Upah (Outsource) Pakar Bagi Memudah Perniagaan Internet Anda
OUTSOURCE atau UPAH adalah sesuatu yang selalu saya aplikasikan di dalam perniagaan internet.
Jangan pandang rendah kepada topik ini kerana saya pasti ramai di antara pembaca di luar sana ingin membina satu perniagaan internet yang menguntungkan. Namun begitu, kemahiran teknikal membuatkan mereka mengundur diri untuk menceburi bisnes internet ini.
Mana tidaknya, terdapat pelbagai perkataan asing yang keluar apabila berurusan di internet - seperti URL, webhosting, domain, shopping cart, PayPal, HTML dan sebagainya.
Ini tidak termasuk lagi proses mencipta ecover, menulis blog dan memasang perisian.
Saya tidak sangkal bahawa perkara ini bukanlah mudah SEKIRANYA anda yang ingin membina bisnes internet ini mahu melakukan semua perkara dengan sendiri dan anda tidak mempunyai sebarang kemahiran langsung berkenaan komputer dan internet.
Untuk mengatasi masalah ini, saya amat mencadangkan anda mengupah (outsource) pakar di dalam bidang tertentu untuk membantu anda memulakan langkah pertama anda membina bisnes di internet.
Sebagai contoh, jika anda perlukan sebuah blog profesional, upah seseorang untuk membinanya.
Jika anda perlukan laman web dengan nama domain anda sendiri (seperti www.NamaAnda.com), dapatkan seseorang untuk membantu anda.
Jika anda perlukan rekabentuk kulit buku terbaru anda, bayar seseorang untuk merekaciptanya.
Inilah yang dikatakan “outsourcing” atau dalam bahasa Malaysia “upah”.
Dengan adanya pakar yang anda boleh upah untuk menyiapkan kerja anda di internet, kerja anda menjadi lebih mudah dan pantas untuk disiapkan.
Dan lagi, mereka yang anda upah adalah pakar di dalam kerja mereka dan disebabkan mereka bukanlah pekerja tetap anda, anda bebas untuk mengupah sesiapa sahaja untuk sesuatu kerja yang anda perlukan.
Kontrak yang anda ikat cuma berdasarkan projek yang anda tetapkan.
Itu sahaja.
Jadi, soalan seterusnya ialah bagaimana untuk mendapatkan servis daripada pakar ini?
Ada beberapa cara yang saya gunakan seperti mendapatkan rujukan daripada rakan-rakan seperjuangan ataupun mencari sendiri di internet dengan menggunakan enjin carian dan menyertai forum yang berkaitan.
Sebagai satu tip, lawati www.WangCyber.com untuk mencari pakar-pakar tempatan yang anda boleh upah untuk perkhidmatan yang anda kehendaki.
Setakat ini dahulu tip saya pada kali ini.
Semoga anda praktikkannya.
=================================
Berita #1: Temui Saya Secara LIVE
=================================
Saya akan berada di True Wealth Open Day pada hari Sabtu nanti pada pukul 3:00pm.
Pada hari tersebut, buku-buku yang dijual oleh True Wealth akan diberikan diskaun menarik untuk anda di samping anda berpeluang untuk menemui penulisnya sendiri.
Untuk alamat ke lokasi True Wealth, sila layari:
http://www.millionairesplanet.com/contact.asp
Anda juga dapat mendengar beberapa taklimat ringkas daripada penulis-penulis True Wealth berdasarkan buku mereka.
Adakah saya juga akan berucap?
Kita tunggu nanti…
=================================
Berita #2: Niaga Kit akan dilancarkan
=================================
Team Flarebiz akan melancarkan produk terbaru mereka yang merupakan pemasangan laman web “Kedai Online”.
Jika anda masih lagi “sangkut” untuk membina laman web bagi menjual produk anda, bersedialah pada 5 November ini kerana produk yang ditawarkan mampu menolong anda.
Pastikan anda membuat pesanan melalui link di bawah kerana saya akan memberikan hadiah bonus pembelian yang hebat untuk anda nanti.
http://www.niagakit.com/index.php?ref=specialoffer
Untuk pengetahuan anda, pakej NiagaKit bukanlah untuk semua orang dan ianya TERHAD kepada 200 pembeli pertama sahaja.
Harga tawaran cuma akan diberikan kepada 50 pembeli pertama sahaja sebelum harganya dinaikkan semula.
Jadi, jika anda adalah orang yang memerlukan produk ini, pastikan anda mendapatkannya secepat mungkin pada hari Rabu 5 Nov nanti.
Baiklah, setakat ini sahaja untuk kali ini.
ikhlas,
Zamri Nanyan
ps. Panduan Sistem Kedai Online (SKO) pernah diterbitkan oleh Saifulsham pada April lepas, namun pakej NiagaKit lebih kepada implimentasi. Paparan mengenai SKO ada di http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/sistem-kedai-online-dilancarkan
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.








saya akan hadiri hari open True Wealth juga
harap2 kita bleh berjumpa nanti