Usah Risaukan Jualan, Fokus Kepada Promosi Dahulu
Saya tak percaya anda tak dapat menjana pendapatan daripada apa yang diajarkan di dalam Rahsia ClickBank.
Kenapa?
Saya ambil salah satu template untuk landing page yang dibekalkan di dalam Rahsia ClickBank, pasang laman web tersebut dan mulakan promosi.
Start from scratch!
Di dalam laman web Rahsia ClickBank, saya dan Gobala cadangkan promosi 1 jam sehari setiap hari sehingga trafik ke laman web “product review” tersebut mendapat jumlah pelawat yang konsistent.
Saya malas.
Saya cuma ambil masa secara purata 5 minit sehari – 1/12 daripada jumlah masa yang disarankan.
Cara promosi yang saya lakukan ialah:
1. komen di blog
2. tulis artikel dan sebarkan dengan isnare.com
3. cipta beberapa blog
Banyak lagi promosi yang saya perlu lakukan dan saya akan ambil sedikit masa (bila ada yang terluang nanti) untuk tambah cara promosi yang lain (seperti forum marketing, SEO, video marketing dan sebagainya) pada masa akan datang.
Bukannya tak mahu ikut seperti yang ditulis di dalam Rahsia ClickBank tetapi saya juga ada komitmen dalam projek lain.
Namun, saya sudah mula menghasilkan jualan daripada niche yang memang saya tak tahu langsung tentang produk yang saya promosikan.

(Klik imej di atas untuk besarkan gambar)
Bayangkan jika anda fokus sejam setiap hari mempromosikan landing page Rahsia ClickBank secara konsisten. Saya percaya tiada masalah untuk anda mula menghasilkan jualan.
Tak tahu bagaimana nak promosikan laman web?
Saya ada sediakan coaching di Wang Cyber secara percuma. Niat di hati, memang kalau boleh saya tak mahu berikan percuma – takut orang tak hargai perkara percuma ni. Tapi disebabkan rasa ingin membantu, saya luangkan masa saya untuk membantu apabila ada masa terluang.
Klik link di bawah dan anda boleh belajar bagaimana caranya menarik trafik ke laman web anda dan seterusnya menghasilkan jualan.
Belum dapatkan Rahsia ClickBank?
Lawati www.RahsiaClickBank.com untuk buat pesanan.
Fokuskan kepada promosi… lakukan yang asas dan jualan akan datang tanpa anda duga.
ikhlas,
Zamri Nanyan
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








Sifu.
Memang benar apa yg Bro Zamri Cakap saya Setuju Sangat..Wakaupun Saya bukan Pembeli RCB. Saya nampak EfFort Saudara.
Anyway Saya maseh timbal balik nak bele ke tk nak beli?? Ermm
Apa yang dikatakan oleh saudara memang betul. tetapi bukan semua orang iklas nak membantu. sehingga kini saya masih lagi belajar. sales memang ada. tapi tak meletup.
Bro Zamri, info yang amat berguna.
Terima kasih banyak-banyak.
Saya adalah antara pembeli RCB. Bagi saya RCB adalah tool sahaja yg memudahkan urusan kita untuk mendapat duit di internet. Andainya tool tersebut terbiar dan tidak digunakan, maka tidak bermakna tool tersebut.
Syukur, setakat ini saya dah dapat 2 buyer dr USA. Teknik saya, forum n blog. Saya cuba buat 5 comments pada forum dan 5 comments pada blog.. Nasihat sy slow n steady akan berjaya..macam kura2.. jgn terlalu “rush” nanti cepat penat, mcm rabbit, last sekali terus tak mahu move..
Alhamdulillah…. dah ada yang berjaya dan faham konsep marketing “kura-kura”…
Teruskan usaha…
salam..

saya setuju kerana jualan akan datang sendiri setelah kita melakukan promosi
insyaallah
dan teknik ini boleh dilakukan utk semua produk termasuk clickbank
yang penting usaha..
jgn cepat give up
jgnlah buat coaching berbayar. susah saya nak cari mkn nnt. hehehe.
Coaching yang saya berikan di WC tu memang percuma… fokus kepada cara tarik trafik ke website… (check link kat atas tu)… tapi macam saya cakap la… kalau berikan percuma ni, ada yang tak hargainya… walaupun memang ada juga yang sebaliknya…
Apa-apa pun, enjoy!
assalammualaikum en. zamri
Post nie sedikit sebanyak menaikkan semangat saya. Saya antara pembeli RCB, website dah online, dah index. tengah buat promo dan belum ada buyer.
Saya check melalui copyscape.com banyak duplicate website = susah nak buat seo (dengar dari salah sorang seo expert tanahair). Jadi saya tengah buat teknik komen + forum.
saya akan ikuti langkah2 yg. diberi oleh en. zamri di forum, terima kasih atas tips tersebut en. zamri.
Saya bukan jenis tak hargai brg percuma. Tak kira item itu free atau berbayar, kalau ia berkualiti dan berpotensi saya akan try apply.
Thanks
Bro. ni mmg pemurah, mcm2 tips dia bagi… TY