[VIDEO] Anda Tahu Statistik “Klik” Ke Laman Web Anda? (dan Penerangan LinkTrackr)

Anda Tahu Statistik “Klik” Ke Laman Web Anda?
oleh Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 http://www.BisnesDigital.com 

Kebanyakan usahawan internet (terutamanya yang baru) menghadapi masalah tidak mendapat jualan. Sudah banyak promosi dilakukan tetapi satu jualan pun tidak dapat dihasilkan. 

Mereka kecewa dan hampir berputus asa kerana kononnya promosi habis-habisan sudah dilakukan kepada ribuan orang tetapi masih tidak mendapat jualan. Persoalannya ialah, betulkah anda sudah promosikan kepada ribuan orang atau anda rasa anda sudah promosikan produk anda kepada ribuan orang? 

Saya PASTI majoriti akan mengatakan mereka cuma ‘rasa’ mereka sudah promosikan kepada ribuan orang tetapi tidak mempunyai bukti yang kukuh. 

Contohnya, jika anda promosi sebuah laman web di forum yang mempunyai 20,000 ahli, ini tidak bermakna 20,000 ahli akan lihat, klik dan baca tawaran anda di laman web anda. Jika anda email kepada 1,207 orang secara pukal, tidak semestinya email anda sampai kepada semua penerima emai. Walau jika mereka terima pun, tak semestinya tawaran mereka akan dibaca oleh mereka. 

Di sini anda boleh lihat, ‘rasa’ (atau agak-agak) sahaja tidak akan dapat mengatasi masalah kebuntuan kenapa jualan tidak dihasilkan – lebih-lebih lagi jika anda lakukan promosi produk affiliate di mana memang amat terhad untuk anda ketahui bagaimanakah prestasi pengiklanan anda berjaya dihasilkan. 

Cara mengatasi masalah ini ialah dengan mengetahui berapakah klik yang anda hasilkan untuk setiap promosi yang anda lakukan. Sebagai contoh, bila saya email kepada ‘mailing list’ saya dan mendapati 2,000 klik dihasilkan, saya tahu yang saya MESTI akan menghasilkan jualan berdasarkan prestasi sebelum ini. Jika tiada jualan dihasilkan, saya akan semak samaada ‘link affiliate’ saya betul atau tidak. Atau mungkin program terbaru yang saya promosikan ini tidak memberansangkan. 

Jadi, di sini saya boleh kaji bagaimana saya boleh hasilkan atau pertingkatkan jualan. 

Jika saya tidak ada mekanisme untuk membuat kajiselidik ini, mungkin saya juga akan berputus asa mengatakan pemasaran internet tidak berkesan. Saya akan jadi statistik dalam kumpulan mereka yang tidak berjaya di dalam bisnes internet. 

Atas dasar ini jugalah, sekiranya anda baca buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” atau “Rahsia Bisnes MLM Di Internet“, anda akan tahu bahawa tajuk mengesan klik ke atas laman web semasa anda melakukan pengiklanan diletakkan pada mukasurat-mukasurat awal. Ianya juga diberikan penekanan yang khusus — tapi saya masih boleh kerat jari mengatakan majoriti daripada pembaca tidak endahkan perkara ini. 

Jadi, anda tahu bahawa sekarang saya berikan penekanan SEKALI lagi (ada lagi artikel yang saya tulis sebelum ini mengenai pengesanan iklan anda — mungkin anda pernah baca dan rasakan ianya tidak begitu penting). 

Lakukan kajiselidik ke atas klik untuk setiap pengiklanan yang anda lakukan! 

Dapat? 

Lakukan kajiselidik ke atas klik untuk setiap pengiklanan yang anda lakukan! 

Sebelum ini, saya menggunakan beberapa cara untuk membuat kajiselidik ke atas klik untuk setiap iklan yang saya lakukan. Jika di dalam Autoresponder Getresponse yang saya gunakan, sistem autoresponder ini dapat melakukan kajiselidik ke atas klik laman web yang saya promosikan di dalam email. 

Untuk klik ke laman web yang saya promosikan di luar email, saya pernah guna HyperTracker. 

Tetapi, sekarang saya lebih suka menggunakan servis yang diberi nama LinkTrackr. Ianya dapat melakukan kajiselidik ke atas laman web yang saya promosikan dan bukan itu sahaja, pemasaran viral di Facebook dan Twitter juga boleh dilakukan. 

Ilmu pengesanan pengiklanan anda ini adalah penting bila anda serius melakukan pemasaran di internet. Jangan abaikannya disebabkan tidak ramai orang memperkatakan tentang ini. 

Dan untuk memudahkan anda memahami tentang kajiselidik klik untuk mengetahui keberkesanan iklan anda di internet, saya sediakan 3 video penerangan servis LinkTrackr

Anda boleh lawati laman web http://get.linktrackr.com/linktrackr-art untuk mengetahui tentang servis ini dengan lebih lanjut dan jangan lupa datang semula ke laman ini untuk menonton ketiga-tiga video tutorial di bawah: 

 bahagian pertama

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=QP0uSClXLVk[/youtube]

 bahagian kedua

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=eoShQL-_Sgs[/youtube]

 bahagian ketiga

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=EPuEH1H90o0[/youtube]

 

Diharapkan dengan penerangan kali ini akan membantu anda memahami kepentingan “Ad Tracking” (atau pengesanan pengiklanan) di dalam bisnes internet anda.

Mengenai Penulis 

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.BisnesDigital.com untuk mempelajari strategi pemasaran internet yang berkesan. Untuk “link tracking”, anda boleh lawati http://get.linktrackr.com/linktrackr-art dan cuba sendiri servis ini selama 30 hari pada harga $1 sahaja. 

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. 

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================

Free Affiliate Marketing Tips
Free Affiliate Marketing Tips

Artikel, Online MLM, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, percuma, Perniagaan Internet, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

3 Responses to “[VIDEO] Anda Tahu Statistik “Klik” Ke Laman Web Anda? (dan Penerangan LinkTrackr)”

Leave Comment

(required)

(required)