Video Tutorial Pembelian Produk Di eBay

Beberapa minggu lepas (mungkin bulan) :) saya ada merakamkan 2 buah video tutorial menunjukkan bagaimana anda boleh melakukan pembelian di eBay. Selepas ini, saya pasti ada yang akan mula bertanya kepada saya bagaimana untuk menjual di eBay. Jadi, saya nyatakan di sini bahawa bidang saya bukan di lelongan eBay. Saya mungkin tidak akan dapat membantu secara mendalam tetapi jangan risau, saya akan berikan tiga sumber pembelajaran bisnes eBay yang anda boleh dapatkan daripada pakar tempatan di akhir dua buah video di bawaha.

Baiklah, berikut ialah 2 video yang saya rakamkan tersebut. Sila tonton video pertama dahulu sebelum video kedua. Malangnya, audio untuk kedua-dua video ini kurang memuaskan. Walaubagaimanapun, saya harap ianya masih dapat membantu anda.

Membuat Pembelian di eBay (bahagian 1)
YouTube Preview Image

 

Membuat Pembelian di eBay (bahagian 2)
YouTube Preview Image

Bagaimana?

Adakah video di atas membantu anda?

Dan seperti yang saya nyatakan di atas, di bawah ialah 3 sumber utama untuk anda mempelajari selok-belok bisnes eBay.

1) Rahsia Raja Lelong – www.RahsiaRajaLelong.com

Buku fizikal daripada rakan saya Eruwan Gerry Norsen yang membincangkan bagaimana anda boleh menjana wang daripada eBay dan juga Lelong.com.my. Beliau telah menerbitkan beberapa buah buku mengenai bisnes lelong di internet ini.

2) Kuasa Lelong – http://simurl.com/kuasa-lelong

Ebook tulisan Noorizam Shah mengenai bagaimana anda boleh menjual di eBay. eBook ini sangat sesuai untuk anda yang baru ingin mengenali selok-belik bisnes eBay.

3) Panduan & Teknik Rahsia eBay – http://www.ebay.rahsiasifu.com/index.php?ref=zamri

Ini pula ialah ebook tulisan Sifu Lan. Konsep yang dibawa adalah lebih menarik kerana di dalam ebook ini, anda boleh belajar bagaimana anda boleh memulakan bisnes eBay tanpa mempunyai produk anda atau stok anda sendiri. Anda juga tidak perlu menghantar barangan yang dipesan oleh pelanggan.

Itulah beberapa sumber yang boleh dipercayai untuk mempelajari bisnes eBay. Sekiranya eBay adalah sasaran anda, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan salah satu produk di atas… atau sekurang-kurangnya tonton video percuma yang saya berikan di atas.

Post to Twitter

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

8 Responses to “Video Tutorial Pembelian Produk Di eBay”

Leave Comment

(required)

(required)