali ni, saya cuma ingin sampaikan beberapa tip istimewa untuk anda.

Saya harap anda gembira dengan perkongsian saya ini.

#1) TIP PRODUKTIVITI

Jadikan satu usaha anda pelbagai. Contohnya, dengan menulis satu artikel, anda boleh jadikan artikel tersebut satu email, tukarkannya ke bentuk PDF untuk dipanggil laporan ringkas, letkkannya di blog, kongsikannya di Facebook notes, sebarkannya di forum, masukkannya ke dalam siri autoresponder anda, jadikannya satu bab untuk buku anda nanti dan sebagainya… πŸ˜‰

#2) PEMIKIRAN USAHAWAN

Untuk jual produk di internet, anda tak perlu mahir membina laman web (tahu perkara asas pun cukup). Saya pun upah orang untuk bina kesemua minisite saya sejak dari dulu lagi tapi kalau anda nak belajar juga, nah beli Panduan Asas Minisite… πŸ™‚

http://get.linktrackr.com/asasminisite-bd

#3) TIP PEMBELIAN PRODUK

Masa terbaik untuk mendapatkan produk ialah pada masa ianya dilancarkan bukan kerana ramai yang mempromosikan produk tersebut tetapi kerana ramai yang menawarkan hadiah bonus pembelian yang kadang-kadang melebihi harga produk yang dilancarkan tersebut.

Saya sekarang sedang melancarkan Pakar Software. Anda boleh beli produk ini di

http://www.PakarSoftware.com

atau cari JV partner/affiliate yang menawarkan bonus pembelian dan beri daripada mereka. Secara peribadi, Pakar Software adalah produk terbaik yang saya hasilkan pada tahun ini dan saya sendiri sedang membina software tanpa tahu satu pun tentang perkara teknikal mengenainya.

#4) TIP IDEA RM1 JUTA

Terdapat banyak idea tip perniagaan internet yang bernilai RM1 juta dikongsikan secara PERCUMA sahaja di Facebook tetapi berapa ramaikah yang sedar tentang perkara ini? Kadang-kadang pembacaan melalui ebook berbayar pun tak dapat menandingi idea RM1 juta yang dikongsikan percuma di Facebook ini.

Dan apakah jenis-jenis tip yang anda perolehi di Facebook? Baiklah, anda lihat di sini…

Tip-tip yang saya berikan di atas adalah berdasarkan pos saya di Facebook. Jika ianya berharga untuk anda, ucapan terima kasih sudah mencukupi buat saya. πŸ™‚

ikhlas,
Zamri Nanyan

ps. saya benar-benar nak lihat anda belajar buat software sendiri tahun ini kerana potensinya yang amat besar. Tapi, sebelum itu, pelajari selok-beloknya di http://www.PakarSoftware.com

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, percuma, Perniagaan Internet, Soaljawab Perniagaan Internet, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Leave Comment

(required)

(required)