Workshop Jutawan Internet Di Sabah

Saya dapat banyak permintaan daripada subscriber yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang memohon untuk saya ataupun usahawan internet tempatan yang lain datang ke negeri mereka untuk mengajar bisnes internet.

Kebanyakan daripada mereka menyatakan kesulitan mempelajari perniagaan internet secara bersemuka kerana tiada siapa yang sanggup datang ke Sabah atau Sarawak untuk menganjurkan seminar atau workshop.

Sebenarnya, memang ada yang datang mengajar.

Dr. Irfan Khairi.

Workshop Jutawan Internet

Walaupun saya tidak pernah menghadiri workshop Jutawan Internet, saya rasa ini merupakan salah satu cara untuk mengenali seorang jutawan dan juga memgenali perniagaan internet secara basic.

Jika anda adalah orang yang saya maksudkan, anda boleh lawati laman web di bawah dan klik bahagian workshop untuk maklumat lanjut (atau klik grafik di atas).

RahsiaInternet.com

Tak kurang juga yang meminta saya menganjurkan seminar di utara Malaysia. Tapi saya rasa Kuala Lumpur tak la seberapa jauh dari Kedah, Pulau Pinang atau Kelantan untuk anda pergi. Sambil pergi seminar, sambil buat lawatan… :)

Tapi kalau ada individu atau syarikat yang dapat kumpulkan 20-30 orang untuk seminar di Utara tanahair, saya mungkin akan pertimbangkan.

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

salam usahawan sdra.zamri saya memang berminat dengan bisnes internet masalahnya saya tidak tahu macamana n dari mana nak bermula n cara yang halal dan betul untuk mendapatkan pendapatan dari internet……

Mungkin dengan pergi seminar, anda akan tahu pilihan mana yang sesuai… dan membuka mata mengenai cara-cara bisnes internet dijalankan.

Leave a comment

(required)

(required)