Ulasan Bab #1 Buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin

Ulasan Bab #1 Buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin

Saya baru selesai baca bab #1 buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Selalunya memang saya baca buku sikit-sikit sahaja, 1 bab setiap hari atau serupa dengannya. Akhirnya habis juga sebuah buku, atau beberapa buku kerana kadang-kadang saya baca beberapa buah buku serentak dalam satu-satu masa.

Baiklah, untuk bab #1 buku Mudahnya Menjemput Rezeki, ada satu cerita di mana penulis sedang makan. Tiba-tiba datang seekor kucing yang datang ke meja makan beliau. Kerana kasihankan kucing tersebut, beliau beri sedikit lauk kepada kucing tersebut.

Selesai makan, penulis pun membayar makanan beliau.

Di sinilah penulis terfikir bahawa sebahagian yang dimiliki oleh penulis masih lagi menjadi rezeki orang/pihak lain. Secara teorinya, penulis telah beli makanan beliau dan ianya adalah milik beliau. Walaubagaimanapun, sebahagian rezeki makanan itu adalah rezeki kucing. Tulang-tulang dan sisa makanan pula adalah rezeki semut dan mungkin juga jin.

Penulis juga menyatakan bahawa walaupun anda memiliki sesuatu, ianya tak bermakna sesuatu tersebut adalah rezeki anda.

Memang menarik untuk dibaca. Walaupun baru bab pertama, saya sudah tak sabar untuk baca bab-bab seterusnya.

Dan jika anda ingin dapatkan buku “Mudahnya Menjemput Rezeki“, dapatkannya melalui link ini:

 

http://www.jemputrezeki.com/hop.php?ref=specialoffer
 

percuma, Perniagaan Internet, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

3 Responses to “Ulasan Bab #1 Buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin”

Leave Comment

(required)

(required)